ASNB On Line

6:18 PTG JunAina 11 Comments



ASNB online? Macam tak caya je. Sekarang kenalah percaya. Urusan ASNB boleh dilakukan menggunakan internet banking. Hanya di hujung jari anda. Tak perlu sibuk beratur di bank, pejabat pos atau dimana-mana kaunter ASNB. Segalanya boleh dilakukan sambil anda menghirup kopi di kopitiam, Starbuck mahu pun di kedai kopi Pak Tam. Bertambah mudahlah untuk menambah pelaburan sedia ada.

Empat bank telah mengorak langkah dengan memberi kemudahan untuk pelabur menambah pelaburan melalui akaun simpanan masing-masing. Maybank, CIMB, Affin Bank dan Rhb Bank. Lepas ini tiada lagi alasan ketiadaan masa untuk menambah pelaburan. Sudah pasti terdapat charge perkhidmatan yang dikenakan tetapi dengan kadar yang sangat rendah. Apalah sangat caj tersebut nak dibandingkan dengan minyak kereta dan masa yang akan terbuang untuk menguruskan pelaburan kita di kaunter. Bank juga berniaga. Setiap perkhidmatan perlu berbayar. Umpama kita naik bas tak bayar kena halau turun pulak.

Sebelum ini Jun banyak menggunakan kemudahan pindahan duit ke Tabung Haji melalui Maybank atau CIMB. Sekarang sudah ada pilihan jadi tepuk dada tanyalah selera. Masing-masing ada pendapat tersendiri dalam bab menabung. Sekiranya menyimpan di ASNB bersedialah untuk membayar zakat bila cukup masanya. Bagi penyimpan di Tabung Haji pula anda boleh tersenyum senang kerana segalanya telah diuruskan. Cuma ingatan dari adik ipar suatu hari katanya 'Kalau dapat kita lafazkan niat yang kita mengeluarkan zakat dari simpanan tabung haji setiap tahun'.

Jun pulak tak mau pening-pening kepala tiap-tiap bulan buat potongan gaji melalui syarikat. Terjamin duit tak akan terpakai...hikhikkkhikkk... Sekiranya ada yang terlebih (kes buat overtime) bolehlah di transfer dengan aman dengan kemudahan ini.


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Bagus ni!! Tak payah la nak gi bank, lepas tu asyik manjang aja off line dgn ASB katanya..:)

    BalasPadam
  2. kak june.,
    thanks syer ya..

    setuju ayat kak.. terpulang pd individu.. klu tabung haji mmg goyang kaki.. hehe

    BalasPadam
  3. Saya baru terminate ASB awl tahun ni heheh.
    Tp ok lah kalu ada kemudahan mcm ni.
    Rasanya dulu pernah transfer sekali dari M2U ke ASB.
    Juga pernah tolak gaji terus ke ASB tapi sekarang tidak lagilah ASB, waima orang nak bagi upah rm1000 pun saya tak mahu dah ada acc. dgn ASB ;)

    BalasPadam
  4. sekarang ni kalau bank takde online banking, rasa macam tak lengkap pulak. kan org main transfer2 je sekarang. hihi~

    BalasPadam
  5. saya baru tahu .. nantilah kalau ada duit lebih nanti nak juga tambah pelaburan.

    BalasPadam
  6. waaahhh .. sudah maju setapak lagi.

    BalasPadam
  7. Bagus kan sekarang nie
    tak payah nak bergerak ke mana2 dah
    yang penting ada laptop atau pc & kemudahan internet
    segala2 nya selesai dengan sekali klik saja :)

    BalasPadam
  8. Sebenarnya kemudahan ini dari tahun lepas lagi disediakan disebabkan sikap tak ambil tahu ramai orang yang tak tahu.

    Apa salahnya kita berkongsi sekali lagi disini supaya mana2 yang tak tahu akan tahu...:)

    Macam Jun cakap bab pelaburan terpulang pada diri sendiri. ASNB, Tabung Haji, Dana Amanah, Emas dan macam2 lagi. Tepuk dada tanyaklah poket, soallah hati. Kalau yakin teruskan sahaja.

    BalasPadam
  9. wah baru tahu ni.. selalu guna maybank2u transfer duit gi bank lain jek bayang utang.. huhuu..

    BalasPadam
  10. Macam - macam ada..hee.macam Daddy Ziyyad punya blog pulak kan..

    BalasPadam
  11. bagussss kan.. senang sikit bila dah online ni kan

    BalasPadam