Ujian - Positifkan Diri


Salam Jumaat penuh barokah.
Doa agar kita semua akan sentiasa mendapat redha Allah s.w.t sentiasa.


Saya tewas lagi semalam dalam ujian sihat yang Allah tarik sedikit. Asthma menyerang tanpa kasihan sehinggakan hendak bergerak selangkah terasa tidak mampu tetapi disebalik kedukaan itu tanggungjawab masih di jalankan seperti biasa. Rabu saya ke klinik mengambil 'nebulizer' yang hanya sekejap membantu. Khamis seharian berbaring tanpa melakukan kerja-kerja rumah melainkan sedikit petang mula memasak untuk anak-anak. Alhamdulillah mak berada di Kajang jadinya kekuatan itu dengan sendiri datang. Dapatlah bermanja dengan emak. Di urut oleh jari-jari tua emak terasa sangat bahagia.


68 hari memulakan tugasan di syarikat baru setelah khidmat tidak diperlukan di tempat lama sudah 5 hari mengambil cuti sakit, 4 hari cuti tahunan dan semalam 1 hari cuti kecemasan sebab dah segan nak pergi ambil cuti sakit. Nampaknya tempoh percubaan selama tiga bulan seperi terpaksa dilanjutkan tetapi saya sentiasa berdoa segalanya akan berjalan dengan lancar.


Pagi ini bos kecik datang kat tempat dan bertanya khabar, sebagai orang lama dia memberi nasihat agar saya berehat sekiranya saya mengalami masalah kesihatan sehingga saya pulih sepenuhnya. Bagi dia keluarga tetap datang dahulu, sekiranya saya tidak sihat ianya akan memberi kesan kepada keluarga dan seterusnya kerja saya. Mulai minggu depan juga kami akan mula sibuk. Dia tidak mahu kesihatan saya terganggu berlarutan.


Syukur alhamdulillah. Saya di kelilingi keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang hidup saya. Punyai rakan-rakan sekerja yang sangat memahami dan bertolak ansur. Saya kekurangan di satu sisi tetapi Allah s.w.t memberi nikmat dari sisi-sisi lain dalam hidup saya. Bukankah Allah s.w.t itu maha adil.


Sekiranya kita rasa terlalu diuji pandanglah insan yang lain yang mungkin lebih teruk ujian yang Allah s.w.t berikan. Kita hanya sakit sedikit tetapi masih mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta yang selesa walaupun kita rasa sangat berat tetapi ada juga orang yang sakit terpaksa menunggu berjam-jam untu menerima rawatan. Kita rasa Allah s.w.t memberi rezeki yang hanya mencukupi buat kita tanpa ada lebihan tetapi Dia maha mengetahui memberi keperluan buat kita berbanding mereka yang terpaksa bekerja membanting tulang di tengah pnasa sedangkan kita hanya menekan keyboard di dalam hawa dingin. Jadilah kita umat yang sentiasa bersyukur.


Gambar jalan-jalan raya lagi, yang tua dihormati. Ziarah rumah adik arwah tok ayah Harun Bin Senapi dan keduanya juga telah menemui Ilahi yang tinggal isteri yang merupakan juga saudara jauh mak dan anak perempuan yang menjada Tok Ngah Leha di rumah tersebut. Rumah wajib ziarah setiap tahun.



Gambar Raya Siri 2014 Tidak Sempurna Tapi kami Gembira


Gambar raya yang sedikit formal bersama anak-anak. Walaupun tanpa suami dan anak-anak tanpa ayah kami tetap beraya seperti orang lain. Kehidupan tidak akan terhenti dengan meratapi apa yang tak mampu kita miliki. Nikmat hari raya tetap kami tempuhi dengan seriibu kesyukuran.









Lepas puas bergaya secara sopan gambar happy-happy tetap nak jugak cuma tak mampu nak melimpat bintang dalam busana tradisional ini.