Bicara SEX budak sekolah!!!

12:49 PTG JunAina 7 Comments


Serba salah nak menulis tentang isu ini, almaklumlah blog Dari Mata Pena Lahirlah Sebuah Rasa bukanlah blog prono! Sebagai peringatan pada diri sendiri dan memohon pandangan dari teman-teman blogger yang sudi singgah ke teratak kecil ini.

Pagi Jumaat yang damai, masuk pejabat dengan senyuman meleret kerena esok akan mula bercuti dan kampung halaman yang dirindui akan dijejaki. Pergi pantry buat air, duduk dan start buka bekalan, tiba-tiba seseorang dengan muka yang kusam mata yang lebam datang menarik tangan mengajak ke surau dengan muka serba salah. Hairan kebiasaannya kawan yang seorang ni seorang yang periang, sentiasa kecoh!

Belum bermula kisah, air mata sudah merembes, hati tertanya-tanya bergaduh dengan suamikah. Diam memberi ruang kepadanya untuk memula bicara. Tangannya mengeluarkan sehelai kertas yang agak kusam dengan tulisan tangan yang agak bercelaru. ’Bacalah’ katanya perlahan.’Itulah tulisan anak lelaki saya berusia 11 tahun, saya terjumpa semasa membasuh seluar sekolahnya semalam’. Dia menangis lagi. Perlahan aku membuka.

Membaca dari luar ke dalam, dari kanan kekiri dan dari atas ke bawah. Terkedu. Tak mampu berkata-kata. Memang di luar jangkaan bila anak-anak seusia ini sudah pandai menulis sebegitu. Menulis mengenai SEX! Subhanallah...tak tahu bagaimana harus dimulakan bicara. Mencari kekuatan agar setiap percakapan tidak akan disalah tafsirkan.

Perlahan aku memulakan kata-kata, setakat yang mampu hanya untuk menenagkan hatinya. ’Sabarlah, mungkin ini tidak seburuk yang kita sangkakan (walaupun kita tahu apa yang ditulis itu sangat-sangat keterlaluan bagi anak berusia 11 tahun). Pasti ada jalan peyelesaiannya, nasihatlah dia sebaik mungkin. Bukan dengan kekerasan, tunjukkanlah kebenaran dengan agama. Sebagai ibu kita paling dekat dengan dia. Pantaulah dengan siapa dia berkawan dan setiap buku yang dibacanya.Nasihat dan ingatan yang berterusan agar dia tidak lupa dan alpa. Jangan beratkan hati kita dengan masalah ini, cuba selesaikan kerana anak-anak seusia ini masih boleh dibentuk (dah jadi pakar motivasi pulak pagi ini). Aku menyambung perlahan...'andai di rumah ada menyimpan VCD filem prono tolonglah buangkan!'

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak seusia anaknya tidak dinafikan perasaan takut itu wujud jauh disudut hati. Anak perempuan juga semakin membesar mungkin tak lama lagi dah nak jadi anak dara lagilah menakutkan. Semoga Allah (s.w.t) melindungi mereka dan memeberi kesempatan untuk aku menjadi ibu yang baik.

Berbalik apa yang ditulis, aku meminta izin darinya untuk aku berkongsi di sini bukan mengaibkannya tetapi hanya untuk sama-sama berkongsi dan menilai wajarkah anak sebaya ini bercerita mengenai SEX sesama rakan sekolah. Yang paling menakutkan tdicelah-celah tulisan-tulisan tangan itu terdapat jugak lukisan-lukisan yang tidak sepatutnya!(Harap pembaca-pembaca faham) Maaf ayat-ayat yang saya salin ini mungkin agak melucahkan! Perbualan 2 orang rakan didalam kelas mungkin semasa cikgu berada didalam kelas menggunakan sehelai kertas.` Engkau romen ***** sampai nangis pastu dia kata abang ***** tekan kuat-kuat sikit’ terkedu aku membacanya! ’Engkau jolok ***** sampai ***** menangis dan kau picit ***** dia sampai dia mati dan waktu matipun kau rogol dia!' Banyak lagi yang aku tengok dan aku baca dan tak sanggup juga dipastekan kat sini. Naluri ibuku menangis tetapi masih tetap mengawal emosi sebagai seorang kawan. Kalau kita berada ditempat dia apa agaknya tindakan kita?

Esok nak balik Perlis, nak lepas rindu pada mak dan kucing-kucing yang comel ni. Agaknya dah besar pun! Macam biasa Pak Tuan kena tinggal dek kerana tanggungjawab yang digalas.
 
Nukilan Aina: Kadang-kadang kita perlu muhasabah diri, mungkin ini balasan Allah (s.w.t) untuk kita atas dosa-dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari (selidiklah mungkin ada benarnya), tak mustahil juga ini adalah ujian Allah (s.w.t) untuk menguatkan hati seorang ibu. Jalan terbaik berbaliklah kepada Al-Quran dan hadis bertunjangkan ajaran agama Islam! Sesungguhnya Islam itu mudah dan sesungguhnya dalam Islam telah lengkap segalanya termasuk perihal mendidik anak.


You Might Also Like

7 ulasan:

  1. sebagai ibu-bapa memang kita akan terkejut dengan apa yang berlaku. dan saya tak berani nak komen serta bagi pandangan lebih. cuma sekadar untuk berkongsi.

    pergaulan anak2 semasa kecik perlu di awasi, kerana saya juga pernah kecil suatu ketika dahulu. nak di bandingkan di zaman dulu mana ada cd lucah, bukan ada internet nk tgk gambar2 porno. bukan ada handphone yg boleh simpan klip video lucah. namun pergaulan yang memaiunkan peranan. percayalah, pergaulan bebas salah satu penyebabnya

    BalasPadam
  2. Ya Allah, takutnya. Sebagai seorang ibu, rasa dihiris2 hati ini. Mungkin ada silap kita sebagai ibubapa di mana2. Kadang2 kita ingat kita sudah berikan didikan yang sempurna, sedngakan sebenarnya kita tidak berbuat apa2.. :(

    BalasPadam
  3. anak akak yg darjah 4 tu pernah cerita dia ada dengar kawan dia kata sanggup kena rogol, nanti dapat anak

    diorang ni faham ke tidak makna rogol tu ye?

    BalasPadam
  4. salam


    sedihnya kalau saya berada di tempat beliau.. saya rasa inilah kesannya pendidikan seks disekolah, mungkin kita anggap mereka faham, tapi sebaliknya yang terjadi....

    BalasPadam
  5. Astafirullah

    btl tu,kita perlu muhasabah diri

    BalasPadam
  6. Ya Allah...baru 11 tahun dah tahu semua tu....kalau sy jadi ibu budak tu pun sy akan menagis...

    budak tu kena bawa pergi kauseling...kecik lagi...kalau dibiarkan...makin melarat bila besar...dalam masa yg sama...kena muhasabah diri..cari mana yg silap...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    MOSQUES AROUND THE WORLD

    BalasPadam
  7. Didikan agama paling penting kan kak..Kalau asasnya kukuh,insyaallah dia xkan goyah dgn benda2 mcm tu dah besar nt..Budak2 biasalah,cepat terpengaruh..

    BalasPadam