Perihatinkah Kita
Semalam baca suratkhabar Metro dalam ruangan apatah yang orang hantar sms untuk komplain sana komplain sini dan luahkan segala ketidak puasan hati tu. Satu hamba Allah ni komplain satu benda yang buat Aina berfikir dua tiga kali. Komplainnya lebih kurang macam ni. 'Pemandu ambulan tolong jangan sesuka hati memotong kenderaan lain'. Pada fahaman Aina bila sebut ambulan tentulah ambulan yang bergerak laju dengan pesakit yang berada di dalamnya dan siren yang berbunyi-bunyi. Andaian.Pelik. Bila ambulan yang berada di dalam keadaan kecemasan tentunya akan bergerak laju. Mengikut undang-undang juga sekiranya terdapat bunyi siren tak kira dari kenderaan ambulan, polis, bomba dan lain-lain kita dikenedaki memperlahankan kenderaan dan rapat ke bahu jalan memberi laluan. Apakah yang kita pelajari tidak sama dengan apa yang kita praktikan. Jadinya ilmu yang tidak diamalkan.
Kadang-kadang mugkin kita tidak perasan kenderaan ini berada dibelakang tambahan pula kereta yang tertutup rapat menghalang pendengaran kita dari mendengar bunyi siren. Semasa memandu kereta 70% tumpuan kita adalah kehadapan manakala 30% lagi adalah sisi kiri, sisi kanan dan belakang. Sebab itu setiap kenderaan ada cermin sisi dan pandang belakang. Sekali lagi kita tidak menggunakan kemudahan yang ada, setiap benda yang di pasang di dalam kereta kita ada kegunaan tersendiri. Jadi tolong manafaatkan demi keselamatan.
Manusia kadang-kadang alpa. Kita akan tersedar bilamana kita berada di dalam situasi tersebut. Contohnya : Bayangkan kita terbaring di dalam ambulan dan memerluka rawatan yang cepat pasti kita mengharapkan ambulan akan cepat sampai ke destinasi dan kita mendapat rawatan sempurna. Juga mungkin yang berada di dalam ambulan itu kaum keluarga kita, kawan-kawan kita tentulah kita mengharapkan ambulan cepat sampai ke destinasi.
Jadi kesimpulannya jadilah insan yang perihatan dan bertimbang rasa. Hari ini hari dia siapa tahu esok lusa hari kita. Hari ini kita tolong orang siapa tahu esok lusa orang lain pula akan tolong kita.
12 Rider Beraksi: