Sekolah Menengah Syed Ahmad Kenangan Bersama Guru-Guru



Inilah sekolah lama saya, photo cilok dari sini.


Zaman sekolah adalah zaman paling seronok dalam hidup selain zaman remaja masa sambung belajar kat Terengganulah. Pada yang sudah bekerja ni pun akan kata zaman itu zaman yang paling manis. Kalau dapat ulang syokkk sangat.


Masa sekolah rendah memang tak ingat sangat tapi cikgu-cikgu sekolah menengah memang lekat kat hati. Dulu-dulu naik Tingkatan 1 seorang mak menakan iaitu Cikgu Normah adik arwah abah mengajaq sekolah yang sama, sampai naik tingkatan dua pun kawan-kawan tak tau tu mak menakan saya. Segan sigh nak mengaku sebab dia kuat mencarut! Perghhh... Nampak tak ibu-bapa zaman dulu tak ambik port sangat benda-benda macam tu selagi anak tak patah-riuk.


Al-kisah dia mengajar Rampaian Sains, tiap-tiap hari tahan le telinga kami. Kebetulan dia juga guru kelas. Pu** mak hampa aihhh...gila kot ada lagi ke cikgu zaman la dok cakap gitu, kalau ada mau dapat surat tunjuk sebab. Lagi satu sambil mulut cakap sambil tu jugak tangan dia capai pemadam papan hitam debushhhh! Nasib la kena tang mana. Azab masa kena malu kowt tapi la ni bila teringat sengih sorang-sorang.


Ustaz Abdul Rahman Adam pula lain ceritanya. Masuk kelas semua kena berdiri sapa dapat jawab soalan, dapat hafal hadis dan ayat Al-Quran boleh duduk. Kalau tak nasib badanlah. Cikgu Narita guru Sejarah masa Tingkatan 5 sama jugak perangainya tu yang buat saya dapat 1 untuk matapelajaran sejarah masa SPM. Takut kowt kat dia. Tegas! Cikgu Othman ada dua orang kat sekolah so kami namakan cikgu ni Othman White sebab bapanya nama Puteh! Dia tinggi lampai suka buat lawak dalam kelas tapi kalau dia marah telinga sendiri pun dia tak nampak! Hang pi keluaq kelaih berdiri kat luaq!


Cikgu Hashimah ajaq Matematik. Fav dia cubit perut! Kalau kena tu siap cubit dan tarik. Pedih dowh. Selalu jugak pinjam buku kawan tiru bila kerja sekolah tak siap sebab tu sampai sekarang lembab Math...kehkehkehhh... Paling best Cikgu Asma ajaq Geografi, lawak saja dalam kelas tapi dalam lawak tu kadang-kadang kena jugak.


Cikgu Rokiah ajar Bahasa Malaysia antara yang di segani, sampai sekarang kalau jumpa memang dia kenal sangat. Cucu Pengurusi PIBG sekolah, behave...behave...ekekekeee... Begitu juga Cikgu Hashim ajar Geografi masa Tingkatan 3, takotttt... Cikgu disiplin ma... Tapi dua-dua pun masih keep in touch melalui FB. 


Dulu saya admire sangat dengan cikgu nan seorang ni, bujang terlajak...hahahaaa...(sebab admire cikgu bujang terlajak akhirnya saya dapat suami pun tua banyakkk dari saya) Cikgu Rosli ajaq Sains Pertanian, saya dulu tak ambik Sains Rumah Tangga. Sebab admire dia saya jadi Pelajar Terbaik Matapelajaran Sains Pertanian untuk SPM batch kami! Dia selalu panggil saya Tuan Puteri sebab saya selalu kena asthma, kalau duduk tengah panas cepat-cepat dia bagi ruang kat tempat teduh. Terasa diri begitu berharga...kahkahkahhhh...


Cikgu Zainab ajar saya Bahasa Inggeris di Tingkatan 3, cikgu ni comey dan sangat lembut. Kenapa saya tak boleh lupa dia? Masa Tingkatan 3 mata saya sudah rabun sangat, cikgu pindahkan ke depan sekali pun saya masih terpaksa kecilkan mata untuk melihat papan hitam. Suatu hari dia bagi saya frame untuk buat cermin mata dan itulah cermin mata pertama saya! See..jasanya sangat besar. Dulu frame cermin mata mahal tau.


Ramai lagi cikgu-cikgu lain yang sangat berjasa dalam kehidupan seharian kita. Cuma cikgu yang ada keistimewaan kat hati kita tu tentulah kita ingat lama betul tak?



UPSR 2013


10 September 2013 anak perempuan nan seorang siapa lagi kalau bukan dak kakak Hayani akan menduduki peperiksaan UPSR 2013. Sekarang tengah kalut belajar saat-saat akhir, kelas pun dari pagi bawak ke petang balik sekejap malam pun ada kelas lagi. Pujuk-pujuk juga bila dia merungut penat, seminggu-dua je lagi lepas tu boleh lompat bintang!


Minggu depan tu jugak mama kenalah balik kampung, ate dak pompuan tu sekolah dengan Mak Tok sob...sob... Udah le sorang je perempuan boleh pulak dia tinggalkan mama, abah lagi sedih kecik dimanja-manja dah besar balik duduk kampung. Saya akan mula bercuti mungkin 9hb Sept malamnya saya akan  bertolak balik kampung dengan bas, nak balik dengan kapalterbangmerah jauh pula nak gi airport kendian tu depa dok kampung kena ambik kat Aloq Setaq pulak, jauh jugak sudahnya Pak Tuan kata naik bas jelah. Kematu le tapi malam boleh tito! Bawak kereta? Letih la lagipun bulan November/Disember mungkin akan balik lagi.


Doa yang terbaik buat anak mama, abah selalu dah dok sebut nak hantar ke Padang buat doktor. Haihhh...banyak sungguh kecewa yang abah simpan sampaikan anak dok sekolah rendah pun dia dah kalut letak hala tuju. Layan jelah.



Kenangan di Padang, Indonesia awal tahun lalu.



Depan Nikita Hotel, Bukit Tinggi. Dak pompuan tu memang sebijik mengikut mak penyebai kata orang tempat saya tapi cepat sejuknya, abang pulak banyak mewarisi sifat arwah bapanya yang memang selalu buat lawak tak tentu pasal. Tahun lepas bercuti untuk abang UPSR 2012 berlaku adil untuk kakak kenalah ambik cuti juga. Tengah gigih nak challenge abang yg hanya dapat 3A.