Pandora Jewellery - Mengikat Hati

10:20 PG JunAina 9 Comments

Pertama kali memandang koleksi Pandora di KLCC hati berdetik. Suatu hari aku pasti akan memilikimu. Setiap kali berurusan di KLCC setiap kali itu jugalah mata akan melirik ke kaunter Pandora. Hati berkata-kata, sampai bilakah aku harus menunggu.

Bukan tak mampu tetapi setiap kali memandang harganya di hati terdetik mungkin duit yang bakal digunakan lebih baik digunakan kepada benda-benda yang lebih perlu. Pandora hanyalah keinginan untuk memiliki. Setelah dapat mungkin keinginan itu akan pergi kepada benda-benda lain pula. Itulah nafsu namanya.

Tetapi memiliki salah satu koleksi Pandora memang akan memberi kepuasan kepada diri sendiri. Insyaallah andai ada rezeki lebih akan diusahakan untuk memiliki salah satu koleksinya nanti. Jun bukanlah penggemar barangan kemas dan perhiasan tetapi koleksi Pandora yang nampak macam mistik betul-betul meruntun kalbu.


Pandora



Photo Credit : Google.

You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Kakak suka yg jenis keping-keping oval warna firus cantik tau Jun. Tapi samalah sampai la ni kakak tak ada lagi.

    BalasPadam
  2. nice... :)

    moga apa yg diimpikan tercapai..insya'Allah... :)

    BalasPadam
  3. cantik kak..INSYAALLAH akak akan dapat capai juga..

    BalasPadam
  4. Selalu nampak iklan Pandora ini didalam surat khabar. Selalu produk Pandora ini mengikut tema.

    BalasPadam
  5. cantek. nnt kc nak tgk yg 'live'. tk penah tgk lagi setakat ni.

    BalasPadam