Lambaian Kaabah : Andai Itu Bukan Rezeki

4:08 PTG JunAina 8 Comments

Hari ini entah kali keberapa Pak Tuan mengunjungi Andalusia. Sejak dia mendaftarkan diri untuk mengikut package haji bersama Andalusia hari ini adalah kemuncak kekecewaannya. Sebagai isteri aku menyimpan kesedihan di dalam hati. Memberi semangat agar kekecewaannya tidak parah.

Dua tahun berturut-turut dia mengikuti krusus persediaan haji. Bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali. Namun belum rezekinya untuk menjadi tetamu ALLAH. Tahun kedua semangatnya merudum. Rayuan ke Tabung Haji jugak gagal untuk kali ke dua. Kemudian memilih pula pergi melalui package haji dengan Andalusia.

Bila hati mula berbunga-bunga. Persiapan pun di buat. Borang, passport dan gambar telah diserahkan. Tawaran pakage Rm18,500. Walaupn sebanyak itu perlu dikorbankan dia tetap teruja. Kemudian mendapat perkhabaran package tersebut telah penuh dan ditawarkan package kedua Rm19,500. Dia redza. Menerima tanpa bersungut. Sekali lagi di minta ke agensi menghantar gambar yang hilang. Kedukaannya semakin bertambah bila pihak Andalusia memberitahu namanya tidak dapat di masukkan ke senarai package dan ditawarkan package lain bernilai Rm23,500. Kesungguhannya untuk menjadi tetamu ALLAH membuatkan dia nekad menerima.

Hari ini semangatnya terus mati. Sedih. Gusar. Terlihat riak mukanya yang sangat kecewa. Walaupun aku juga terasa tempiasnya tetapi sebagai isteri aku harus memberi semangat padanya. Bukan masanya. Belum rezekinya. Bersabarlah mungkin ada rezeki lain yang ALLAH telah aturkan. Segala ketentuan ALLAH pasti terkandung hikmahnya.

Mengikut pendaftaran yang telah dibuat Tabung Haji meletakkan lagi 2 tahun Pak Tuan akan mendapat tawaran tetapi dia boleh membuat rayuan. Kebiasaannya mereka yang membuat rayuan dengan alasan kukuh akan mengisi kekosongan bagi mana-mana jemaah yang menolak tawaran yang dikeluarkan pihak Tabung Haji. Entah di mana silapnya. Dua kali rayuan Pak Tuan di tolak.

Timbul juga kemusykilan kenapa ada orang lain yang mendapat tawaran haji kali ke-dua, ada juga kali ke-tiga dari Tabung Haji. Sedangkan orang yang kali pertama beria-ia membuat rayuan tetapi ditolak. Perlukah dalam hal-hal sebegini ada perkataan 'double standard'. Ada orang dalam, kenal orang berpengaruh mesti cepat dapat pergi. Bukan menuduh tetapi inilah realiti yang terpaksa ditelan oleh orang biasa-biasa macam kita. Bukan menyalahkan sesiapa jugak tak ingin mencari salah sesiapa.

Pak Tuan memang megalami masalah lutut. Bimbang semakin lama sakitnya semakin melarat sehingga mengganggu pergerakkannya melakukan ibadah. Sekarang pun ada ketikanya dia terpaksa bersolat menggunakan kerusi. Sebab itu dia tak sayang duit untuk pergi menunaikan ibadah haji menerusi agensi pelancongan yang sah.

Muhasabah diri. Andai ini ujian terima dengan redza. Mungkin masih ada cacatnya amalan. Mungkin hati masih ada sisi kelabunya yang menyekat rahmat menjadi tetamu ALLAH dari singgah menyapa.


You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Salam, satu hari nanti pasti akan tahu kenapa Allah tak izinkan ke sana pada tahun ini. Sementara menunggu saat itu, redha dan berserah, bersangka baiklah..

    BalasPadam
  2. Hanya Allah SWT yang mengetahui rahsia di sebaliknya. Semoga Pak Tuan menerima dengan redho ketentuan itu.

    BalasPadam
  3. Tak terkata. Sebab apa yang tertulis dalam entri ini, itulah yang sebaiknya...

    Redha. Hikmahnya akan ada nanti.

    BalasPadam
  4. hmm...takpe kak...sama2 kita berdoa agar dimudahkan urusannya ke Tanah Suci. mungkin halangan2 ini sebenarnya ujian yang perlu ditempuh sebelum ke sana, siapa tahu kan?

    BalasPadam
  5. askm. bukan mudah dapat jadi tetamuNya kalau bukan dgn izinNya juga. tahniah dan semoga suaimi mendapat jahi yg mabrur.

    BalasPadam
  6. takpa kak...mungkin belum dapat lagi jemputan dari Allah. insya Allah, Allah akan jemput bila sampai waktunya :)

    BalasPadam
  7. terharu dengan kesungguhannya.. tp betullah seperti yang akak cakap, belum ada rezeki lagi.. mungkin Allah masih nak menduga kesabarannya.. semoga ada rezekinya untuk menunaikan haji dengan cepat insyaAllah.. semoga kesihatannya juga terus baik hendaknya..

    BalasPadam
  8. Salam.

    Saya setuju dgn pandangan seperti yg tercatat. Redha ajelah dan teruskan berdoa. Semoga tahun depan diberi rahmat utk menjadi tetamu Allah.

    Jun akan pergi bersama ke?

    BalasPadam