Gathering Raya Glamer Blogger - Makan-makan, Sembang-sembang dan Gelak-gelak

12:39 PTG JunAina 16 Comments

Ahad nan lalu. Tanggal 23hb September 2012.

Keluarga besar Kite-kite Aje sesi pagi. Sumber Khairul Hakimin.


Selepas semua orang mengisahkan cerita masing-masing dengan cara tersendiri megikut sisi hati masing-masing hari ini Aina juga ingin meluahkan kegembiraan ini. Setiap pertemuan itu adalah buah tangan terindah untuk hari-hari seterusnya. Inilah keluarga baru kita yang semakin hari semakin bertambah bilangannya. Ukhwah yang terjalin moganya akan berpanjangan dan akan dipertahankan selagi hayat dikandung badan. Kalian adalah bunga-bunga yang mula mekar di taman hati.

 First off all gambar tuan tanah le... With Kak Ida my sweet lalink.

Kak Ain, En. Somi dan anak bungsu setakat ini (ada plan tambah lagi ke...larikkk...eekekkee..). Tapikan saya rasa Kak Ain macam kurus sikit sekarang ni ke cermin mata saya yang menipu entahlah.
Orang kuat geng 'Kite-kite Aje'. En. Somi Kak Cik yang sentiasa sporting layan kerenah kita orang semua. Sebelah tu Acu awek Vietnam sosat.

 Pertama kali jumpa Cik Mawar kita sebab asik makan-makan, borak-borak dan gelak-gelak tak sempat nak beramah mesra dengan empunya diri. Salam perkenalan.

 Apalah yang dibualkan oleh ketiga kakak ini. Rabung sungguh sampaikan Kak Azie sedikit terlopong. Mak Chaq pertama kali jumpa tapi best, ramah sampai non-stop dia bersembang.

Hiasshhh...lama pulak le kita dok tunggu dia potong-potong. Kak Azie tak baik tau buat main-main macam tu, semua orang dah tak sabar tak caya cer tengok muka Kak Cik. Tuan punya kek pun dah dok senyum-senyum kat belakang tu. Ada ka patut depa dok tanya kenapa kek tu togel jer. Tak yah tanya yang penting kek tu sodap. Confirm!

Hanya inilah gambar yang ada. Tuan rumah pun tak kelihatan kejam betulkan...hahahaaa... Maaf Dato' dan Datin  derhaka pada tuan rumah pulak tapi Dato' dan Datin memang bestlah walaupun hanya beberapa kali berjumpa mesranya bak saudara sendiri. Gambar Pak Ngah Komensen (Al-Lavendari) pun tak dak...sob...sob...(dalam hati ada taman nak bergandingan bergambar tapi segan coz Mak Ngahnya lagi sweet dari saya). Aana Suryana janji nak gossipping tapi bila dah ramai-ramai terus lupa pas tu gambar eksklusif kita berdua pun tak ada.

Ramai lagi blogger yang datang, senarai penuh boleh jengah di blog Kak Cik. Insyaallah. Panjang umur. Di izinkan ALLAH kita jumpa lagi. Keluarga besar 'Kite-lite Aje'. Walaupun kita hanya blogger kecil dengan ikatan ukhwah yang ada kita mampu menjadi satu keluarga yang besar. 
  

You Might Also Like

16 ulasan:

  1. saya sampai masa ramai peserta sesi pagi da balik..kuciwa sungguh.. tak sempat jumpa akak..

    BalasPadam
  2. Wah, how come I terlepas this one.. i thot of joining you all.. inilah kisah bila tak bukak blog lama-lama.. padan muka sendiri.. apa pun ada rezeki lain kali kita jumpa la.. Insyaallah..

    BalasPadam
  3. Setiap pertemuan pastinya meninggalkan kenangan yaqng sukar untuk dilupakan. :)

    BalasPadam
  4. wah..sekali lagi geng2 blogger berkumpul..seronoknya.. ;)

    BalasPadam
  5. tu la june.. udah ler tak sempat sembang sampai lebam, bergambar pun takde.. padahal dok sebelah2 jek kat meja tu...ishk.. bak mai no tepon.. :)

    BalasPadam
  6. Jun... kakak dah lama jeles tau asyik tengok gambar semua org sengih punyalah seronok. Kakak memang sampai bila pun tak dapat join kalau buatnya di Bangi.

    BalasPadam
  7. salam akak :)

    sampai awal eh? sy dtg lepas zohor..mcm tak perasan plak akak.ke tlepas pandang? huhu

    BalasPadam
  8. Assalam Aina..meriah betul kan..sayangnya acik tak dapat bersma merasai kemeriahan tu

    BalasPadam
  9. Hahahaa kek togel? Jenoh la Pakngah nak pikiaq. Kek ni dah jadi isu, sebab tak bertulis apa-apa.

    BalasPadam
  10. Aina,

    akak bukan nak penting kan diri lah.. pada akak group yang ada ni kita eratkan lagi.. takut semakin bertambah, kita semakin tak kenal dgn yang baru.. like senior agak renggang dengan junior. menurut mata akak lah. coz i byk dah joint group.. bila dah terlalu ramai kita kurang erat. eart hanya org terdahulu je..

    BalasPadam
  11. sy tk sempat nk update lg.. busy keje plak arini. ada audit..

    gambar akak ada kot dlm lensa kamera sy. hehehe

    BalasPadam
  12. Seronoknya nampak gambar ni.

    Sayang tak pernah berpeluang nak gather2 macam ni.

    BalasPadam
  13. Nampak sangat makchaq kuat bersembang.. sampai muncung mulut bercerita... he he

    BalasPadam
  14. Best nya...saya tak dpt hadir hari tu..kalau tak boleh jumpa kak Jun..jumpa makchaq....dgn kak Azie & kakcik tu, dah jumpa 2-3 kali!! mmg best diaorang tu..:)

    BalasPadam
  15. Cilok ajerler, kak junaina kat kite2 tuh kalo agak2 ketandusan photo. Dah sukarela haplod kat situ.. Hehehhe.. Btui juga kekata kak azian tuh. Lagi molek kalo yg lelama dieratkn. Yg baru diraikan..

    BalasPadam