Murahnya Harga Air Mata

11:42 PG JunAina 29 Comments

Sedih kita menangis. Gembira pun kita menangis juga. Bukan itu sahaja tengok orang gembira kita tumpang menangis, lihat orang bersedih pun kita turut menangis. Hati terasa tetapi mata pula menjadi mangsa tetapi hati yang menangis tiada siapa yang tahu.

Semalam dalam keletihan balik kerja almaklumlah merempit sendirian 60km pergi dan balik. Ada juga yang tanya kenapa tak naik pengangkutan awam. Ambik komuter dari Kajang ke KL Sentral kemudian tukar Putra LRT ke Ampang Park boleh juga sampai pejabat. Jun jawab masa. Kalau merempit ikut waktu sendiri, dah boleh budget masa. Kalau naik pengangkutan awam kena ikut jadual perjalanan. Terlepas train terpaksa tunggu lagi itu belum haru biru bila train ada masalah. Makin lewat sampai pejabat.

Balik ke pangkal jalan. Sampai rumah Pak tuan bercekak pinggang dengan muka yang menyinga di koridor depan pintu. Rupanya dia dah sampai dahulu kat rumah. Jun mula rasa tidak selesa. Tanpa kata masuk ke rumah. Tengok adik terbaring merekot di dalam bilik. Abang tak ada mungkin ke rumah kawan.

Pak Tuan masuk dan mula berleter. Anak-anak tak tahu sayang barang. Suka-suka bagi orang (anak-anak jiran) main laptop dan internet. Senang-senang biarkan orang guna barang sendiri, main game pulak tu. Barang-barang tu bukan murah nak dibeli. Abah dah kata tak suka orang usik barang-barang kat rumah ni dengar sikit cakap abah. Jun diam.

Masuk bilik tengok adik. Muka pucat. Trauma. Kena tengking dengan abah agaknya tapi tak menangis. Di hujung mata sedikit air mata bergenang. Mama sedih. Terbayang dimata ketakutan adik bila kena marah tanpa mama di rumah kerana abah bila marah memang tiada batasan. Siapa yang pernah kena memang serik. Mama menangis sambil peluk adik. Sedih tengok adik walaupun adik tak menangis. Kawan-kawan yang kena marah semua lari balik rumah. Jun dah naik segan dengan jiran-jiran.

Dulu-dulu bila abah marah abang, jauh di sudut hati memang terasa sangat marah dan kecil hati almaklumlah abang hanya anak tiri. Sekarang bila abah marah adik mama terpaksa akur memang tabiat abah macam tu. Walaupun adik anak abah tetap kena marah juga bila buat salah. Pantang besar anak-anak melanggar arahan abah. Abah sangat tegas dan panas baran. Pun begitu abah tak pernah pukul anak-anak atau maknya.

Hati seorang emak ini sangat halus. Walaupun kemarahan abah untuk kebaikan seorang emak akan cukup terasa. Kadang-kadang pekakkan telinga dari terus bergaduh menyakitkan hati. Bila kemarahan dah reda cakap juga dengan Pak Tuan. Belajarlah besabar. Banyakkan beristighfar. Kawal marah. Hujung tahun insyaallah akan pergi menunaikan haji. Di sana lagi kuat cabaran dan ujian. Belajarlah dari sekarang. Pak Tuan DIAM.


You Might Also Like

29 ulasan:

  1. assalam jun..memang kita sebagai ibu bila ayahnya marah anak pun kita ikut terasa..tapi bila acik sendiri yang narah tak pe pulak tu

    BalasPadam
  2. kdg2 kita tak da pilihan. terpaksa redha dgn karakter yg tersayang yg kdg2 "macam-macam"

    BalasPadam
  3. Kakcik pun macam tu. Kalau suami marah anak2, kakcik yang terlebih 'luka'nya. :(

    BalasPadam
  4. mudah2an pak tuan dapat belajar mengawal rasa marah tu :)

    BalasPadam
  5. terima kasih berkongsi sbb saya anggap ini juga ilmu dalam mendidik anak2. tambahan pula saya baru nak belajar dalam pebaga perkara seperti kesabaran dalam membesarkan anak.

    BalasPadam
  6. pedulikn je kak...



    p/s jemput empunya blog ni utk join GA sy! ;-)

    BalasPadam
  7. abah saya pun macamtu jugak~~dan sedihnya sekarang sifat tu da mula turun kat saya~~kekadang saya tertengking anak saya~~lepas habis baru rasa menyesal~~

    BalasPadam
  8. sy membesar mak je garang & baran tp arwah ayah sgt la cool.. bila dh ada anak hati ni selalu ckp x nak garang2.. x nak pukul2.. tak nak marah cakap bukan2 kat anak.

    BalasPadam
  9. Kesabaran
    adalah senjata paling kuat utk mengawal rasa sedih dan kecewa, atau
    kecil hati bila dimarah. Jangan terlalu fikir. Ada orang terpaksa hidup
    dgn orang yg lebih dahsyat lagi sikap dan perangainya.... hanya tak nak
    citer jer

    BalasPadam
  10. Acik...macam tulah tahankan aje hati ni. Dulu2 mula2 kawin selalu gaduh pasal ni, anak kena marah mula le mak backup. Lama2 dah faham perangai dia...diamkan aje...

    BalasPadam
  11. KC...betul tu. Redha adalah cara terbaik dari terus bergaduh hanya kerana perkara remeh.

    BalasPadam
  12. Kak cik...Aina pun macam tu. Anak tengok ok je tapi mak pulak menangis beriya2.

    BalasPadam
  13. Acu...setiap kali solat itulah yang akak minta, lembutkan hati dia. Setakat ni alhamdulillah, sebenarnya angin dia dah banyak berkurang dari mula2 kawen dulu.

    BalasPadam
  14. eelobor...kadang2 pengalam org lain kita boleh jadikan pedoman.

    BalasPadam
  15. Afasz...tak mau sedih2 la. Biasa le bila anak kena marah mama touching lebey...hehehee...

    BalasPadam
  16. Anies...memeng kena buat macam tu, pedlikkan je kalau kita fikir lebih2 mau sakit jiwa...:)

    BalasPadam
  17. Bujal...mungkin sifat tu diwarisi tetapi dalam kes husband akak rasanya bapa dia terlalu baik mungkin diwarisi dari mak dia yg garang.

    Kena cuba belajar kawal rasa marah, kesian anak2 nanti...

    BalasPadam
  18. LLG...hah! Kes ni sama dengan hubby akak. Arwah ayah dia cool tapi mak dia kalau anak2 gaduh apa ada dekat dia semua terbang...:)

    BalasPadam
  19. Terima kasih kak azie...sepatutnya kita bersyukur dengan segala kurniaan kerana sifat mereka itulah pelengkap kehidupan kita yang mungkin pincang tanpa dia.

    BalasPadam
  20. pak tuan diam dalam berfikir tu...insyaAllah.

    BalasPadam
  21. saya pun mcm acik erna tu....
    saya tak suka kalau org lain marah anak2 saya, termasuklah hubby kalau marah anak, saya tak gemar, pada saya, yg boleh marah anak2 saya, cuma saya je...

    errr, boleh ke mcm tu?

    BalasPadam
  22. huhu, hati seorang ibu yang sangat halus.. biar dia marah anak, jangan orang lain marah, walaupun bapak dia sendri...

    Hun, pengalaman saya, lebih baik bapak tiri yang marah kerana mengajar daripada daripada yang senyap tak peduli ...

    BalasPadam
  23. huhu, hati seorang ibu yang sangat halus.. biar dia marah anak, jangan orang lain marah, walaupun bapak dia sendri...

    Hun, pengalaman saya, lebih baik bapak tiri yang marah kerana mengajar daripada daripada yang senyap tak peduli ...

    BalasPadam
  24. Kakak rasa sebab kerjaya Pak tuan itulah yg buat dia kelihatan garang. Anak-anak dan isteri pulak hati tisu itu yg jadi begitu.

    Garang dia ada sebab dan dia juga tak ringan tangan kena bersyukur...

    BalasPadam
  25. org yg plg hebat adalah mereka yg boleh menahan ammarahnya..

    BalasPadam
  26. Huhu..betul tu..tp mcm kes cma, cma yg baran..yg asben jenis pujuk anak2…
    Tp tu la.. anak2 cma kecik lagi..bila syaiton tu dah mula merasuk..menggila la baran cma ni..marah x tentu pasal.last2 sayu hati tgk anak2 menangis kat sebelah asben..

    Emosi ibu..klu time asben yg tetiba marahkan anak.cma pulak yg terlebih hujannye..
    Bersabarlah dlm setiap dugaan :)

    BalasPadam
  27. naluri seorang wanita cukup halus..
    saya sendiri kalau orang marahkan budak2 pon saya dah nangis..

    follow sini juga =)

    BalasPadam