Biar Sedikit Tapi Bererti

4:03 PTG JunAina 10 Comments


Dedikasi khas buat Yayan dan keluarga bagi megisi tabung si comel Yayan. Kisah deritanya boleh dibaca di blog bonda kesayangannya Yayansmum.


Satu lagi kisah yang meruntun hati setiap ibu. Bisa membuat mata seorang ibu merah dengan tangisan. Bukan siapa-siapa mereka dengan kita tetapi jiwa kita tetap meronta-ronta tika memandang gambar-gambar si comel. Betapa sengsara yang ditanggung, betapa kesakitan yang dibawa seolah-olah menjadi racun tanpa penawar dihati ibu dan bapa. Doa yang terbaik buat Yayan. Juga moga ketabahan sentiasa bersama kedua orang tuanya.

Sama-samalah kita membantu setakat yang mampu. Mungkin hari ini hari mereka dan tidak mustahil akan tiba hari-hari duka kita. Membantu tanpa mengharapkan balasan. Mungkin hari ini kita membantu Yayan, bila kita berada dalam kesusahan walaupun bukan Yayan yang membantu mungkin insan lain akan membantu kita. Berpegang pada janji Allah (s.w.t) setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga.

Kebelakangan ini banyak kisah-kisah sedih yang sampai ditelinga kita terutama bila menggunakan dunia tanpa sempadan. Seboleh mampu kita juga ingin membantu. Walaupun bukan dengan wang ringgit, bukan dengan tenaga empat kerat mungkin dengan sepotong doa kita titipkan buat mereka.

Jun terbaca entri ini di halaman mamavogue. Terima kasih atas perkongsian dan Jun mohon jugak untuk berkongsi di blog ini. Bantulah sedaya yang kita mampu. Pada mereka walaupun sekecil mana sumbangan kita tetapi itulah rahmat buat mereka.

You Might Also Like

10 ulasan:

  1. saya pun baru tau pasal yayan dari blog akak
    alahai.. comel budaknya

    BalasPadam
  2. kadang2 tu macam tak sanggup nak baca. sebab tak sanggup nak bayangkan cerita dan reality nya.

    BalasPadam
  3. Assalam Aina..insyaallah acik akan tinjau blog tu untuk mengetahui kisah sebenarnya

    BalasPadam
  4. semoga sumbangan dan bantuan tersebut akan mengurangkan beban mereka...

    BalasPadam
  5. bab2 anak2 kecil ada penyakit2 macam ni sangat meruntun jiwa..

    BalasPadam
  6. Moga dipermudah Allah semua urusan anak comel ini...

    BalasPadam
  7. mmg sedih.. bila balik tgok anak2 yg sihat teringat anak2 yg tak sihat.bagaimana parents dioranghadapi.. yg tabung adik sufi tue... sgt sedih tgok

    BalasPadam
  8. terimakasih berkongsi di sini....

    BalasPadam