Nat Pokok Getah
Entri Khas Balik Kampung.
Ahad : 13 March 2011
Saat paling bahagia bila nampak sawah walaupun masa tu baru sampai area Sungai Petani, cepat-cepat turunkan tingkap coz nak hidu angin sawah. Segar dan terasa bertapa nikmatnya! Hati terasa tenang dan damai! Kerinduan pun bermain-main dimata.
Di sebabkan ini cerita balik kampung so kita tukar slanglah. Sampai rumah mak tak dak orang so jengah tok kat rumah sebelah dan sembang-sembang, kebetulan dia pun baru sahaja sembuh sakit itu pun belum betul-betul baik. Sambil tu mak cik anak tok yang bongsu (muda setahun dari ceq) buat kopi o dan pekena pulak dengan roti pat segi (biskut cream crakers). Pukul 6.30 pm baru mak balik dari kenduri, selepas dua jam sampai.
Stop cerita tu pasainya nak cerita pasai nat pulak. Hampa tau ka nat tu apa? Hahahaa... Nat tu adalah pekan sehari atau pasar pagi tapi yang nak cerita ni special sikit. Nat Pokok Getah! Cukup terkenal kat Perlis ni. Nat ini terletak kat Pauh dan beropeasi hanya pada hari Ahad bermula seawal pagi sampai tengahari. Nat ni mendapat namanya kerana beroperasi dalam lawasan kebun getah. Kalau hampa semua pi Perelih pilah Pauh, kalau dari Arau hampa akan jumpa nat dulu baru jumpa pekan Pauh.
Jalan-jalan kat nat macam-macam benda ada. Ikan, sayur, daging, udang, ketam, makanan bermasak, buah-buahan sampai kain baju, bundle pun ada jugak. Penatlah wehhhh....
Jom layan gambar-gambar yang sempat diambik semasa berjalan-jalan kat nat.
Hampa tau dak apa dia ni? Haaaa...nilah gulai daging dengan batang pisang. Bukanlah batang pisang seketoi tu tapi umbut pisang, batang pisang yang bahagian dalamnya. Best...tapi yang ni bukan kat nat tapi kat R&R Gurun arah utara gerai mula-mula sekali.
Masa nak pi nat kena lalu Arau tiba-tiba ternampak hotel kat tepi jalan tu. Huishhh...maju dah tempat ceq nih.
Ni pulak halwa maskat, sebenagnya dia seketoi besaq tapi yang ni dia dah potong kecik untuk kita rasa. Manis...sedap...
Hampa tau dak apa ni. Sarapan pagi atau minum petang paling syok. Pisang rebuih sama nyok kukoq...hehehee...
Ni pulak makanan tradisional orang-orang Perelih jugak la, namanya emping (padi pulut yang di tumbuk, dulu2 orang buat sendiri ja, la susah dah nak cari orang tanam padi pulut) tapi yang ni dah dikomersialkan sikit depa tambah jagung. Best...sebungkuih tu ceq habiskan sorang-sorang ja tak dak share-share....
Sebotoi madu tulen ceq beli kat nat ni. Siap ada sarang dia lagi, pas tu siap bagi resepi guna madu lagi.
Haaa...yang ni ceq tengok ja. Hampa reti makan dak? Anak ceq tanya pasai apa udang ni ada tangan selalu udang kat Tesco tak dak tangan...hahahaa...ni udang lipan...
Penat wooo jalan-jalan dalam nat dalam panaih lit-lit...hahahaa... Ikan pun agak mahai jugak hari tu. Kembung putih (my peberet) pun Rm8 sekilo jalan-jalan jumpa hat kecik sikit Rm3 sekilo ceq beli 3 kilo buat laksa, ayam Rm8.50 sekilo...ayoyooo...time-time cuti semua barang mahai naik rege.
Banyak lagi nak cerita tapi nanti-nantilah no tapi yang pasti anak-anak sangat teruja dan mak pulak double teruja bila dapat balik kampung tapi Pak Tuan kat rumah bermuram durja pasai kena tinggai!
Nukilan Aina: Tiada apa yang lebih membahagiakan selain dapat menatap wajah tua emak dan tok, hati terasa belas melihat mereka melalui usia tua dengan kudrat yang sudah tidak seperti dulu. Hati tenang melewati setiap kenangan menjadi anak kampung.
mmg best blik kg..
BalasPadambole mkn sedap2..
mak yg yg masak..ehe
salam akak..
BalasPadambestnye tgk makanan tradisional tu..
masakan mak dan tok memang best in the world..hehhe
Bestnya dpt tgk makanan tradisi nih.lapor perut.....
BalasPadamp/s: Restoran Perantau tu kat area sg ramal ...tepi highway je...:)
balek kg memang best...
BalasPadammakanan sedap2..
yg tak pernah makan terus nak rasa....
baju murah2...hehehhe
(^^,)❤..
"ish2.ni yg chek tak tahn dengaq ni..pisang rebuih dgn nyoq kukoq tu mknn kita kecik2 dulu nooo,budak2 la mana reti makan cam tu kan..alom beskat tu pun chek suka jugak..semua lah chek suka...ish2 la ni kat kampung pun mahai nooo..ikan temenung pun bkn main mahai rega dia...laksa utagha mmg tak leh lawan..tak sabaq nk balik kmpng chek.."
BalasPadamwooo bestnyer dapat balik kg...ruginyer org yang takder kg kan sebab tak dapat nak fee balik kg..huhu..
BalasPadamudang tuh macam takut jerk nak makan..lain macam..kehhh
wah......
BalasPadamkak ayu dah start terliur..
bestnya makanan kat situ
PS: tak dapat dinafikan...balik kampung memang aktiviti yang sangat2 menyeronokkan
seronoknya dapat balik kampung kan. sesetengah kawasan di tempat saya, umbut pisang (di panggil mumbey nyior), selalunya di letak dalam gulai kawah. perghhh.... sodap
BalasPadamchek rindu laksa utara...bile nak lik SP nie..tak sabaq2 nak pekena laksa utara nie huhhuhuhuhhh
BalasPadamsarah...memang best sesangat, rasa tak mau balik KL...
BalasPadamcik ceria...
akak balik kg memang tak masak, tengok je mak masak paling2 tolong masak nasi dan goreng ikan menu utama mesti mak yang sediakan.
kak aina membesar dengan makanan tradisi, makanan orang kampung...
BalasPadammacam mana ek k.aina tak pernah perasan restoren nih? tiap2 hari lalu sg.ramal tapi ambik higway silk arah semenyihlah...
Salam singgah,
BalasPadammenarik makanan tersebut ya..
nice blog.. keep it up
;)
uishh... pisang rebus dgn kelapa tu nmpk sedap la....
BalasPadamwah... teringin pulak nak makan bila tgk pisang tu...
kita pun baru sampai jer semalam.. rasa seminggu kat kampung sekejab sangat. Kat kedah pun ada pasar minggu. kat pdg serai. org sana panggil pekan ahad.. lebih krg macam nat tu jugak la aktivitinya
BalasPadamBE BARU BUKTI HEARTBEAT BUKAN SAINGAN NUFFNANG
saya sensitip bab2 utara ni.. :)
BalasPadammulalah toching2 bila teringat kisah dolu2..tsk!
semua tu nostalgia k.pia. syokkk dapat balik kampung kalau buleh semua nak makan semua nak rasa. dan lagi beli ikan pekasam puyu sekilo bok mai sini...
BalasPadamchenamnam woiii...memang rugi bangat sapa yg tak dak kg tu.
k.aina pun tak makan udang tu...
seronok sakan kalau dapat balik kg kan... kg saya pun dah maju..tak pernah sampai pun kedah...
BalasPadam