Renew Passport Online.

9:11 PG JunAina 8 Comments


Phewww...nasib baikk...nasib baikkk... Pesoh pi pesoh mai terjumpa passport. Alamak Oktober 2012 akan tamat tempoh passport dah less then six month mau ada yang guling-guing kat airport. Garu-garu kepala. Hujung bulan 6 ada misi rahsia yang memerlukan passport. Nak ambik cuti renew passport rasanya tak boleh coz semasa menjalankan misi rahsia nanti terpaksa ambik cuti jugak. Jumaat kerja separuh hari tapi biasanya Jumaat kena cover bos kecik yang selalunya lepas solat terus lesap. Haisshhhh...menung...

Tak boleh jadi takkan nak biarkan Pak Tuan terbang sensorang. Pergi tempat macam tu pulak. Macam-macam ada...opsss...

Tiba-tiba teringat! Hah... Idea dah mai. Nasib baik 2-3 minggu lepas ada terjah satu blog cerita pasal online renew passport. Penyelamat dah tiba. Terus masuk laman web Imigresen. Lega... Kalau tak sebelah Pak Tuan tu nanti kot-kot ada yang teringin nak isi...haishhh...

Ambik keputusan untuk renew online je. Masuk laman web Imigresen dan ikutlah step yang diberi. Pastikan ada gambar berukuran passport yang latarnya warna biru ye. Kalau nak gunakan warna kegemaran masing-masing pun boleh tapi memang kena tolak le permohonan tu nanti. Jangan ikut sesedap rasa ye ikut peraturan. Hidup kita ada banyak peraturan okies...

Lepas dah ikut semua kita kena bagitau kat mana nak collect. Make sure ambik kat tempat kita pilih saja. Kalau gatal-gatal pi ambik kat cawangan lain alamatnya gigit jari... Rentikanlah jari tu tak best pun tapi kalau habit mesti manis2 je kan...hiksss...

Inilah pilihan terbaik buat masa sekarang. Dari terpaksa teriak guling-guling kat airpot lebih baik ambik tindakan drastik. Di sebabkan ini misi rahsia bila dah berjaya baru akan di wawarkan kat sini ye. Takut pulak misi tak menjadi, buat malu aje deh...

Kadang-kadang pejabat Imigresen penuh, pergi nomor pun dah habis. Hangin! Agaknya sekarang ini orang ramai dah mampu terbang tinggi-tinggi. Almaklumlah AirAsia kan ada (iklan free). Sejak berurusan dengan Imigresen belum lagi pernah menghadapi masalah. Kalau setakat tunggu giliran lama tu biasalah. Lagipun memang kat kaunter Imigresen ramai sangat orang. Mungkin kalau Cawangan Negeri tak ramai kot. kalau kat Kolumpo ni bersabar le banyak-banyak kat Kajang pun sama ramai.

So bagi yang sibuk bagai tak ada masa nak uruskan passport dan jenis yang memang tak sabo nak tunggu lelama cubalah alternatif ini. Sekurang-kurangnya menjimatkan masa. Pembayaran pun online jugak. Bila nak ambik passport tak perlu nak tunggu lama, paling lama 2 jam. Jangan lupa jugak bawak passport yang lama karang tak pasal-pasal kena balik rumah ambik.




Masuk je laman web Imigresen korang boleh nampak menu bagai so klik Perkhidmatan Atas Talian dan klik Permohonan Pembaharuan Passport (MyOnline Passport).


You Might Also Like

8 ulasan:

  1. tq atas info ini ya, kak aina...ia sgt bermanfaat

    BalasPadam
  2. yup....memang sekarang dah banyak kerja yang boleh dipermudahkan. saya tak pernah lagi renew pasport secara online, tapi pernah renew IC secara online. sangat senang & menjimatkan masa. pergi collect je bila dah siap. tak payah nak beratur tngu angka giliran bagai

    BalasPadam
  3. senang dah ada sistem online.. tak payah beratur panjang..kalau kat kajang tu siap kena datang lepas subuh..tu pun dah ramai orang..

    BalasPadam
  4. Nak kemanakah itu, Aina? Semoga selamat segalanya, ya? :)

    BalasPadam
  5. betul tu kak...jenuh menunggu nak buat paspot kalau kat KL..kalau kat cawangan kukup, pontian, mmg lengang! tu sebab kalau saya balik jb rumah mak ayah, gi kukup aja kalau nak rene passport.

    BalasPadam
  6. saya x tahu ni , good info kak anyway thanks taw..

    BalasPadam
  7. Oh... kakak tak pernah cuba cara online lagi. Aina takut kena tinggal ye..:)

    BalasPadam
  8. Hi.. Saya ada try tadi.. Tapi x boleh pun..
    Dah x available ke utk thn ni?

    BalasPadam