Salam Aidiladha
Hari ini masih bekerja dengan mood separuh hati di rumah dan separuh lagi di pejabat. Jalan lengang pejabat juga sunyi, di lantai saya ditempatkan hanya ada 5 orang hari ini bagi sayap kanan. Bukan yang merayakan Aidiladha sahaja bercuti teman-teman beragama lain juga turut mengambil kesempatan 'cuti tersepit' untuk berlibur bersama keluarga.
Pagi tadi saya sibuk memasak sebab anak-anak ada di rumah dan 'tukang jahit' pula tiada, sambil itu menyidai kain dan bersiap-siap ke tempat kerja. Bila rutin berubah jadi agak kalang-kabut almaklumlah memasak awal pagi bukanlah ruti saya. Kesibukan mengejar kerja-kerja lain menyebabkan saya lalai dengan tumisan bawang di dapur dan akhirnya sambal yang sepatutnya berwarna hijau menjadi sedikit kehitaman dek kerana bawang yang agak garing. Haihhh...harap-harap dak kecik kat rumah tu tak le buat perangai tengok warna sambal ikan tu nanti.
Menu Aidilada? Tiada yang istimewa hanya Mee Kari berada di dalam perancangan dan bahan-bahan siap dibeli sejak semalam cuma santannya sahaja mungkin akan dibeli selepas balik kerja hari ini. Kek Coklat sedang dipertimbangkan, kalau rajin insyaalah buat kalau penyakit 'm' yang besar melanda apa yang ada sahajalah. Kebetulan mak ada kirimkan peneram, baulu dan kuih karas untuk anak cucunya. Jadilah apa yang ada tu untuk sambut Aidiladha. Lagipun tahun ini 'tukang jahit' saya beraya di Kelantan rumah mertuanya jadi kami beraya anak-beranak sahaja.
Esok Pak Tuan akan sibuk di surau mengendalikan 7 ekor lembu yang bakal dikorbankan, bermakna seharian dia akan berada di luar. Juga mama hanya akan beraya dengan anak-anak sahaja. Ke Puncak Alam abah pula sibuk melapah nanti balik anak dan isteri tiada di rumah, serba salah. Tahun ini Pak Tuan seperti rutinnya setiap tahun mengorbankan satu bahagian lembu, saya pula agak terlewat membuat pesanan jadinya korban saya tertangguh ke tahun hadapan sahajalah nampak gayanya. Tak ada rezeki.
Apapun Salam Aidiladha buat semua.
salam aidiladha sis..;)
BalasPadamselamat hari raya aidiladha kak :)
BalasPadamSalam Idul Adha, Aina... :)
BalasPadamkitapun bercuti apapun tak boleh.. tak datang keje pun tak boleh ramai lak yang cuti dan ngan masalah sistem down lagi... takper redhojerler berkorban di hari raya korban...
BalasPadamselamat hari raya Eidul Adha untuk RS...
kak tak balik kg ? Salam aidiladha utk kak dan family ^_^
BalasPadamsalam aidiladha sis..
BalasPadamselamat hari raya aidiladha.. :D
BalasPadamselamat hari raya haji tuk akak n family yer..
BalasPadamSelamat Hari Raya aidil adha juga dari kakak
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidiladha sis.. menu kita macam sama je.. mee kari =)
BalasPadamsalam aidiladha kak
BalasPadamSama saja la kita. Takpa la, di rumah pun raya tetap meriah Masak akan masak makan. Hehehe
BalasPadamSelamat hari raya Idul Adha.Salam dari Indonesia
BalasPadamSelamat hari raya Idul Adha.
BalasPadamsalam aidil adha Aina...iyalah raya ni sempoi sempoi jerlah..nekcik pun takat masak nasi impit ngan rendang jer untuk santapan sekeluarga
BalasPadamSalam aidiladha sis.. sedapnya menu raya..=D
BalasPadamSlmt hari raya Aina. Nak kata belated pun hari raya masih ada 3 hari lagi ... ngeeee
BalasPadamMacamana sambutan semalam? Jadi ke nak buat mee kari tu?
Salam Aina,
BalasPadamMakchaq cuti awai, hari Khamis dah ada kat utara, tapi hari ni dah kena kerja la pulak...
Salam Aidiladaha utk kak Jun sekeluarga
BalasPadamAssalamualaikum kak, Salam Aidiladha :)
BalasPadamsalam aidiladha..maaf zahir dan batin.
BalasPadamassalamulaikum,
BalasPadamselamat hari aidiladha aina
yummm mee kari...suka
hb kita pun bizi qurban d surau :)
Salam Aidiladha Akak Aina...
BalasPadamSalam Aidil Adha buat JA sekeluarga... Okje pun tak berkorban JA....
BalasPadam