Rm50k-Nak buat apa?

10:08 PG JunAina 19 Comments

Menung-menung sambil berangan-angan sambil jugak makan pisang berangan. Terasa kenyang pulak makan pisang berangan. Penyudahnya angan-angan tadi hanya tinggal angan-angan. Bila agaknya akan menjadi kenyataan.

Bukan apa dok memikir kalau banyak duit nak buat apa. Tak banyak, kalau ada cash dalam Rm50k. Apa nak buat dengan duit tu? Bagi orang yang berduit, jumlah tu mungkin kecil tapi bagi yang tak berapa nak berduit jumlah tu terlalu besar. Bukan senang nak kumpul-kumpul untuk dapat jumlah sebanyak itu. Mengikat perut, mengorbankan nafsu dan terpaksa menjaga hati dan perasaan dari memandang benda-benda yang tak sepatutnya.

Apa yang difikirkan? Macam mana nak buat Rm50k tu jadi Rm100k dan beranak semakin banyak lagi dan lagi. Sekurang-kurangnya bila dah pencen ada jugak duit nak buat belanja. Itupun kalau panjang umur! Almaklumlah orang kerja swasta macam Jun mana ada pencennya. Mengharapkan KWSP yang tak seberapa itu sahajalah. Bila umur semakin banyak semakin banyak juga sakit-sakitnya. Hanya itu yang diharapkan dapat membantu. Ok. Balik ke pangkal jalan!

Kalau tip bab nak mengabiskan duit semua orang pandai...hikss... Nak kembangkan duit tu secara berhemah. Nak melabur pun berfikir banyak kali. Melabur macam mana? Melabur dalam bidang apa? Kalau boleh biarlah pelaburan dengan risiko paling rendah. Melabur pun bukan boleh sembarangan. Kena jugak belajar tentang apa kita nak laburkan tu, tak boleh main terjah. Tak pasal-pasal penghujungnya kita yang menangis guling-guling. Mengharapkan Rm50k menjadi Rm100k akhirnya habuk pun tak ada.

MLM. Itu diharamkan dari buat promotion kat sini. Kalau orang lain boleh berjaya Jun memang tak percaya pada diri sendiri dalam bidang MLM ini. Orang lain mungkin boleh buat tapi tidak Jun!

Kalau anda ada Rm50k, apa anda akan buat dengan duit itu?

Mandi duit. Apa rasa gamaknya!
Sumber-Pakcik gugel.


19 Rider Beraksi:

Pink Day@Manhattan Fish Market.

1:46 PTG JunAina 10 Comments



Meraikan seorang teman yang bakal mengorak langkah ke syarikat baru. Membina impian dengan tawaran yang lebih baik. Harapan agar dipermudahkan segalanya buat beliau. Geng Electrical yang sentiasa spark bila berkumpul ramai-ramai. Heboh dalam tu dengan suara kita orang sahaja. Semua satu kepala walaupun kekadang selalu bertekak pasal kerja.

Cerita lanjut nanti-nantilah ye. Sekarang nak layan kenyang. Lagipun tengah projek audit sekarang, my bos kecik tengah kena soal...hehehee... Jangan kejap lagi diheretnya Jun sekali masuk bilik tu sudah le...

Ermmm...tiba-tiba terperasan pompuan-pompuan semua pink!


10 Rider Beraksi:

Isteri ke dua?

2:17 PTG JunAina 15 Comments

Isu sensetip sikit.

Agaknya kalau korang tahu yang rakan, sahabat atau saudara anda adalah isteri kedua apa yang korang akan buat atau dalam kata lain apa respon korang semua.

1. Buat-buat tak tahu.

2. Buat macam biasa (dia kawan aku so what, status dia tak akan mengubah status kita orang sebagai kawan).

3. Terima seadanya tetapi kat belakang kutuk bukan main (jenis talam bermuk-muka).

4. Bagitau dia yang korang tak suka status dia.

5. Putuskan persahabatan/persaudaraan.

6. Itu ko punya hal, wa tak campur.

7. Sebarkan kepada semua kenalan pasal status dia.

8. Semua di atas.

9. Tak ada satu pun di atas yang berkaitan.

Apa pandangan korang semua?

Isu ini hanya sekadar untuk lepak santai. Jangan ada yang tiba-tiba tumbuh tanduk dan mata jadi merah ye. Jangan juga tiba-tiba Jun kena flying kick!


Gambar ehsan Uncle Google.


15 Rider Beraksi:

Gaya Santai Ku

2:17 PTG JunAina 11 Comments


Jom santai-santai dan bergaya sakan. Nak tau lebih lanjut boleh le terjah blog Mak Dara. Kebetulan terasa ada gambar yang terover santai.



Santaikan gambar ini. Santai gaya pemancing tegar di sawah menghijau. Sambil memancing atau kata orang Perlis mengai sambil-sambil jamu mata dengan orang yang lalu lalang kat jalan serta cuci mata dengan pemandangan yang hijau. Lepas tu boleh layan perut pulak dengan hasil tangkapan. Gaya Santai Ku sebagai anak kampung.





11 Rider Beraksi:

Renew Passport Online.

9:11 PG JunAina 8 Comments


Phewww...nasib baikk...nasib baikkk... Pesoh pi pesoh mai terjumpa passport. Alamak Oktober 2012 akan tamat tempoh passport dah less then six month mau ada yang guling-guing kat airport. Garu-garu kepala. Hujung bulan 6 ada misi rahsia yang memerlukan passport. Nak ambik cuti renew passport rasanya tak boleh coz semasa menjalankan misi rahsia nanti terpaksa ambik cuti jugak. Jumaat kerja separuh hari tapi biasanya Jumaat kena cover bos kecik yang selalunya lepas solat terus lesap. Haisshhhh...menung...

Tak boleh jadi takkan nak biarkan Pak Tuan terbang sensorang. Pergi tempat macam tu pulak. Macam-macam ada...opsss...

Tiba-tiba teringat! Hah... Idea dah mai. Nasib baik 2-3 minggu lepas ada terjah satu blog cerita pasal online renew passport. Penyelamat dah tiba. Terus masuk laman web Imigresen. Lega... Kalau tak sebelah Pak Tuan tu nanti kot-kot ada yang teringin nak isi...haishhh...

Ambik keputusan untuk renew online je. Masuk laman web Imigresen dan ikutlah step yang diberi. Pastikan ada gambar berukuran passport yang latarnya warna biru ye. Kalau nak gunakan warna kegemaran masing-masing pun boleh tapi memang kena tolak le permohonan tu nanti. Jangan ikut sesedap rasa ye ikut peraturan. Hidup kita ada banyak peraturan okies...

Lepas dah ikut semua kita kena bagitau kat mana nak collect. Make sure ambik kat tempat kita pilih saja. Kalau gatal-gatal pi ambik kat cawangan lain alamatnya gigit jari... Rentikanlah jari tu tak best pun tapi kalau habit mesti manis2 je kan...hiksss...

Inilah pilihan terbaik buat masa sekarang. Dari terpaksa teriak guling-guling kat airpot lebih baik ambik tindakan drastik. Di sebabkan ini misi rahsia bila dah berjaya baru akan di wawarkan kat sini ye. Takut pulak misi tak menjadi, buat malu aje deh...

Kadang-kadang pejabat Imigresen penuh, pergi nomor pun dah habis. Hangin! Agaknya sekarang ini orang ramai dah mampu terbang tinggi-tinggi. Almaklumlah AirAsia kan ada (iklan free). Sejak berurusan dengan Imigresen belum lagi pernah menghadapi masalah. Kalau setakat tunggu giliran lama tu biasalah. Lagipun memang kat kaunter Imigresen ramai sangat orang. Mungkin kalau Cawangan Negeri tak ramai kot. kalau kat Kolumpo ni bersabar le banyak-banyak kat Kajang pun sama ramai.

So bagi yang sibuk bagai tak ada masa nak uruskan passport dan jenis yang memang tak sabo nak tunggu lelama cubalah alternatif ini. Sekurang-kurangnya menjimatkan masa. Pembayaran pun online jugak. Bila nak ambik passport tak perlu nak tunggu lama, paling lama 2 jam. Jangan lupa jugak bawak passport yang lama karang tak pasal-pasal kena balik rumah ambik.




Masuk je laman web Imigresen korang boleh nampak menu bagai so klik Perkhidmatan Atas Talian dan klik Permohonan Pembaharuan Passport (MyOnline Passport).


8 Rider Beraksi:

Biar Sedikit Tapi Bererti

4:03 PTG JunAina 10 Comments


Dedikasi khas buat Yayan dan keluarga bagi megisi tabung si comel Yayan. Kisah deritanya boleh dibaca di blog bonda kesayangannya Yayansmum.


Satu lagi kisah yang meruntun hati setiap ibu. Bisa membuat mata seorang ibu merah dengan tangisan. Bukan siapa-siapa mereka dengan kita tetapi jiwa kita tetap meronta-ronta tika memandang gambar-gambar si comel. Betapa sengsara yang ditanggung, betapa kesakitan yang dibawa seolah-olah menjadi racun tanpa penawar dihati ibu dan bapa. Doa yang terbaik buat Yayan. Juga moga ketabahan sentiasa bersama kedua orang tuanya.

Sama-samalah kita membantu setakat yang mampu. Mungkin hari ini hari mereka dan tidak mustahil akan tiba hari-hari duka kita. Membantu tanpa mengharapkan balasan. Mungkin hari ini kita membantu Yayan, bila kita berada dalam kesusahan walaupun bukan Yayan yang membantu mungkin insan lain akan membantu kita. Berpegang pada janji Allah (s.w.t) setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga.

Kebelakangan ini banyak kisah-kisah sedih yang sampai ditelinga kita terutama bila menggunakan dunia tanpa sempadan. Seboleh mampu kita juga ingin membantu. Walaupun bukan dengan wang ringgit, bukan dengan tenaga empat kerat mungkin dengan sepotong doa kita titipkan buat mereka.

Jun terbaca entri ini di halaman mamavogue. Terima kasih atas perkongsian dan Jun mohon jugak untuk berkongsi di blog ini. Bantulah sedaya yang kita mampu. Pada mereka walaupun sekecil mana sumbangan kita tetapi itulah rahmat buat mereka.

10 Rider Beraksi:

ASNB On Line

6:18 PTG JunAina 11 Comments



ASNB online? Macam tak caya je. Sekarang kenalah percaya. Urusan ASNB boleh dilakukan menggunakan internet banking. Hanya di hujung jari anda. Tak perlu sibuk beratur di bank, pejabat pos atau dimana-mana kaunter ASNB. Segalanya boleh dilakukan sambil anda menghirup kopi di kopitiam, Starbuck mahu pun di kedai kopi Pak Tam. Bertambah mudahlah untuk menambah pelaburan sedia ada.

Empat bank telah mengorak langkah dengan memberi kemudahan untuk pelabur menambah pelaburan melalui akaun simpanan masing-masing. Maybank, CIMB, Affin Bank dan Rhb Bank. Lepas ini tiada lagi alasan ketiadaan masa untuk menambah pelaburan. Sudah pasti terdapat charge perkhidmatan yang dikenakan tetapi dengan kadar yang sangat rendah. Apalah sangat caj tersebut nak dibandingkan dengan minyak kereta dan masa yang akan terbuang untuk menguruskan pelaburan kita di kaunter. Bank juga berniaga. Setiap perkhidmatan perlu berbayar. Umpama kita naik bas tak bayar kena halau turun pulak.

Sebelum ini Jun banyak menggunakan kemudahan pindahan duit ke Tabung Haji melalui Maybank atau CIMB. Sekarang sudah ada pilihan jadi tepuk dada tanyalah selera. Masing-masing ada pendapat tersendiri dalam bab menabung. Sekiranya menyimpan di ASNB bersedialah untuk membayar zakat bila cukup masanya. Bagi penyimpan di Tabung Haji pula anda boleh tersenyum senang kerana segalanya telah diuruskan. Cuma ingatan dari adik ipar suatu hari katanya 'Kalau dapat kita lafazkan niat yang kita mengeluarkan zakat dari simpanan tabung haji setiap tahun'.

Jun pulak tak mau pening-pening kepala tiap-tiap bulan buat potongan gaji melalui syarikat. Terjamin duit tak akan terpakai...hikhikkkhikkk... Sekiranya ada yang terlebih (kes buat overtime) bolehlah di transfer dengan aman dengan kemudahan ini.


11 Rider Beraksi:

Adegan Tayang-Tayang.

12:05 PTG JunAina 8 Comments


Hari selasa pakai pashmina shawl ni buat tudung. Terima kasih buat Acu. Kak Jun ambik berkat, insyaallah ada rezeki giliran akak pulak menjadi tamu Allah.

Ini pula buah tangan dari Medan. Gambar-gambar kat sana sangat meruntun kalbu, tenang dan terasa sangat nyaman. Terima kasih DrHanie. Nice to meet you.


8 Rider Beraksi:

SPR-Kenapa 6 Bulan?

4:10 PTG JunAina 6 Comments



March lepas pergi ke Pejabat Pos kat Ampang Park memang dah lama tertangguh niat yang satu ini. Lagipun bukan keperluan mendesak tetapi tetap penting. Kebetulan ada urusan di bank dan jugak di Pejabat Pos (malas nak menapak pergi Bangunan Tabung Haji). Ambik kesempatan tukar alamat untuk daftar pemilih.

Lamanya proses tukar alamat. Ambik masa 3-6 bulan. Macam tak puas hati lah jugak, ada ke patut 6 bulan. Sekarangkan zaman teknologi canggih. Zaman IT kata orang, dunia tanpa sempadan. Suami dok kat oversea isteri boleh tengok melalui komputer (so jangan buat hal).

Suatu hari Ahad yang damai, orang beri salam di pintu.
Tamu : Puan saya Polan bin Polan dari SPR.
Aku : Hah! SPR (bila pulak aku ambik dan beri rasuah ni coz dalam otak dah set Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...hahaha...)
Tamu : Ada tak penghuni di rumah ini yang bernama Junaina binti Abdullah.
Aku : Saya le tu.
Tamu : Mintak IC cik (tiba-tiba tukar tune dari Puan jadi Cik...hikhikkk...)
Kalangkabut masuk ke dalam carik IC dan bagi. Hati jangan cerita le cuak.
Tamu : Terima kasih Cik. Kedatangan kami hanya untuk mengesahkan pertukaran alamat untuk daftar pemilih ini adalah betul (sambil membandingkan IC dan senarai nama yang dibawak beliau).
Aku : Owhhh...(aiyaaa...macam mana boleh silap SPR tu Suruhanjaya Pilihan Raya...laaa... )

Malam tu cakap dengan suami. Hidup kita ni banyak prasangka buruk. Pasal tukar alamat SPR pun jadi isu siap kutuk-kutuk lambat sangat ambik masa, tapi bila nampak dia orang buat kerja baru terfikir. Patutlah ambik masa lama mereka perlu sahkan dulu pertukaran alamat tersebut dengan membuat pemeriksaan ke rumah. Lepas tu kena tunggu sekiranya ada apa-apa bantahan. Takkan setiap kali ada orang buat pertukaran alamat mereka kena keluar periksa, mungkin 2 bulan sekali mereka keluar setelah terkumpul jumlah yang agak ramai.

PRU13 insyaallah masih balik memangkah di bumi kelahiran. Periksa di laman web SPR permohonan masih sedang diproses. Agaknya masih menunggu bantahan dari mana-mana pihak. Sama-samalah kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Jom semak daftar mengundi kat sini. Kalau belum mendaftar sama-samalh kita mendaftar dan boleh semak tempat mendaftar di sini. Lepas tu nak memangkah apa suka hati korang le. Bak kata seorang kawan sebelum memangkah buat solat istikharah mintak petujuk dari Allah (s.w.t) minta keredaan Allah (s.wt) agar pilihan kita berada di landasan yang betul.


Alamat asal. Perlis bumi kelahiran. Abaikan nama kampung yang tertera kerana jalan di kampung tersebut bukan lagi sekerat telah menjadi dua kerat setelah ditambak sawahnya sehingga ke kampung seberang.

 Ini pula pertukaran ke alamat baru. Taman Kajang Utama letaknya teratak kecil bertingkat-tingkat kami, hanya itu yang termampu setakat ini tetapi alhamdulillah sekurang-kurangnya bukan lagi menyewa dan tidak lagi menanggung hutang.


6 Rider Beraksi:

Santai Sarapan di Tasik Cempaka

12:52 PTG JunAina 18 Comments

Syukur alhamdulillah sekali lagi Allah memberi rahmat kepada kita, dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang telah terjalin. Santai sarapan di Tasik Cempaka berjalan dengan meriah. Cuaca sangat baik, mentari pagi yang menyinar membuatkan semua orang segar dan berpeluh-peluh (skip sauna this week).

Biarlah orang berkata apa sahaja. Biarlah himpunan kita bukan majlis glamour yang penting hati mesti ikhlas dan semua yang datang enjoy sesangat. Masa inilah nak berkenal mesra. Bertukar cerita. Melepas dendam dan rindu di hati.

Ada yang berkongsi cerita balik kampung masing-masing. Jenguk keluarga di Kashmir. Balik kampung kat Vietnam tak kurang jugak ada yang balik ke Australia (patut le anak beranak berpeluh sakan pagi tu kampung kat Ostolia). Tak kurang juga melepas rindu dikampung halaman di Medan.

Selebihnya biarlah gambar yang berbicara.

Ini sebagai bukti kepada Dato LF, muffin comel tu Aina buat sendiri, nampak tak cup dalam tu sama tapi hiasan kat atas dah lain dari yang bawak semalam. 

 Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Juadah yang akhirnya bukan setakat sarapan pagi tetapi balik rumah dah tak perlu masak.

 Kak Yan. First time jumpa tapi begitu mesra.

Menikmati hidangan.

Korang ada? 

 Bertudung merah DrHani juga first time jumpa tapi mcm dah kenal lama. Ramah. Dapat cenderahati masa dia balik kampung kat Medan tu...


FYI. Baju hitam kat atas tu orang Ostolia. Kena panas pagi dua-dua beranak berpeluh macam berjoging keliling tasik.

 Beginilah caranya menikmati makan. Nikmatnya...(sampai terpejam mata anak dok hulur tangan pun buat tak tahu). Dato sampai menjengah kepala nak tengok apa yang dimakan.

Ini isterinya orang Ostolia. Suka macaroon yang colorful tu. Suka tengok dan suka makan.


 Orang kuat yang suaranya juga kuat Kak Azie.

 Budak boring tak ada geng, sudahnya main game kat handphone mama.

 Meriahkan? Anak sapa yang cuba di culik BroFramestone tu...

Kakcik yang tak kecik. Baru nak mula makan bila semua dah start kenyang. Seperti biasa menjadi orang kuat yang tidak kuat suaranya.

 Masih lagi cuba menghabiskan hidangan yang ada.

Boleh ke tak ni? Dah lenguh senyum la... 

Flower of the day. GB

Tuan tanah nak jugak enterprem...


18 Rider Beraksi:

Berhati-hatilah Memilih Pakaian

11:54 PG JunAina 13 Comments


Pagi tadi dalam kesibukan warga kota mengejar waktu ke pajabat aku tersentak. Subhanallah...terdetik di hati. Tika itu baru pulang bersarapan bersama suami, nasib baik kami telah mengikut haluan masing-masing. Di hadapan seorang wanita yang ayu berjalan dengan penuh keyakinan. Rambut yang di perangkan disanggul kemas dan rapi. Make-up yang nipis sesuai dengan gayanya. Sesiapa sahaja memandang pasti tertarik.

Menyusuri dari belakang hati tersentak!

Haruskah ditegur? Membiarkan umpama memalukan diri sendiri. Menegur pula entah apa reaksi empunya diri kerana kami langsung tidak saling mengenali. Aku serba salah. Di dalam hati hanya berdoa semoga ada diantara kawan-kawannya akan menegur.

Blazer yang tersarung dibadan membayangkan empunya diri bukanlah bekerja sebagai kerani. Skirt labuh hitam dengan sedikit corak berwarna putih itu pasti menggetarkan jiwa mana-mana lelaki. Bukan kerana seksi tetapi kerana skirt yang sedikit jarang dan ketat, blazer yang agak pendek gagal menutupi bahagian yang sepatutnya ditutup. Menjadi tatapan umum apabila setiap kali melangkah skirt akan meregang dan dengan jelas akan ternampak G-String yang berwarna hitam melalui lurah yang sepatutnya tersembunyi (maaf kerana terpaksa menulis). Membuat hati semakin tak keruan kerana dia adalah sebangsa dengan ku seagama juga.

Aku menjadi malu pada diri sendiri kerana aku juga wanita. Apa yang ada padanya juga ada padaku. Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Cantik biarlah kena pada tempatnya. Bergaya juga ada batasnya. Berhati-hatilah dalam memilih apa yang kita pakai. Jangan sampai ianya mengaibkan diri sendiri. Kerana kita wanita untuk dihormati.


Rindu budak baju pink. Minggu depan cuti sekolah bermula tak sabar nak tunggu budak tu balik.


13 Rider Beraksi:

Baby Nur Aleeysa

5:00 PTG JunAina 5 Comments

Sudah lama nak berkongsi cerita tentang baby comel ini. Berusia 7 bulan dan menghadapi masalah jantung. Alhamdulillah telah selamat menjalani pembedahan beberapa minggu lepas di IJN dengan kos Rm50 ribu. Sebagai ibu-bapa bertapa pilunya hati bila mengetahui kesakitan yang anak alami kerana sebelumnya anak ini sangat sihat.

Apabila kesihatan kerap terganggu, berulang alik ke hospital dan akhirnya pihak hospital telah mengesan masalah jantungnya. Rm50 ribu terlalu banyak buat kedua ibu bapanya tetapi mereka tetap berusaha demi kasih sayang terjadap si comel ini. Sebenarnya bapa si comel ini adalah rakan sekerja berlainan department tapi kami saling mengenali. Nasi kerabu dari Kajang selalu menjadi santapannya dan sesekali Aina dapat merasa kek coklat air tangan isterinya.

Bila mengetahui musibah yang melanda hati menjadi terusik. Anak sekecil itu apa yang mampu dilakukan kecuali menangis. Setiap titis air matanya adalah duka dihati kedua orang tuanya. Memanjangkan email yang bermain di antara staff ke HR Department. Rupanya HR Manager sudah mendapat berita itu pada sebelah paginya dan berjanji akan menghantar email to semua staff untuk buat collection dengan janji apa yang tidak cukup akan ditambah oleh company. Alhamdulillah...

Rm37 ribu telah terkumpul dan selebihnya pihak syarikat tambah menjadikan Rm50 ribu. Syukur Ya-Allah dengan rahmat mu. Syukur Ya-Allah kerana membuka pintu hati mereka untuk menyumbang membantu si comel ini. Hari ini hari mereka siapa tahu esok lusa hari kita.

Inilah email yang Aina dapat lebih seminggu yg lepas.


Ini pula gambarnya Baby Nur Aleeysa selepas pembedahan. Masih mampu tersenyum tetapi memang ceria berbanding gambarnya sebelum pembedahan. Nampaknya sakit sebelum pembedahan lebih berbanding sakit luka pembedahan kerana sebelum ini dia sudah tidak ammpu tersenyum.



Terima kasih Ya-Allah. Seribu kesyukuran kerana mengembalikan senyuman di bibir comel itu, menghentikan rawan ayah dan ibu. Memberi sinar buat mereka menempuhi masa depan. Buat Sholihin dan isteri semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang.


5 Rider Beraksi:

Alasan.

7:21 PTG JunAina 7 Comments

Hairan macam mana orang boleh up date blog tiap-tiap hari. Consistant pulak tu. Kadang-kadang sampai dua tiga kali update. Jelez tau...

Dulu alasan tak ada internet kat rumah, sekarang dah ada pun sama juga masih juga tak dapat nak update tiap-tiap hari. Cerita banyak nak dikongsi tapi bila sampai rumah dah lain pulak jadi. Beri alasan lagi.

Aktiviti setiap hari.
1. Pukul 5am bangun siapkan anak-anak ke sekolah, hantar aanak ke sekolah  dan merempit pergi opis (sekarang Pak Tuan dah bersara tak ada driver lagi).
2. Sibuk di opis (kadang-kadang buat-buat sibuk).
3. Petang merempit balik biasanya pukul 6.30pm.
4. Sampai rumah 7.15-7.30pm bergantung pada keadaan dan mood merempit (kalau tengah hangin cepat le sampainya...hahahaa...).
5. Solat tengok berita (tak masak pun coz anak-anak dah makan di rumah adik, mak makan apa yg ada).
6. Pukul 9 mula nampak bantal...bantal...dan bantal...(almaklumlah bawak moto sendiri dari Kajang-KL).
7. Awal anak-anak dah booking broadband, bila pukul 10 time tido mak dah dulu belayar.

Itulah alasannya tak boleh update blog. Apapun esok tempat kerja Aina bercuti kerana public holiday jatuh hari Sabtu so kita orang hari Jumaat bercuti. Sapa nak join cuti jom. Esok juga merancang perjalanan ke Kampung Aji, Bota Kiri, Perak. Dah lama rasanya tidak menjengah ibu mertua yang kian uzur.







7 Rider Beraksi: