Kompleks Haji Kelana Jaya Andai Ini Dakapan Terakhir

4:21 PTG JunAina 17 Comments

Air mata masih berbaki. Ketika mencium tangannya sebelum dia lolos dari pandangan mata air mata puas diseka kala tubuh kami bertaup kemas dihati hanya terdetik Allah apakah ini kiranya dakapan terakhir aku untuknya. Jarak yang memisah takdir Allah s.w.t tiada siapa yang mengetahui. Saya menangis umpama anak kecil kehilangan ibu dalam dakapan erat dia. Hanya Allah yang mengetahui isi hati ketika itu. Lengkap berihram dengan sayu saya melepaskan dia pergi dengan doa agar kasih sayang kami moga masih panjang.


Bila dia hilang dari pandangan mata air mata masih tidak henti mengalir bahu anak pula menjadi tempat melepas kesedihan. Anak-anak merenung pilu. Air mata yang ditahan sejak petang akhirnya tumpah jua, dari petang juga Hikram asyik bertanya kenapa mata mama merah.


Senyum dalam tangisan, saya gembira dia dapat menunaikan haji tahun ini tetapi sebagai isteri yang tidak lagi berupaya menjaganya ketika di sana saya tetap rasa sangat bersedih.

 

Gelang pengenalan jemaah haji Malaysia tertera nama dan nombor kad pengenalan di bahagian belakang gelang. Dia berbisik abah pakai emas putih dan saya sempat mengusik kalau dulu anak lelaki bergelang begitu mesti abah marah.



Abah dengan anak bungsu, Hikram sudah terpaksa pakai cermin mata bermakna tidak lagi dapat mewarisi legasi tugas abah sebagai Pegawai Polis.



Haiii...saya Pak Usu. Pewaris katanya satu-satunya cucu lelaki dari 4 orang cucu yang ada. Dia dapat pangkat datuk tetapi saya hanya dapat pangkat opah.



 Suasana persekitaran di Kompleks Haji Kelana Jaya yang menjadi tempat berkumpulnya jemaah sebelum berlepas ke KLIA. Urusan daftar masuk dilakukan di sini, hanya melalui pemeriksaan Imigresen di KLIA.



Di rumah boleh minta isteri buatkan kopi di sini hanya tekan di mesin sahajalah.



Kandid abah dan kakak.



Nampak sangat anak-anak semakin membesar semua lebih tinggi dari abah sikit hari lagi Hikram pula mengejar. Sekejap sahaja masa berlalu.


Selepas melambai abah di kompleks kami tunggu pula bas keluar dari kawasan komplek, kebetulan dia menaiki bas nombor dua. 13 biji bas keseluruhannya diiring oleh anggota polis trafik dan sebuah ambulan menuju ke KLIA.


Mengharungi 42 hari tanpa cinta hati hidup seumpama kosong, bukan tidak pernah ditinggal-tinggalkan tetapi entah mengapa kali ini terasa sangat kelainannya. Segenap hati seperti ada ruang-ruang lompong tidak terisi. Kehilangan bila teman bersarapan, makan tengahari dan makan malam tiada di sisi. Menuju ke hari berakhirnya detik itu hanya doa mampu diiring buatnya.

 

You Might Also Like

17 ulasan:

  1. semuga Allah berikan ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi hari hari keseorangan...ganjaran pahala menjaga kebajikan anak anak juga adalah lumayan...semuga pak tuan mndapat haji yang mabrur..amiiin

    BalasPadam
  2. Aduhai sedihnya tak dpt kakak bayangkan.
    Moga Pak Tuan sihat dan dipermudahkan dlm menjalani ibadah di tanah suci Aina.
    Kenapa Aina tak ikut sekali? Tak daftar sama-sama masa membuat pendaftaran ye. Sedihnya bila kena pergi asing-asing ye...

    BalasPadam
  3. selamat menunaikan ibadah haji, semoga selamat pergi dan selamat pulang...

    BalasPadam
  4. Semoga suami akak selamatpergi dan selamat pulang...dan mendapat haji yg mabrur

    BalasPadam
  5. aloor, sedihnya..turut bergenang ayaq mata.moga Pk Tuan dpt hj mabrur

    BalasPadam
  6. Subhanallah . .rezeki daripada Allah. .moga selamat pergi dan kembali disamping mendapat haji mabrur..amin..

    BalasPadam
  7. Huu. I feel u kak...moga tabah . InsyaAllah Allah mnjaganya... 42 hari lama tu... Dlu2 mak abah pg umrah pun rasa jauh sgt tu pun kejap ttp hati xtenang..

    BalasPadam
  8. Assalam.

    Tahniah bagi yg menjadi tetamu Allah. Tabahlah, sabarlah. doa yg bebaik shj.

    BalasPadam
  9. Semoga dpt haji yg mabrur...rezeki ke tanah suci bertuah sungguh

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah kak, walaupun sebak saya membaca entry akak ni, tapi saya tumpang gembira insan kesayangan akak dapat menunaikan haji, saya ni ntah bilalah dapat peluang ke sana..sedihhhh..... moga semuanya selamat..insyaallah..

    BalasPadam
  11. Rasa sayu pulak bila entri akak kali ni :(

    BalasPadam
  12. Insyaallah.pasti bertemu kembali.semoga dia sihat hendaknya di sana dan mendapat haji yg mabrur

    BalasPadam
  13. Alahai sedih pulak rasa..
    Sabar ye kak, doakan yg terbaik..

    Semoga selamat pulang ke tanah air, insyaaAllah..

    BalasPadam
  14. semoga akak tabah . insyaAllah perpisahan ini cuma seketika... semoga suami akak pulang dengan selamat nnti ^_^

    BalasPadam
  15. JA okje dapat bayangkan sayunya awak ditinggal cik somi tu....baca entri ni pun okje dah bergenang sikit air mata. Huhu....Nape tak mintak pergi sekali?

    BalasPadam
  16. Selamat Jalan ....moga selamat pergi dan kembali .....42 hari lagi tunggu juvah cantik dpd cik Somi ye hehe

    BalasPadam
  17. Jgn sedih2 akak..semoga dipermudahkan..

    BalasPadam