Panduan Membeli Rumah
Pening. Pening...Harga rumah teres sama ada yang baru atau yang 2nd hand sekitar Kajang dan Bangi melebihi Rm300k. Tengoklah rata-rata perumahan baru sudah tiada harga di bawah Rm300k. Tipislah harapan hendak memiliki landed property seperti yang diidam-idamkan.
Jalan-jalan dan tengok-tengok sekitar Kajang dan Bangi sekadar untuk memuaskan hati. Banyak yang berkenan bila disoal hati laju je naknya tetapi bila di tepuk poket owhhh no! Akhirnya kami hanya jalan sambil jamu mata.
Kajang 2. Projek ini belakang rumah sahaja. Sudah togel semua hutan getah kat situ. Pertama kali launching dulu rumah teres dua tingkat Rm400k onward rasanya Nadayu kot. Baru-baru ni launching lagi semi-d harganya Rm750k. Tercekik. Ada jugak untungnya Kajang 2 buat kat situ kerana kalau nak ke Bangi penduduk Kajang Utama tak perlu lagi pusing highway. Harga sewa rumah pun dah naik dulu sekitar Rm350-400 untuk flat kemudian turun ke Rm250 tak lebih sekarang dah mula naik ke Rm300-350.
Kajang Avenue antara yang menarik perhatian tetapi harganya sekitar Rm360k (harga bumi okeh). Reka bentuk rumah yang memikat hati dengan keluasan yang munasabah. Bila dicongak perjalanannya hati jadi tawar. Jalan termudah untuk ke sana melalui PLUS Highway keluar Tol Bukit Mahkota atau melalui Bangi Lama. Bayangkan kalau hari-hari merempit berulang kerja kat KL (ada harapan beli superbike...hehehee...). Titik.
Singgah santai di Pearls View yang terletak di Jalan Reko. Walaupun keluasan rumah ala-ala biasa sahaja tetapi kedudukan rumah itu memang menarik hanya next to Hentian Kajang. Lagipun progressnya nampak cantik tapi...haissshhh... Rm388k tu starting prize.
Menyusur Jalan Reko ke Sungai Tangkas dan seterusnya melawat tapak ke Alam Sari Bangi. Jamu mata kerana memang tak mampulah nak membeli rumah dengan harga lebih Rm500k. Cantik. Kalau dapat best! Kat sebelahnya pun tanah telah diratakan tetapi belum launcing apa-apa projek. Ceritanya juga suatu hari nanti akan ada jalan dari Kajang Avenue terus ke Alam Sari bermakna jalan sedikit dekat untuk ke Kajang.
Singgah juga satu projek dekat Jelok. TTDI Grove. Korang ingat dia orang nak layan ke kami yang parking Saga je kat situ. Ada hati nak tengok rumah berharga RM750k...heheheee. Jelok Impian pun cantik rumah dah siap tetapi ini brand new nak jual dengan harga sekitar Rm450k dan ke atas.
Pusing-pusing Prima Saujana. Banyak rumah 2nd hand yang diiklankan. Saja tengok-tengok kawasan. Rumah memang cantik. Kemudahan pun banyak. Supermarket dekat, kedai dekat, surau ada, sekolah pun senang. Thumb up. Harga tetap menjadi masalah pokok. Rm350 ke atas bergantung tempat dan keluasan.
Akhirnya kami singgah di sekitar belakang Giant Kajang tengok rumah setelah berjanji dengan sales agent. Harga memang tak kurang dari Rm300k. Luasnya cuma 18x65 dan ada tanah sekitar 5 kaki dibelakang. 2% booking dan 8% bayar bila loan approve. Rumah kira ok tapi yang bestnya dah siap kitchen kabinet dan satu set almari lagi kat bawah tangga. Lantai dah lawa. Grill dah ada. Kipas dan lampu pun comel je. Tuan rumah nak jual sebab dia dah beli rumah semi-d. Kata seorang kawan berbangsa Cina fung shui rumah tu bagus. Rumah tu bawak kekayaan sebab tulah tuan rumah tu dapat beli rumah lagi besar. You mesti beli!
Agak-agak mampu ke kita nak membeli rumah yang diidamkan dengan harga pasaran yang melambung tinggi macam ni. Apa yang meghairankan setiap kali launching projek baru ada je orang yang membeli. Nak membeli pun kenalah ukur di badan sendiri takut nanti merana sendiri. Semua perlu di ambil kira bukan hanya ikut nafsu. Tengok orang lain ada kita nak juga.
Entri ini hanya untuk perkongsian idea bagi sesiapa yang nak cari rumah sekitar Bangi dan Kajang. Sendiri nak beli rasa tak termampu. Dapat bagi idea dapat tengok pun dah puas hati (walaupun kat dalam ada terasa sikit sakit hati...hahahaaa...).
memang nak nangis tgk harga rumah landed skrg.....
BalasPadamkak, nak tanya, camne cari rumah walk in camtu ek? mmg dah tau ada rumah kat situ ke camne ek? sb sy tgh cari rumah jugak ni....
Akak banyak carik kat mudah, survey harga. Rumah yang akak pergi tengok ini agent iklankan kat rumah tu sendiri letak banner.
PadamAssalam Jun..memang tak mapu la acik nak beli rumah kalau macam tu.Alhamdulillah ditempat acik ni 22x75 rumah teres masa acik beli RM82 je..kalau dulu masa acik beli harga macam Jun kata tu..tak mampu acik.
BalasPadamsusah da nak cari rumah mampu milik skang ni kan.. rumah kat kawasan shah alam ni pun average dah 400k++.. apartment pun dah nak cecah 300k..gila betul..
BalasPadamHarga2 rumah di sekitar Kajang & Bangi dah mula tak masuk akal...follow trend hartanah kat Subang & Shah Alam...Saya fed up tgk sistem kapitalis macam ni di malaysia...bayar 300-500 ribu dibandar, dapat rumah teres sekangkang kera sahaja, sorry to say.
BalasPadamRumah2 yg habis masa launching tu rata rata nya dibeli oleh agen hartanah.
harga rumah sekarang dah naik....
BalasPadamkawasan bangi/kajang pun dah makin naik perumahannya...
wah... sama la kita... cuti Hari Malaysia di manfaatkan round2 cari rumah sekitar bangi.... bali kje terus on PC browse rumah utk dijual...semua rumah disini mencekik darah.... ok... boleh jugak share kat mane dah round dan dpt rumah yg affordable.... ade tgk area sg merab x?
BalasPadamkalau nak beli rumah mmg kena tgk betul2 kan kak...sbb ni pelaburan jangka panjang...
BalasPadamtu okey lg kak..kt area sy ni..da jejak RM400K ke ats even rumah kecik kemain...
BalasPadamKak Azie dah lama berangan nak beli rumah teres. Kalu boleh nak yang 2 tingkat. Maklum dah berpuluh tahun dok rumah ni, jemu betul. Lagipun rumah atas nama orang. La ni nak kena tunggu anak kerja dulu, pakat himpun2 la kami nak sederap beli bagi dapat hat puas hati....
BalasPadamSemuanya mehai ya amattt....
Yg membeli tuh ejen2 hartanah, kak. Pastuh jual or sewa ngn kadar yg gila2 vavi punyer. Kerajaan punya kapitalislaaa neh. Pemaju berkuasa meletak harga.. Depa org atas2 jugak yg untung..
BalasPadamaanie...akak banyak google je. Cari kat property agent, dak pun mudah.com.
BalasPadamRumah yang akak pergi tengok tu dia iklankan di rumah yang nak jual tu. Kebetulan ada kawan area situ bagitahu ada rumah nak jual. Terus kita org buat appoitment.
Acik Erna,
Kalau dapat rege macam tu nak aje Jun booking 2 unit pas tu pecah jadikan satu unit. Nanti boleh main lari2 dalam rumah...ehehhee...
Rai...
BalasPadamAkak sangat2 sakit hati rumah yang pergi tengok tu 5-6 years before cuma 150-160k je regenya. Sekarang naik sekali ganda.
Akak sekarang dok rumah flat je tu pun masa beli Rm52k padahal harga asal rasanya dalam Rm25k je.
Daddy Ziyyad...
Lately memang melampau! Rasanya dalam 3 tahun lepas harga di Kajang masih under control. Rumah macam yang akak pergi tengok tu 2 tahun lepas end-lot owner jual Rm185k je.
Kebanyakan kawasan getah dan sawit area kajang dan telah dibeli syarikat gergasi kat Malaysia ni. Memang dia orang akan tekan harga.
Tapikan tak boleh kata jugak. Doc percaya tak sekarang kat Perlis hot-sport area macam kat Arau, Pauh rumah teres dua tingkat boleh cecah harga Rm250k++, sewa rumah teres low cost punya leh sampai Rm1k kat Arau. Kawan akka beli rumah 3 tahun lepas di Bintong berkembar setingkat, 3 bilik harga rasanya dalam Rm180k...:(
setuju..area kajang dan bangi landed properties memang dah tinngi..cuba survey area semenyih..pelangi semenyih 2 - METRO KAJANG tengah launch phase baru, semenyih parkland landed property teres 2 tingkat still bawah 300k, 4 bilik, 4 bilik air ataupun SETIA ECOHILL dari SP setia tengah ratakan tanah sekarang..pekan semenyih memang jem sikit,,,tapi sejak SP setia dah masuk diorang tengah buat exit to LEKAS...hopefully next year siap...2 tahun lepas belik pelangi semenyih 2,rumah dan specs yg sama beza hampir 200k dgn harga sekarang...alhamdulillah dapat beli awal dlu....
BalasPadamcuba try area semenyih - SEMENYIH PARKLAND - freehold 4 bilik tidur 4 bilik air still bawah 300k, SP setia dan METRO kajang pun tengah launch phase dan kawasan baru..SETIA ECOHILL dan Pelangi semenyih 2 - pahse 2A, 2 tahun lepas belik rumah di PS2 beza harga sekrang dekat 200k, alhamdulillah beli awal dulu,, exit ke lekas pun sedang dibina , boleh skip pekan semenyih
BalasPadamKalau ada tak beli rumah skarang...sampai bila2 pon anda tak dapat memiliki rumah sendiri...nak beli rumah kena berani dan padan dengan saiz baju :P..2 Tahun lepas saya beli rumah teres 20X70 kat Saujana Impian (impian murni) dengan harga 215K..sekarang mencecah 350K gilo...Saya ada rumah apartment 860sqf yg saya beli tahun 2004 pada harga 80K sekarang mencecah 180K..Pada sesiapa yang nak beli rumah bawah harga 200K di Kajang..ada perlu pergi cari rumah lelong tapi kena ada ilmulah takut kena tipu..rasa2nya ada lagi ataupun cari rumah lama seperti kat jenaris, jelok dsb... :P
BalasPadamEntri discussion yang bagus..tp dah 2 years back punyer cerita nih..gud2...
BalasPadamWe offer the best tinted film price and tinted film with highest quality. Sun Ice Tinted Workshop located at No. 25A, Jalan PP 2/5, Taman Putra Prima, 47100 Puchong, Selangor, MALAYSIA. Contact us for free Quotation thru 03- 8066 4432 / 018-257 2826. W/site : www.sunicetint.com.my
BalasPadam