BBQ Raya

10:35 PG JunAina 8 Comments

Pengisian raya tahun ini agak berlainan. Menunggu pulangnya anak bongsu perempuan emak dari Kelantan Jun buat persediaan BBQ. Mula-mula nak buat malam tetapi terpaksa dibatalkan atas permintaan mak. Khamis. Ija (adik perempuan) balik dari Kelantan. BBQ jadinya hari Jumaat kerana Sabtu Jun akan balik ke Kajang.

Hari Khamis pergi ke Kuala Sungai Baru, Perlis. Mengejar nelayan yang balik dari laut. Pelbagai tangkapan laut yang segar bugar sehingga merambangkan mata. Hanya membeli dua kilo udang laut sederhana besar dengan harga Rm20/kg dan dua ekor ikan siakap siap dibelah belakang berharga Rm18/kg. Balik singgah nat (pekan sehari) Simpang Empat. Beli tiga ekor ayam untuk diperap. Beli jagung dan rambutan.

Jumaat ke Pasar Kodiang, Kedah. Dekat sahaja kerana rumah Jun dah dekat sempadan Kedah/Perlis. Mencari talapia, malangnya tiada yang dapat hanya keli. Meredah jalan sehingga ke Kuala Sungai Baru lagi sekali. Hasil tangkapan hari ini, dua kilo sotong yang masih bersinar-sinar berharga Rm20/kg dan empat kilogram ikan temenung (ikan kembung) yang sangat fresh dengan harga Rm6/kg. Mata masih bersinar tanpa kanta lekap berwarna merah dan berkulit putih melepak. Tiga kilo kerang yang comel-comel berharga Rm4/kg.

 
kerang bakar
Ini bujang terlajak mak. Dah 40 tahun tapi still single and available. Memilih atau tidak dipilih pun tak tau tapi yang pasti dia takut menantu tak boleh jaga mak mertua jadi sampai sekarang tak kahwin-kahwin. Kerja pun biasa-biasa ja setakat nak cat kereta sebiji tu sebelah mata je...hehehee...

bbq


 Gambar atas mak dan tok. Kudratnya sudah tidak seberapa tetapi dimata tuanya terbayag kegembiraan apabila anak, cucu dan cicitnya berkumpul. Sekiranya umurnya masih panjang tak lama lagi mungkin dapat melihat piutnya (anak kepada cicitnya) pula.

 Gambar my gegirl. Tinggi. Kulitnya semakin gelap. Banyak sangat aktiviti luar rumah sejak tinggal dengan mak tok kat kampung.

 Lepas layan segala jenis seafood layan garam belacan jambu. Mangga tak ada masih berputik.

 Koleksi anak saudara. Gambar budak lelaki dua orang tu yang pegang gelas anak saudara yang sebelah tu sepupu.
ayam bakar

gulai ikan
 Hasil tangkapan. Ayam bakar yang telah di perap. Ikan keli bakar salut tempoyak. Gulai ikan temenung dengan kundur.Gulai jantung pisang dengan sardin (terbaek). Jagung bakar. Temenung bakar. Udang dan kerang bakar. Ulam-ulaman dan air asam (tiada dalam gambar).

Hari raya tidak akan bererti tanpa keluarga. Saat-saat beginilah yang ditunggu sepanjang tahun. Saat paling bahagia. Walaupun jauh di sudut hati ada sedikit perasaan terkilan tetapi Jun akur kita tidak sempurna. Redza ubat terbaik jiwa. 


You Might Also Like

8 ulasan:

  1. masa hari raya lah masa utk berkumpul kan kak..kalau tak mmg susah nak jumpa dan berkumpul ramai2 mcm ni...

    BalasPadam
  2. Sama2 masak, sama2 makan... seronoknya. :)

    BalasPadam
  3. lain dari yang lain kan.. tak yah sibuk2 nak pakai baju rayaa taim membbbq kannn..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Jun

    lebih seronok suasana begini
    boleh mesra sesama keluarga

    BalasPadam
  5. wahh, meriahnyaa bila bkumpul bersama2 kan

    BalasPadam
  6. Salam Jun..

    wow...selambak airliur akak menatap gambar2 makanan tu semua..ini barulah pencetus idea nak makan apa kan? hari2 masak utk org sampai tatau nak mkn apa utk diri sendiri..

    timekaish ats perkongsian citer menarik ini. Akak pun ada adik satu kelab ngan adik awak tu...KBJ - Kelab Bujang Terlajak haha...

    tp insyaAllah akan bertemu jodoh tak lama lagi...

    BalasPadam
  7. Suka kakak melihat situasi bersama keluarga yg nampak mesra ini. Makanan pula banyak mesti sendat perut sehari makan begitu banyak June.

    Ikan kembung fresh buat laksa sedap tau June..

    BalasPadam
  8. seronoknya berbbq...lupa sejenakbiskut, lemang dan ketupatnya//

    BalasPadam