Antara Dua Darjat.

1:39 PTG JunAina 15 Comments

Lokasi : Jalanraya yang menghubungi lebuhraya terkemuka di bandaraya.

Dalam kesibukan petang hari, semua bersesak-sesak nak balik ke rumah. Nak masak makan malam, nak jemput anak di nursery, nak dating dan tak kurang nak balik rilex2 kat rumah.
Tiba-tiba bunyi brek dari belakang dan suasana menjadi kalangkabut serta tegang. Rupanya Cik Kriss dan Encik BMW terlibat dalam kemalangan yang tak berapa nak besar pun tapi kecohnya mengalahkan ada yang dah meninggal patah kaki kat situ.

Encik BMW : Hei...!!! Buta ke kereta sikit punya besar boleh tak nampak? Dah nak mampos...dah lama sangat hidup ke? Jalan le tepi-tepi sikit dah tau awak tu kecik!

Ewaaahhh sikit punya maneh mulut dia. Bukan nak kesian ke aku yang tersandar kat divider ni lagi pulak dia main terjah jerit kita pulak. Banyak jensem muka hang? (hensem le sikit...hehehee...)

Cik Kriss: Apahal ni encik. Ini jalan saya, saya nak ke depan saya straight jelah.

Encik BMW: Ko tak nampak ke aku nak masuk yang ko tak break tu kenapa?

Cik Kriss: Saya pulak kena break? Nih yang menghimpit saya sampai ke divider salah saya jugak le?

Encik BMW: Salah awak le menyibuk kat situ. Banggang! Ko tengok dah habis body aku nih calar, sapa nak tanggung?

Eh...eh...dia banggangkan aku, ini dah lebey.

Cik Kriss: Encik bawak keta besar, mesti sekolah pandai kan, kerja mesti bagus so gaji mesti besarkan? Kalau gaji besar duit mesti banyakkan so guna duit sendirilah polish je bukan calar teruk pun! Lagi pun bukan saya yang langgar, encik menghimpit sampai ke tepi ini apahal. Saya tak marah encik pun dah cukup bagus...

Di celah kesibukan Encik Yamaha LC, Encik Honda EX5 dan beberapa encik lagi berenti. Encik BMW mula agak gelisah tapi masih nak menegakkan benang yang basah.

Encik BMW: Apa cerita sekarang ni?

Cik Kriss: Balai cerita...cakap banyak tak mau.

Nukilan Aina: Bila kita diberi kesenangan pandanglah pada orang yang berada dibawah. Jangan sesekali mementingkan diri sendiri atau menunjuk lagak sesuka hati. Ingatlah bola itu bulat tetapi suatu hati ia pasti akan disepak-sepak ke sana ke mari, roda jugak bulat dan pastinya berputar... Nasib kita jugak tak sama mungkin hari ini kita kat atas dan tak mustahil bila takdir roda itu berputar kita akan sampai ke bawah kerana sekiranya orang di bawah berputar ke atas pasti diiringi kegembiraan tetapi sekiranya dari atas terpaksa ke bawah masa itu hidup akan menjadi kelam!

You Might Also Like

15 ulasan:

  1. kdg2 manusia ni suka meninggi diri - tanpa melihat kebodohan diri sendiri...

    keta je beso - akal kecik kot ;)

    BalasPadam
  2. najwa-betul kadang-kadang sangat menjengkelkan...

    BalasPadam
  3. wee...blog dh berwajah baru.. :)

    peringatan buat kita juga kan..bila berada di atas...jgn sesekali lupa yg di bawah...

    sombong betul si BMW tu kan... :(

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    FREE VS BUSY

    BalasPadam
  4. nabilah...
    k.aina bagi nafas baru sikit atas tunjuk ajar cik cintabunga, baru mengancam sikit. almaklumlah budak baru belajar...

    dia BMW satu lagi tu KRISS aja 2 tayar pun mana leh lawan...

    BalasPadam
  5. manusia ni kengkadan gbangga dgn kekayaan yang ada di dunia...

    sekali tuhan nak tarik sekelip mata jer...

    bagi saya, saya akan sumpah BMW tu jadi papa kedana sampai ke tua...

    hormati yang lebih kecil...kesian kat kita yg hanya ada 2 roda je...

    BalasPadam
  6. insyaallah...allah akan buka pintu hati dia...amin......
    dia xingt sape yg lagi atas dari dia...
    xpe...bersabar lah wahai encik kriss tu....

    BalasPadam
  7. insyaallah...allah akan buka pintu hati dia...amin......
    dia xingt sape yg lagi atas dari dia...
    xpe...bersabar lah wahai encik kriss tu....

    BalasPadam
  8. fizza...
    ikut hati sumpah jadi katak jer biar terlompat2 di tepi jalan, padan muka dia...hehehee...

    farhan...masa cik kriss tu kene mau hilang sabau dah te sakit tercepit kat divider...

    BalasPadam
  9. betul tu..kdg2 jika berlaku hal begini..kita tak bersalah..senang2 balai cerita..

    tu la..darjat tetap wujud dlm masyrakat kita..

    BalasPadam
  10. uihh...mentang2la kete besar..ingt senang2 akal pun bso..tp..besar kuman pun xde..

    cma singgah N POLO CNI..

    http://cmashiema.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. salam

    argh...tak suka org yang berlagak ni...benci3..

    BalasPadam
  12. tau xpe.. dorang yang gne kete besa ni memang harap kete je besar.. otak kecik

    BalasPadam
  13. sarah...
    dia ingat pompuan senang2 le nak ugut boleh kecut perut...malas nak layan dia, kalau teruk sangat tak apa jugak ini mengenangkan kereta besar dia kot pasai tu kepala dia pun besar...

    teringat kisah budak dipukul sehingga parah oleh tuan punya BMW hanya kerana meludah dari tingkat atas dan terkena keretanya....

    BalasPadam
  14. thanks shima sudi singgah sini...

    syira...
    lumrah manusia begitulah, kadang2 mereka lupa itu semua hanya pinjaman dari Allah (s.w.t).

    BalasPadam
  15. kurang ajar betul.
    ingt dah bwk bmw tu da bagus sgt kot.
    setakat berjaya dkt dunia pn xguna jgk..
    manusia makin kaya makin lupa diri.
    lagi baek hidup dlm kesederhanaan spy kita sentiasa beringat

    BalasPadam