Dress Pink Saya Kena Bahan


Saya minta izin denga Pak Tuan nak pakai dress pink semasa perkahwinan abang saya bulan lalu. Ya...suami saya memang perihatin dengan apa yang saya pakai tak kira pergi kerja mahupun pergi majlis perkahwinan atau majlis-majlis rasmi tetapi kalau berjalan-jalan saya bebas membuat keputusan sendiri tetapi dia masih menegur tudung yang saya pakai kalau tak berkenan di mata dia terutama tentang warna. Saya memang tak ada harapan nak pakai  baju berunsur colour block. Ate orang lama susah nak terima benda baru macam tu.


Sejak tiba di lobi bangunan banyak mata memandang dua kali, yang kenal harus terus sahaja menegur. Masuk ke pejabat sepanjang menuju ke workstation saya kawan-kawan menegur bayangkanlah berapa workstation yang saya lalu. Haihhh...depa ni kan tak boleh tengok saya lawa-lawa sikit!


'Hai pink kak'
'Cerianya warna baju hari ni'
'Oiii...pakai baju beli hari tu ke?' ini soalan geng tingkat 13 sebab masa lepas beli balik pejabat saya terus  sarung depan depa...ahahhaa...tak senonoh!
'Amboiii...glamer dia sekarang'
'Baru balik Mekah ke?' ahahaaaa...nak je saya lempang dak Zaid tu. Siap pesan lain kali nak pakai gini-gini tukar penampilan buat announcement dulu.
'Heyyy...u look pink today!' dan asyiklah singgah kat meja saya Mat Saleh ni hari ini. Nak balik pun usik-usik lagi. Bukan apa takut nanti timbul gosip yang saya ni dok bodek dia padahal memang perangai dia suka sangat layan bunga! Tapi dia umur dia dah 70 lebih dan Haji ye diulang Haji...ahahhaa... Ok. Itu cerita benar. Dia Muslim! Kawen orang Nismilan.


Sampai petang saya jadi bahan, sehinggakan nak gerak pergi printer kat tengah bangunan yang jauhnya lebih 50 meter dari tempat saya pun jadi segan! Nak gi pantry buat air lagilah malu. Haisshhh...depa ni kalau saya bergaya sikit datang pejabat mulalah, asyik nak bahan ja. Esok hari jeans, dah tak yah lawa-lawa pakai t-shirt ja.





Saya pakai baju pink ni je pun kenakan dengan pashima pemberian Acu seperti gambar no 2 tu. Bukan pakai baju glamer lip-lap-lip-lap pun....



Terbeban


Pernah tak dalam hidup kita tiba-tiba rasa sangat terbeban? Terasa berat sangat menanggung segala masalah yang datang dan pergi. Kadangkala semua itu bukanlah masalah kita tetapi kita menjadi sangat terbeban bila dipertanggungjawabkan kepada kita atau secara tidak langsung masalah orang akan menjadi masalah kita bila ada yang meminta tolong.


Masalah itu ujian Allah s.w.t buat kita tetapi kadang-kadang hati menolak untuk menerima hakikat. Meronta-ronta untuk tidak redha atas apa yang berlaku. Menganggap apabila ada yang meminta pertolongan sebagai masalah yang tak mudah untuk di selesaikan atau mengganggap mereka hanya mengambil kesempatan.


Bukankah bila kita mempermudahkan seorang hamba yang lain Allah s.w.t akan memudahkan urusan kita juga suatu hari nanti. Bermakna Allah sangat sayangkan kita kerana dengan memberi ujian Allah akan membalas dengan kebaikan juga buat kita. Siapa tahu pemberian Allah mungkin akan lebih besar buat kita dari apa yang kita telah beri kepada orang lain.