Abang Rindu Padamu

1:33 PTG JunAina 10 Comments

Kalau 10 tahun dahulu ada insan yang melafazkan ayat ini mungkin hati muda ini akan sedikit bergetar. Kuntum senyuman bermain dibibir dari pagi sampai ke petang bawak ke malam dan kadang-kadang mungkin mengigau dalam tidur. Sekarang ayat-ayat begitu sudah tak bisa menggetarkan naluri kecuali yang sebut tu Pak Tuan...hiks...

Tengahari buta tengah panas rembang bercampur pulak dengan geramnya bila pergi bank nak ambik statement/resit yang tertinggal lepas buat full sattlement sebijik kereta tapi depa kata tak ada dan tak boleh bagi waima nak print dari komputer pun. Dam! Pleaselah. Zaman cyber yang segalanya masuk server boleh link sana sini korang bagitahu tak boleh buat kecuali kena pergi branch yang keluar loan. Habis masa aku usha loan yang lagi besar amount dari tu boleh pulak korang usha baki akaun aku yang ada dengan bank korang. Memanglah jumlah tu tak banyak tapi tidak sedikit jugak untuk aku. Bayangkan kereta yang diguna lagi 7 bulan nak cukup 5 tahun itulah lebihnya yang dibayar. Agaknya kalau yang datang tu bawak BMW, naik MERC pakai kot dan bertali leher bagai dengan dalam akaun ada ratusan dan jutaan riban memang korang layan sambil angguk-angguk walaupun dia salah!

Tengah tension dengan bank ada pulak HAMBA ALLAH hantar sms.
Pertanyaan aku hanya sedikit.

'Bulan bila paling best pergi Pulau Tioman. Maksudnya dari segi cuaca.'

'Bulan Nov pun boleh'

Kemudian ada lagi sms tak boleh blah masuk.
'Harap-harap dapat pergi dengan abang. Kita boleh duduk kat jeti mancing, buat snorkling sama-sama dan jalan-jalan tepi pantai waktu malam sambil tangkap ketam. Pasti best. Macam honeymoon la...'

Bersambung next sms.
'Abang rindu padamu.'

Terasa nak pitam. Aku dah bagitau walaupun aku hanya merempit sendirian ke pejabat setiap hari tetapi aku ni bini orang. Ada lelaki di sisi aku yang bergelar suami. Mesti aku junjung dan hormati dia saban masa. Setia. Tak faham ke tak percaya atau tak mengerti aku pun tak reti. Aku nampak rock, kelihatan macam agak sosial (ye ke?) dan senang mesra tetapi aku masih ada batas-batas yang aku letak dalam hidup aku. Berkawan. Yes. Seramai mana, apa juga jantina tetapi kita punya batasan.

Balasan.
Our life have rule & regulation. Saya rasa tak seswai ayat macam tu coz saya isteri orang. Saya pun bukan muda lagi. Hidup saya pun tak ikut hati dah sekrang ni. Ujian hidup adalah peringatan untuk kita (ini aku merujuk pada masalah jantung yang dihidapi sehingga terpaksa melupakan kecintaannya pada laut melupakan rutin menjadi pelatih scuba diving. Ini pun aku tak tanya dia yang beria-ia bercerita bila terserempak kat parking).

Dulu-dulu aku berkias bagai bila bercakap. Sebagai orang tua takkan tak faham. Kalau boleh tidak mahu menyakitkan hati orang. Takut juga tiba-tiba kat parking kena peluk dari belakang...hahhaaaa... Risau bila dendam kesumat menguasai diri lain pulak yang jadi. Kebaikan aku disalah erti agaknya. Itulah aku. Terlalu lembut hatinya. Terlalu baik sehingga orang tersalah sangka mungkin.

Entri luahan hati sehingga terpaksa menangguh entri GATHERING GLAMER RAYA BLOGGER 2012. Bila marah idea tak ada dan yang terfikir nak luahkan sahaja api kemahrahan yg ada dalam hati. Terima kasih kerana sudi membaca.


You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Suami kakak pernah kena macam itu juga Jun tak boleh bagi statement sebab kena dapatkan tempat kita buat loan katanya. Ikut ajelah..

    Kakak ingatkan Pak Tuan yg sms tadi oklah juga tapi Jun suami kakak tak pernah pun bersms macam tu dari dulu sampailah nie. Jenis tak pandai nak romantik2 hihi...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Jun

    kena berterus terang dan buat satu keputusan...tolak...
    kalau tidak ia akan mencuba sedaya upaya

    BalasPadam
  3. ada gak sms macam tuh...jgn dilayan bahaya.....

    BalasPadam
  4. debik aja lelaki yg sibuk nak kacau bini orang..hehehehe..

    BalasPadam
  5. june, awat semalam takde sesi luahan perassaan ekk.. aiseh, lupa bukak booth ler.. \

    gambar kita berdua pun takde.. terkilan weh...

    BalasPadam
  6. Kadang2 bank nimemang banyak songel .....

    BalasPadam
  7. Kadang2 bank nimemang banyak songel .....

    BalasPadam
  8. Ada juga orang yang sengal macam tu ya June...dah bagi tau isteri orang masih nak main2...

    BalasPadam
  9. saya tak penah dapat sms cenggitu.

    abis abis pun dapat 'i miss u' aje. ekekekek~

    BalasPadam
  10. bini orang nak dikacaunya..bahaya kalau berkawan dgn dia..

    BalasPadam