Berderau Kata Orang Perlis

12:55 PTG JunAina 17 Comments

Hari ini ada kenduri. Jiran blok sebelah kahwinkan anak. Masak secara gotong royong atau kata orang Perlis berderau. Best. Masak ramai-ramai. Sambil pot-pet pot-pet tangan jalan potong bawang, kupas kentang, potong cili, basuh ayam, potong daging dan macam-macam lagi. Masa inilah ukhwah yang terjalin semakin erat adanya.

Semalam selepas balik mencendol bersama Group KKA terus ke tempat berderau. Sambung goreng ayam sampai magrib. Ingat lepas magrib nak juga menjengah lagi tetapi mata sudah berat, badan sudah letih kenyang makan pasembor dan cendol, makan ice cream dan durian crepe Kak Cik Seroja...hehehee...

Selepas solat isyak terasan tangan kiri membengkak start sakit di bahagian tapak tangan. Hairan jugak. Adakah kerana tangan ini jarang memasak makanya bengkak bila mengangkat ayam dengan jumlah yang banyak atau ada masalah lain. Pagi ini urat-urat tangan sudah tidak kelihatan. Tapak tangan sakit bila digerakkan. Aduhhh...

Pagi ini sambung berderau. Pukul 8 pagi tercegat depan rumah tempat memasak. Hanya tengok bila tangan tak berapa mengizinkan untuk buat kerja. Tolong tengok jelah. Balik rumah sambung kerja kat rumah dalam kesakitan. Sapa nak buat kalau bukan mak!

Berderau best! Apa taknya selama ini bila berjumpa senyum-senyum ja, bila berderau macam ini boleh la bertegur sapa dan beramah mesra. Mengertkan ukhwah yang sedia ada. Jap lagi nak gi kenduri. Selamat makan coz sakitnya tangan kiri tangan kanan masih ok dan mulut masih boleh terima makanan.


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. alala..sian nyer.. bawak g klinik x ray takut retak plak.. biasalah.. mak2 nie.. ingat sikit..tapi ..teruk..harap tak ler teruk.. berderau? beh tuuu..lama dah tak join...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ini dah surut agaknya bahana org jarang pegang sudip...hahhaaaa... Goreng 50 eko ayam pun boleh bengkak tangan.

      Padam
  2. Salam Aina, best dengag ada lagi berderau di sana, di Perlih ni di kmpung2 ada la. taman2 kediaman ni semua dah cater belaka..once in a blue moon kdg2 ada la juga.memang best ramai2 buat kerja masak ni, best lagi kalau ada kawan2 bawa mai juai tudung, tupperware, kain baju, zulian pun ada.boleh la jamu mata .kita tk jual apa tapi jadi tukang beli .he he.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak...

      Belah kajang ni sesekali tu adalah tu pun jiran terdekat, kebanyakan memang guna katering ja. Belah kampung di Perlis masih berderau lagi tapi bila part berderau ni paling best gitulah macam2 ragam, macam2 cerita.

      Padam
  3. oh... maksudnya rewang.
    kalau berderau tempat ayu panggil untuk terkejut, darah macam terhenti gitu..
    hehehe

    BalasPadam
  4. Kena urut tu..jrg angkat berat tu yg tangan sakit sakit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak sangatkan tangan pemalas...heheee...

      Padam
  5. semangat berderau ni dah makin hilangkan.....kampung pun makin banyak rumah kosong...sedih lah

    happy 2013 jun

    BalasPadam
  6. oh..baru tau.
    saya Jawa..panggil rewang.

    BalasPadam
  7. Oooohhh..berderau kata org Perlis..berderau yg saya faham macam berdebar2/seriau...Kata org Johor utk gotong royong kenduri ni, ialah REWANG..hihihi

    BalasPadam
  8. Aina, awat my earlier comment tak appear ..or memang saja lmbat ke apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak lambat2 sangat sorry sesangat...baca ingat nak publish and comment tapi masa tu sangat2 mencemburui...last2 pulish tanpa commentlah...

      Padam
  9. baru tahu ada nama tempat berderau. ingatkan berderau darah.

    BalasPadam
  10. wuuh..bestnya dpt join mencendol kat Bangi., harap jgn pasai cendol n doyan crepe tu punca masalah bengkak tu., ..lama tak berderau..la ni semua kenduri kendara guna khidmat catering dah mana ada gotong royong ! pakat mai makan je lah..hurmm ! untung boleh makan lg ye kak Aina.

    BalasPadam
  11. tangan wak pon saket2 jugakk.. uUUhuu

    BalasPadam
  12. ingatkan berderau darah..hihi
    selalu efa sebut merewang.. 1st time dengar berderau tuu..hehe

    BalasPadam
  13. kak yang,x pnah tau pun org pnaggil mcm tu..iisshhh,malu jadi ank perlis xtau ayat2 org perlis guna..

    BalasPadam