Mengejar Pahala Tetapi Dosa Pula Yang Mengimpit
Teringat satu entri Tuan Haji Hamzah empunya Al-Lavendari. LAGI KES ORANG NAK MASUK SYURGA SORANG-SORANG.Kisah ni terjadi pada diri sendiri. Terasa nak marah. Seperti nak tegur. Takut pula teguran disalah erti. Ilmu sejengkal di dada jangan memandai nak tegur orang.
Berada di satu majlis ilmu. Bacaan Surah Yassin sedang berkumandang, beramai-ramai dengan seorang ketua memimpin menggunakan pembesar suara. Mengikut dengan suara yang sederhana. Dalam kesyahduan alunan suratul Yassin ada suatu suara membaca dengan nyaring. Jelas. Niatnya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Bacaannya mendahului bacaan ketua yang memimpin. Anggapan saya sepatutnya kita ikutlah pemimpin jangan mendahului. Bacalah secara sederhana dan janganlah menggangu orang disekeliling kita. Semua orang membaca benda yang sama bukan pula bersaing untuk menjadi pemenang (apa yang menyedihkan tajwidnya tunggang langgang dan bacaan banyak salah). Adat kita tak berapa pandai ikutlah org yang pandai jangan nak memandai-mandai.
Melangkah ke surau pejabat. Di luar waktu solat wajib. Ada juga orang lain di situ. Solat di pagi hari agaknya solat duha. Selesai memberi salam dia berpaling dan kami membals senyuman. Mula solat. Tiba-tiba telinga berdengung. Hendak pekakkah aku? Bacaan perlahan yang biasa kedengaran ditelinga sendiri entah hilang ke mana. Bila diamati rupanya budak tadi sedang menggunakan pengering rambut. Hati berdetik. Tidak retikah hendak menghormati orang lain sedang bersolat. Terlewat bangun agaknya kerana kebetulan malam itu malam Jumaat sehinggakan terpaksa mengeringkan rambut di surau pejabat.
Astargfirullahalazim...astargfirullahalazim...
Beribadat mengejar pahala sudah lain pula jadinya. Entah dapat pahalanya atau bertambah dosanya bila hati mula berkata-kata. Kasihan saya.
Pandanglah sekeliling sebelum berbuat sesuatu. Jangan sampai perbuatan dan sikap kita mengganggu orang lain. Perihatin pada keadaan sekeliling. Bukan sahaja perihatin untuk elak jenayah tetapi juga perihatin untuk mengelakkan fitnah dan umpat keji. Hati ini jahat betul. Walaupun mulut tak berkata-kata hati tetap berdetik.
Wallahualam...
BalasPadamKisah begini banyak Jun - yg penting kita muhasabah diri tak terlontar dek mulut kita utk berkata-kata hingga menjadi satu niat mengumpat. Kita lihat dgn mata hati moga kita tidak begitu..
BalasPadamKalau anak sendiri mudah ditegur-nasihatkan..
hmm...orang selalu lupa pasal 'ihsan' kan?
BalasPadammasa bulan puasa aritu yg saya tengok banyak berlaku kes berebut rebut nak baca alquran atau berdoa lama di sejadah sampai orang yg menunggu giliran nak bersolat tu beratur dan terpaksa menunggu lama.. diorang ni ramai yg tak faham priority..
BalasPadamakak jemput la dtg majlis sy 15 sept di dewan gemilang ukm bandar baru bangi.....
BalasPadamnama pengantin : nik norfarizam & mohd aizuddin....
susah kita nak tuluskan hati bersangka baik kan...apa apa pun, moga moga kita terhindar dari sifat2 mazmumah....
BalasPadammmg acapkali saya pun sering terdengar bacaan yassin yg mendahului ketua...dan salah tajwidnya ;)
tidak terkata apa dengan gelagat orang yang tidak peka
BalasPadammacam2 kan jun ragam manusia nih.. ramai yang kurang sensitif..
BalasPadamustaz zahazan kata orang yang peka cepat masuk syurga.. jadi2 la kita orang yang peka... heee..
ooo ada jugak yer camtu..
BalasPadamKita teruskn dgn niat kita brtujuan utk muhasabah diri dan jg rakan2 pembaca..ingat mengigatkan sesama insan..moga dgn melihat kesalahan/kekurangan org lain sbg cermin utk memperbaiki diri kita.
BalasPadam