Selamatkah Anak-Anak Kita?

6:17 PTG JunAina 14 Comments

Semalam pulang dari kerja seperti biasa bilamana mentari sudah mula beradu dan dingin malam menggigit tulang temulang. Melalui PLUS Highway menghala ke Kajang dengan iringan doa semoga selamat sampai setelah paginya sebelum kaki melangkah doa yang sama dititipkan. Sesungguhnya bukan itu yang ingin di kongsi tetapi ada sesuatu yang mencuit hati, menyentap rasa.

Sesampai di kawasan perumahan dengan melalui jalan pintas di bawah jambatan keretapi, melalui kawasan perumahan townhouse dan menghala ke rumah. Kegelapan malam yang agak suram dan tanpa lampu jalan yang sempurna terlihat bayang-bayang kelibat 2 kanak-kanak berjalan dari kawasan perumahan menuju ke jalan utama kawasan perumahan Taman Kajang Utama. Memberhentikan motor memerhati kanak-kanak dalam lingkungan 7-8 tahun berjalan berdua (takut juga anak sendiri). Mungkin mereka berjalan ke kedai yang terletak di belakang flat.

Terdetik di hati, kenapa kita membuka peluang kepada jenayah untuk berlaku. Kanak-kanak seusia itu dibiarkan berjalan di malam hari, walau atas alasan apa seklaipun bagi aku adalah tidak wajar. Memang itu adalah jalan utama, ada lampu jalan yang tidak sempurna maksudnya ada yang menyala ada yang dah padam, juga ada orang yang berniaga di tepi jalan tetapi adakah itu jaminan keselamatan anak-anak kita.

Kekadang kita terlalu mengambil mudah pada sesuatu perkara sehinggalah kita sendiri menjadi mangsanya. Ketika itu segalanya sudah tiada maknanya. Kenapa mesti mempertaruhkan keselamatan anak-anak hanya kerana sebuku roti? Sudah tidak mampukah kita sebagai ibu untuk melakukannya (yang aku pasti sesangat kaum ibu di kawasan itu tiada yang sakit terlantar). Tidak sempatkah lagi menunggu si bapa pulang dari bekerja? Aku menjadi betul-betul takut andai apa-apa terjadi pada mereka dan berasa sangat-sangat kasihan pada anak-anak ini. Menunggu sehingga mereka balik dan berjalan ke kawasan flat!

Teringat kisah seorang kawan. Berlaku di kejiranannya tanpa kita sangka dan duga. Anak-anak pulang dari sekolah membawa kunci sendiri sementara ibubapa pulak bekerja. Menjadi rutin seharian balik dari sekolah, buka kunci, masuk, tutup dan kunci grill. Pesanan andai ada yang datang jangan di buka pintu. Suatu hari balik dari sekolah sebaik pintu di buka di tolak masuk oleh seorang lelaki berbangsa India dan cubaan merogol telah berlaku. Seluarnya telah dibuka! Tiba-tiba si abang menyergah dipintu dan menjerit-jerit melihat adik diperlakukan sebegitu dan lelaki itu lintang pukang berlari. Subhanallah...syukur anak ini selamat.

Begitulah apa yang kita fikirkan sebenarnya tidak sama dengan situasi dan kenyataan hidup. Bagi kita anak-anak akan selamat bila pulang kerumah sendiri tetapi sebenarnya kita juga membuka peluang kepada berlakunya jenayah bila mereka pulang tanpa pemantauan orang dewasa. Sekurang-kurangnya ada jiran-jiran yang memerhati, walaupun kekadang lebih kepada menjaga tepi kain tetapi bila berlaku keadaan sebegini mereka masih boleh diharapkan.

Nukilan Aina: Sesibuk mana, seletih mana anak-anak tidak akan di biarkan sesuka hati keluar di malam hari kecuali bersama orang yang lebih dewasa. Bukan mengongkong tetapi itulah kasih seorang ibu demi keselamatan anak-anak. Alhamdulillah...tanggungjawab semasa tiada di rumah diambil alih adik sendiri.

You Might Also Like

14 ulasan:

  1. jenayah skrg bkn je di liuar rumah tp di dlm umah pun blh berlaku.. kalo biar jln sorang2 cmtu mlm2 memg agak bhya.. tkt dgr kes cubaan merogol tu..

    BalasPadam
  2. "akak pun pelik ngan budak2 ni..sbnarnya ngan mak bapa diorang..pernah berlaku kejadian culik tk jauh dr tempat akk ni,masuk surat khabar jg..budak perempuan ni diculik ms dia ngan 2-3 org kwn nk p kedai malam2..yg pelik tu pasai apa ada mak bapa yg sanggup suruh ank2 p kedai malam2?akk kalau siang pun tak suruh anak2 p,biar akk yg p.Tp mujur budak ni dpt lari dr penculik tu dn lari ke sebuah tmn perumahan,dan dihantar balik oleh org awam"

    BalasPadam
  3. salam knal,

    moga anak2 yg t.bdosa ini sntiasa di bwh lindunganNya

    BalasPadam
  4. Assalamua'alaikum JunAina,

    Menjalani hidup dan tanggung-jawab dalam dunia serba rigid ini kena ada percaturan sendiri dlm mendidik mereka yg di bawah tanggungan. Silap percaturan menyesal sepanjang hayat.

    BalasPadam
  5. LLG-penjenayah tak kenal mangsa lagi sekrang, tua, muda atau kanak2 semua dia orang sebat jer...menakutkan!

    k.pia - ada ibu bapa pandang ringan benda-benda macam ni, jenayah sekarang tak kira lelaki mahupun perempuan sama sahaja andai ada peluang memang penjenayah akan jadikan mangsa. Kalau dah letih tak larat ke kedai makan ajelah apa yg ada kat rumah...

    BalasPadam
  6. Shy Lady...

    Semoga Allah sentiasa melindungi mereka tetapi sebagai ibu bapa seharusnya tanggungjawab itu digalas sebaik mungkin.

    k.zakie...
    aina memang cukup takut sekiranya kita terlalai dalam kesibukan.

    BalasPadam
  7. jenayah sekarnag berlaku di mana2 saja.tempat yang kita rasa selamat pun mungkin boleh jadi x selamat. kalau di biar jalan sorang2 memang sangat bahaya.macam2 boleh berlaku

    BalasPadam
  8. anak2 tu satu anugerah dan tanggungjawab yg diberi..jd jga anugerah itu sebaik yg mungkin..semoga tiada apa2 yg berlaku..insyaallah..

    BalasPadam
  9. Dok kat Tmn Kajang Utama ye?

    BalasPadam
  10. takut bila dgr perkara2 mcm ni..malang memang tak berbau..semoga anak2 kita dijauhkan dari perkara2 mcm ni..

    BalasPadam
  11. sharing is caring dr cintabungablogspot :)


    jom meh

    http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/eh-cik-bunga-pon-amek-epo.html

    BalasPadam
  12. betoi ka ni.. iskh.. nasib baik tadak pape kat adik tu kan.. ee.. isau nya,..smoga dijauhkan la dari perkara macam ni ..

    BalasPadam
  13. Kak Azie pun kalu malam hari ternampak anak2 seusia 7,8 tahun masih berkeliaran, mesti terdetik dalam hati, “anak sapa ni yg masih tak duduk di rumah time gini?”

    Seriau kita...

    BalasPadam