Rm50k-Nak buat apa?

10:08 PG JunAina 19 Comments

Menung-menung sambil berangan-angan sambil jugak makan pisang berangan. Terasa kenyang pulak makan pisang berangan. Penyudahnya angan-angan tadi hanya tinggal angan-angan. Bila agaknya akan menjadi kenyataan.

Bukan apa dok memikir kalau banyak duit nak buat apa. Tak banyak, kalau ada cash dalam Rm50k. Apa nak buat dengan duit tu? Bagi orang yang berduit, jumlah tu mungkin kecil tapi bagi yang tak berapa nak berduit jumlah tu terlalu besar. Bukan senang nak kumpul-kumpul untuk dapat jumlah sebanyak itu. Mengikat perut, mengorbankan nafsu dan terpaksa menjaga hati dan perasaan dari memandang benda-benda yang tak sepatutnya.

Apa yang difikirkan? Macam mana nak buat Rm50k tu jadi Rm100k dan beranak semakin banyak lagi dan lagi. Sekurang-kurangnya bila dah pencen ada jugak duit nak buat belanja. Itupun kalau panjang umur! Almaklumlah orang kerja swasta macam Jun mana ada pencennya. Mengharapkan KWSP yang tak seberapa itu sahajalah. Bila umur semakin banyak semakin banyak juga sakit-sakitnya. Hanya itu yang diharapkan dapat membantu. Ok. Balik ke pangkal jalan!

Kalau tip bab nak mengabiskan duit semua orang pandai...hikss... Nak kembangkan duit tu secara berhemah. Nak melabur pun berfikir banyak kali. Melabur macam mana? Melabur dalam bidang apa? Kalau boleh biarlah pelaburan dengan risiko paling rendah. Melabur pun bukan boleh sembarangan. Kena jugak belajar tentang apa kita nak laburkan tu, tak boleh main terjah. Tak pasal-pasal penghujungnya kita yang menangis guling-guling. Mengharapkan Rm50k menjadi Rm100k akhirnya habuk pun tak ada.

MLM. Itu diharamkan dari buat promotion kat sini. Kalau orang lain boleh berjaya Jun memang tak percaya pada diri sendiri dalam bidang MLM ini. Orang lain mungkin boleh buat tapi tidak Jun!

Kalau anda ada Rm50k, apa anda akan buat dengan duit itu?

Mandi duit. Apa rasa gamaknya!
Sumber-Pakcik gugel.


You Might Also Like

19 ulasan:

  1. alhamdulillah, kalau dapat....
    macam-macam boleh buat..beli
    yang pasti tolong mereka yang memerlukan dulu.....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Jun

    kalau saya suka makan pisang berangan juga....sebab sedap...he he

    BalasPadam
  3. saya??settle hutang dulu.

    BalasPadam
  4. Hanya dlm mimpi ada RM banyak tu..dlm akaun saya.

    BalasPadam
  5. hmm..rm50k lebih baik buat pelaburan dalam unit trust.. tapi kena cari ejen yg ok..selain dari tu simpanan emas pun ok katanya.. nak jadi dua kali ganda tu depends pada berapa faedah yg dia bagi tiap tahun..

    btw..MLM apa yang perlukan sampai rm50k tu? saya ada masuk MLM jugak.. guna barang dan ada jual sikit2..tapi modal nak join tu takde sampai seratus pun..

    BalasPadam
  6. Dgn RM50K tu, seelok eloknya cari medium yg boleh menambah nilainya, iaitu beli asset/pelaburan.

    Kalau beli kereta/gejet, ianya liabiliti..lepas setahun, dah susut nilai.

    Tapi syiok lah kalau boleh enjoyyyyyyyy habiskan beli benda2 liabiliti dgn RM50K tu! ekekekekee

    BalasPadam
  7. RM50K utk business kecik-kecik macam buka kedai makan mungkin boleh itupun belum masuk kerusi-meja/periuk-kuali/pinggan-mangkuk Aina... Tapi kalau buka warung memang besarlah dan boleh cuma kena pastikan masakan mesti tip-top utk meraih pelanggan terus dtg...

    BalasPadam
  8. mesti la beli saham kat public mutual. Tambahkan lg ape yg ade...

    BalasPadam
  9. Hehe. Biarlah berangan. Mana tahu jadi hakikat. :)

    BalasPadam
  10. Kalau lynn..nak renovate rumah...pas tu baki nak beli barang kemas..pas tu ada lagi baki masuk dalam asb...okaaaay tak?.nak sikit boleh..hahahah

    BalasPadam
  11. salam org kajang... ada RM50K... mari2 sini saya kirakan utk pelaburan dlm unit trust public mutual.. he..he..

    BalasPadam
  12. 1. save 10% drpd duit tu
    2. g haji
    3. buat modal berniaga
    4. benti keje heheheehe

    BalasPadam
  13. Semua pendapat best2. Nanti kalau 50k tu menjadi kenyataan Jun akan pertimbangkan pandangan kawan-kawan semua.

    Hayooo...kalau betul ada 50k tu mesti siyokkk maaaaa...

    Terima kasih pada semua yang telah menyumbangkan idea!

    BalasPadam
  14. bestnye kalau dpt duit banyakk tuu..
    mesti shopping xingat dunia..heheehe
    yang paling penting kena pandai simpan untuk masa depan.. :)

    BalasPadam
  15. kalau saya dapat 50k.. ingat nak buat bisnes
    tapi bisnes apa, tak tau lagi.. hehhee

    BalasPadam