Bila lelaki kehilangan tulang rusuknya.

3:03 PTG JunAina 21 Comments

 
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.

Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Tertarik sangat-sangat dengan entri dari selatanonline.

Berkali-kali di ulang membaca tanpa jemu dan Aina ingin berkongsi bersama semua. Asalnya dari email yang masuk ke inbox.

Gambar hiasan. 

Berapa ramai lelaki yang perasan dan menghargai satu lagi tulang rusuknya selain yang memang sentiasa dibawanya? Berapa ramai jugakah lelaki yang terlupa dan terlalai belajar untuk memahami keadaan tulang rusuknya? Berapa ramai jugakkah lelaki yang tersalah menafsir hadits dibawah?

Wanita Ibarat Tulang Rusuk yang Bengkok.

Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Berpesan baiklah terhadap para wanita, karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh karenanya berpesan baiklah terhadap para wanita”.
(Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Sifat pelindung yang ada pada tulang rusuk itulah yang diumpamakan kepada wanita, menyempurnakan kekurangan pada bahagian lain. Melindungi bahagian-bahagian penting yang lembut di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Bukankah itu penting? Sekiranya tulang rusuk yang membengkok digantikan dengan tulang yang lurus tiada lagilah ruang yang selesa kerana bengkoknya itu mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Bukan ingin menghurai hadith tetapi hanya ingin berkongsi pandangan pada lelaki yang memandang ringan pada tulang rusuknya. Mengambil mudah tentang hati dan perasaannya. Lebih teruk mengabaikan kehidupannya dan hanya menjadikan tulang rusuknya sebagai hanya tempat melampiaskan nafsu semata dan kadang-kadang menjadi mangsa amarah serta sepak terajang.

Sesekali renunglah ia, carilah jawapan yang pasti atas pengorbananannya. Mengapa Allah (s.w.t) menjadikan tulang rusuk itu bengkok. Usahlah dicuba membetul bengkoknya dengan kekasaran dan mengaharapkan perubahan sekelip mata. Mungkin perubahan mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin tiada juga perubahan yang mampu dibuat tetapi sekurang-kurangnya belajarlah untuk memahami kenapa tulang rusuk itu bengkok.

Nukilan Aina: Tulang rusuk walaupun bengkok fungsinya cukup besar, begitulah wanita walaupun sukar difahami kerenahnya dan hatinya tetapi akan lumpuhlah sebuah rumah tanpa kehadiran seorang ibu atau isteri. Lumrah manusia bila di sisi kehadirannya umpama bayang-bayang tetapi bila hati wanita telah retak dan jiwa telah kosong mungkinkah lagi dia bisa menunggu dan tika itu pasti bayang-bayang itu dirindui dan dicari.  


You Might Also Like

21 ulasan:

  1. Tanpa wanita, pincanglah kehidupan seorang lelaki. :)

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Wanita.

    Semoga kita terus menjadi wanita yang cemerlang, wpun mungkin suatu hari nanti tanpa lelaki di sisi...:)

    BalasPadam
  3. kakcik hampirku terconpius dengan avatar yang baru...

    bagai irama tanpa lagu...

    dah kalau kain pelikat pun minta kat bini memang tak leh hidup la kakcik...hahahaa...

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Wanita jugak untuk k.azie...

    insyaallah akan sentiasa cemerlang, insyaallah juga akan kupertahankannya sehingga hujung nyawa...biarlah dia yang terakhir...cewahhh...

    BalasPadam
  5. di belakaang kejayaan seseorg lelaki..pasti orgnya wanita..

    saya bangga menjadi wanita

    BalasPadam
  6. ada wanita ada lelaki..itulah kehidupan ynag sempurna...

    BalasPadam
  7. sarah...

    tanpa wanita hidup lelaki tak sempurna...

    BalasPadam
  8. mamaema...

    lengkap melengkapi...

    BalasPadam
  9. Bayangkan je bila 'wanita' di dlm sesebuah rumahtangga itu jatuh sakit...mmg kelam kabut jd nya keadaan dlm umah tu...:)

    BalasPadam
  10. Wanita sama penting dengan lelaki. Kalau kita takda, tak berbajulah suami tu, cari sendiri tak pernah jumpa pun, haha...

    BalasPadam
  11. best2x..

    nukilan aina tu pun membuatku terpaut ^^

    BalasPadam
  12. lelaki memerlukan wanita dan wanita memerlukan lelaki..saling memerlukan

    BalasPadam
  13. mak gi krusus 3 hari anak call nangis2 rindu mak, bapak gi outstesen sebulan anak2 tanya je bila abanh balik...hehehee...

    kalau mak masuk wad anak berkampung kat sepital, bapak tidur lena kat rumahhhh...azzey oii...huh!!!

    BalasPadam
  14. kayteeze...
    samalah kita semua perlu disediakan kalau tak gi kerja pakai stokin sebelah biru sebelah hitam...hehehee...

    BalasPadam
  15. ye lah.... w'pun dah tau tentang tulang rusuk ni, tapi tetap suka membacanya... :)

    BalasPadam
  16. kerana kanser, arwah ayah akak terpaksa dibuang satu dr tulang rusuknya...2 tahun jalan senget beb, sian dia...

    BalasPadam
  17. hmm...lelaki & wanita sama2 penting kan.. :)


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BLOG REVIEW : GORENGBAIK

    BalasPadam
  18. s.u.h.a...

    terima kasih coz sudi singgah...:)

    syuwai...

    kalau dah terpaut selalulah singgah2...thanks ya...

    BalasPadam