Kad Kredit
Gambar dari en.google.
Sejak balik dari kampung kesihatan agak terganggu mungkin keletihan kerana rehat yang kurang dan memandu jauh. Mana taknya terlalu banyak aktiviti yang disusun semasa berada di kampung termasuklah menghadiri majlis kenduri dan dating dengan kawan-kawan kat kampung. Tidur pun kurang paling awal 12 malam, kebetulan pula seorang mak saudara jugak balik pada tarikh yang sama. Memandu balik hanya bertahan sehingga Tapah terpaksa berhenti rehat dan mencari `ayaq kuat' untuk bertahan sampai ke Kajang. Demam, selsema, batuk-batuk dan sebagai pelengkap package asthma turut menyerang.
Terus bekerja pada hari Khamis berlanjutan sehingga hari Ahad tanpa rehat. Penat! Fikiran kurang stabil kerana kurangnya rehat dan terlalu banyak berfikir soal kerja. Mendapat satu panggilan telefon yang meminta alamat untuk mengirim privillage kad dengan kemudahan sekian-sekian dan dapat pulak package percutian sebanyak Rm1500.00, beli laptop dapat 40% less. Sambil bercerita dia membaca nombor kad dan meminta yang selanjutnya kita bacakan. Mintah tarikh luput kad dan tanpa disedari juga telah meminta nombor 3 angka di belakang kad. Disebabkan tak sempat berfikir terus sahaja diberi dan tiba-tiba tersedar. Terus tanya dia 'Saya rasa nombor 3 angka tu bertujuan untuk keselamatankan?'. Dia jawab 'Tak apa cik' dan kemudian terus memotong cakap dengan ingin menyambungkan kepada bos dia yang bernama Alen. Masa tu terus Aina putuskan talian. Telefon card centre.
Jalan selamat dan sedikit cepat. Membuat aduan kepada pengeluar kad. Pihak bank telah membatalkan akaun kad tersebut dan akan menggantikan dengan kad baru dalam masa dua minggu. Pada masa yang sama pihak bank jugak menasihati supaya tidak mendedahkan nombor keselamatan tersebut kepada sesiapa pun dan sekiranya dapat cubalah melakukan transaksi secara bersemuka. Agaknya apa akan terjadi sekiranya kita tidak sempat menyedari keadaan seperti itu?
Nukilan Aina: Bagi sesetengah orang kad kredit mungkin tidak perlu, tetapi bagi Aina ia penting untuk waktu-waktu kecemasan tetapi perlu disiplin. Jangan pulak asyik bershopping dan gunalah kad kredit dengan berhemah. (Pernah si abang bermain mesin basuh dan terputus jarinya. Kesibukan kes yang lebih besar di hospital kerajaan membuatkan hati ibu rawan kerana pihak hospital hanya meletakkan ubat luka dari pukul 11 pagi sehingga 4 petang tanpa rawatn susulan dan mengambil keputusan memindahkan anak ke hospital swasta. Insuran agak lambat memberi respon, dalam akaun pulak hanya ada 1K pada jam 5 petang sedangkan deposit untuk pembedahan hari itu adalah 2K)
Kakcik pernah sekali mendapat panggilan yang akhirnya meminta nombor CVV tu.. nasib baik kakcik tersedar dan teringat untuk tidak memberikannya!
BalasPadamMacam2 cara orang nak 'merompak' kita! :(
kami ada satu shj
BalasPadamsenang utk hubby out station
jika dok kat hotel..
tggu claim lmbt
tapi bila da dpt claim..terus byr
KK ni..jgn smapai buat spt purse.guna time perlu dan kecemasan ok..
tak pernah ada kad kredit.. :D
BalasPadamMmg klu blk kpg...letihnya susah nak hlg. saya pun masih letih lagi nih.....:(
BalasPadamKlik ur HB...:)
BalasPadamuish...memang bahaya kalau kita disclose CVV number tu..mcm2 diorng leh buat...saya bab2 cross selling ni memang tak layan...alasan utama saya ada outstation kat sabah sarawak dan tak tau balik outstaion bila...hahahah
BalasPadammeh ke blog saya...pakat2 jenguk..
mmg mencelah tadi, tp mencelah masuk fb jekk. kekekek... nnt cik bunga hupdate entry sampai lebam okeh, ptg nie ade meeting lg! :)
BalasPadamFULL HOUSE???
kakchik penah dpt call camni. senang cite, kakchik tak layan lngsung.
BalasPadamperompak cyber ni mcm2 lah.
saya juga tak suka sangat guna kad kredit dan takde pun. tapi wife ada guna. apa yang penting kena displin
BalasPadamema tak layak pakai kad kredit...abg saja yang ada utk kecemasa...
BalasPadam"suami akak ada satu..utk perkara yg betul2 kecemasan je guna...shopping2 takde k..kalau lah guna utk shopping hari2 tentu boleh muflis kan...'
BalasPadam