Berhati-hatilah Memilih Pakaian

11:54 PG JunAina 13 Comments


Pagi tadi dalam kesibukan warga kota mengejar waktu ke pajabat aku tersentak. Subhanallah...terdetik di hati. Tika itu baru pulang bersarapan bersama suami, nasib baik kami telah mengikut haluan masing-masing. Di hadapan seorang wanita yang ayu berjalan dengan penuh keyakinan. Rambut yang di perangkan disanggul kemas dan rapi. Make-up yang nipis sesuai dengan gayanya. Sesiapa sahaja memandang pasti tertarik.

Menyusuri dari belakang hati tersentak!

Haruskah ditegur? Membiarkan umpama memalukan diri sendiri. Menegur pula entah apa reaksi empunya diri kerana kami langsung tidak saling mengenali. Aku serba salah. Di dalam hati hanya berdoa semoga ada diantara kawan-kawannya akan menegur.

Blazer yang tersarung dibadan membayangkan empunya diri bukanlah bekerja sebagai kerani. Skirt labuh hitam dengan sedikit corak berwarna putih itu pasti menggetarkan jiwa mana-mana lelaki. Bukan kerana seksi tetapi kerana skirt yang sedikit jarang dan ketat, blazer yang agak pendek gagal menutupi bahagian yang sepatutnya ditutup. Menjadi tatapan umum apabila setiap kali melangkah skirt akan meregang dan dengan jelas akan ternampak G-String yang berwarna hitam melalui lurah yang sepatutnya tersembunyi (maaf kerana terpaksa menulis). Membuat hati semakin tak keruan kerana dia adalah sebangsa dengan ku seagama juga.

Aku menjadi malu pada diri sendiri kerana aku juga wanita. Apa yang ada padanya juga ada padaku. Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Cantik biarlah kena pada tempatnya. Bergaya juga ada batasnya. Berhati-hatilah dalam memilih apa yang kita pakai. Jangan sampai ianya mengaibkan diri sendiri. Kerana kita wanita untuk dihormati.


Rindu budak baju pink. Minggu depan cuti sekolah bermula tak sabar nak tunggu budak tu balik.


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Dah depan mata, nak tegur salah, tak tegur pun salah. Jadinya serba salah, kan Aina?

    BalasPadam
  2. ye xye gak kan... kang tegur jatuh la maruh pompuan tu kn.. org lelaki lak kalau nmpak benda cm tu lg syok.. hehe

    BalasPadam
  3. baik x yah pakai bj kalu cm tu

    BalasPadam
  4. err...klu cma pun serba salah juga nak ditegur..tp itu lah yg ditannya bila di akhirat kelak..huhuhuh..

    BalasPadam
  5. Jujur kalau kakak memang tak berani menegur walau depan mata sekalipun. Itu yg kena tempias dosa sama sebab tak mahu menasihati...

    BalasPadam
  6. sebagai wanita perlu lah menjaga penampilan diri agar tidak mengaibkan diri sendiri dan keluarga mereka...

    BalasPadam
  7. Selalunya, mmg mereka sengaja pakai macam tu utk tarik perhatian...

    Tak apa lah, selemah lemah nya , kita dah benci dalam hati...cuma kalau ada kekuatan, tegurlah...tapi bersedia lah utk terima reaksi negatif :)

    BalasPadam
  8. Cerita sampai boleh tergambar apa yang awak nampak dengan jelas...

    memang mereka suka mendapat Publisiti murahan...

    Bagi WuMing kecantikan asli bukan dengan cara berpakaian yang menjolok mata...

    BalasPadam
  9. "salam..emm saya pon dah lama tk jenguk sini...sorrylah sbb sibuk sgt dh jarang bw...~kalau saya pon tk berani nak tegur sbb dh sah2 mmg dia sengaja pakai cam tu utk menarik perhatian...silap2 org menegur tu yg kena...betul tk..."

    BalasPadam
  10. memang kita tak akan berani nak tegur orang tak kita kenali..walaupun tahu pakaian yg dipakai sgt menjolok mata...

    BalasPadam
  11. tegur pun tak guna kut sebab dia memang suka pakai macam gitu. selalu nya kalau saya jalan kat belakang.... hihihihi.....

    BalasPadam
  12. smpai skrg sy x faham kenapa ada perempuan yg suka pakai G string.. selesa ke?

    Kes akak tu.. sapapun tgk memang akan rasa malu walau dia yg pakai sbbnya malu sbb aset dia sama je mcm aset kita walau berbeza size.

    BalasPadam
  13. Risau saya kak, bimbang dipandang serong di mata org laen walaupun sedaya mungkin saya cube mngelak memakai pakaian yg kurang enak...

    BalasPadam