Nuffnang Duit Raya
Masuk tahun ke 4 berblog sejak Julai lalu mula mendapat CPUV dari Nuffnang. Selama ini memang tak pernah ambil peduli dan tak pernah ambil tahu pun berkenaan iklan yang dapat menjana pendapatan buat blogger kerana tujuan asal menulis adalah untuk berkongsi luahan hati. Sejak rajin membaca minda sedikit terbuka, lagkah pertama saya mengikut tip-tip blogger yang sudah berjaya dapatkan CPUV dari Nuffnang.
Sikit-sikit tetapi lama-lama akan jadi bukit. Hari ini saya buka akaun Nuffnang dan dapati ada dua iklan baru sedang berjalan tetapi iklan Twisties Traxxobeats start sejak 30 Julai tapi hari ini baru dipaparkan di akaun saya. Iklan The Mortal Instrument pula bermula sejak 20 Ogos bermakna semalam.
Ini buatkan saya semakin bersemangat nak update blog setiap hari, buat masa sekarang memang satu entri sahajalah. Saya tak kreatif untuk menggunakan persekitaran sebagai idea update blog. Uniques setiap hari pula lebihkurang 200-300 sahaja. Rugi saya bermula agak lewat tetapi tanpa langkah pertama tak akan ada angkah seterusnya.
Terima kasih Nuffnang kerana beri perhatian kepada blog kecil saya. Ibarat kata pepatah 'Rezeki Tak Molek Ditolak' dan 'Kecil Tapak tangan Nyiru Saya Tadahkan'.




