Town Hall Briefing
Pagi ini sampai je seorang kawan ajak pergi sarapan di International Food Hall, The Intermark. Menu pagi ini teh tarik susu segar dan maggi goreng dan telur mata. Alhamdulillah. Tengah tunggu lif team members telefon bagitau dia orang semua dah nak turun pergi ke Renaissance Hotel untuk Town Hall Briefing FY2012.Setelah 5 tahun berkhidmat inilah kali pertama dapat berjumpa dengan founder WorleyParsons. Selama ini hanya menerima email sahaja dari tuan punya badan. Mr. John Grill merupakan CEO WorleyParsons. Akan bersara tidak lama lagi dan datang bersama penggantinya Mr. Andrew Wood. Company tempat Jun bekerja ini beribu pejabat di Australia.
Briefing mengenai perkembangan positif WorleyParsons. Katanya : Our underlying net profit after tax was up 16% to $346 million on record aggregated revenue of $7,363 million, up 25% on last year’s result.
Nampak gayanya ada harapan le dapat bonus lebih tahun ini.
Snapshot semasa briefing. Tak clear sangat guna hp chap ayam.
Mr. John Grill (tengah) dan Mr. Andrew Wood (kiri). Patutlah dia nak bersara nak bercakap pun dah macam malas terpaksa beri tumpuan lebih pulak tu Bahasa Inggeris Jun pun bukan bagus sangat tapi Jun suka bila Mr. Andrew bercakap very energetic.
Tuan tanah tak lepas peluang juga. Bersama seorang engineer yang bakal meninggalkan kami semua untuk menimba pengalaman di tempat baru. Memulakan hidup baru bersama company baru dan kawan-kawan yang baru. We will miss you Rahimah.
wahhhh, kagum saya... akak ni kerja apa ya sebenarnya?... sori banyak tanya,, ehehe
BalasPadamCikgu...akak kerja syarikat berkenaan minyak dan gas. Kerja biasa2 je, kalau dalam carta organisasi akak akan berada di no dua terakhir...hehehee...
BalasPadamwahhh, minyak dan gas... pasti pendapatan pun lumayan kan.. ehehe
BalasPadamCikgu...alhamdulillah tapi akak ni hanya berjawatan kecil kat sini bukan jawatan besar2 pun.
BalasPadamKak Jun neh humble ajer. Kempeni akak antarabangsa woh..
BalasPadam