Daging Masak Asam Rezeki Korban

9:03 PG JunAina 20 Comments


Rezeki Raya Korban tahun ini adalah sekilo lebih Pak Tuan bawak balik petang raya tu. Balik makan mee kari yang dimasak atas permintaan dia, makan bersungguh-sungguh malam repeat lagi. Puas hati isteri memasak. Dia tak banyak cerita bab makan ni, sedap pun makan tak sedap pun makan je. Kalau termasin pun senyap je.


Daging korban ni fresh je, jadinya tak perlu beriya-iya masak berbumbu bagai. Masak simple pun dah sedap rasanya. Terasa kemanisan daging. Saya biasanya kalau dapat daging korban ini suka goreng kunyit sahaja. Satu menu kegemaran lagi Daging Masak Asam. Masak main campak-campak sahaja. Potong daging yang super lembut dan super fresh. Hiris bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis. Masukkan daging, air dan rebus sekejap sampai agak empuk. Masukkan air asam jawa serta sedikit kunyit dan masak sehingga air kering. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan cili api dan cili besar dan kacau lagi. Siap untuk di hidang.




Inilah rupanya Daging Masak Asam kegemaran saya yang dimasak dua hari lepas. Bawang goreng tu buat sendiri sebab terlebih rajin.



Pengorbananan bermaksud mengenepikan kepentingan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan orang lain terutama sekali kepentingan mereka yang di sayangi dan di cintai~Petikan dari sini. Dari itu saya sangat-sangat berharap pengorbanan saya selama ini akan mendapat redza Allah, moga juga keberkatan akan sentiasa bersama kami dunia dan akhirat. Saya tidak sempurna tetapi sebaik mungkin saya tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik.



You Might Also Like

20 ulasan:

  1. sakan cili dalam tu.. hehehe.. husband saya suka masak gini..

    BalasPadam
  2. kak, cara masak nya sama macam masak asam biasa ye?

    BalasPadam
  3. wah byk hasil daging kurban akak dpt...alhamdulillah...rezeki raya haji kali ni kan kak.....

    lieya terliur tgk daging masak asam tuh...pes time tgk kak...selalu lieya buat sotong ngan ayam masak asam jek...ikan pun ade gak buat....lepas ni leh cube tukar pada daging la plak....

    BalasPadam
  4. sy pun suka daging goreng kunyit ngan nasi putih..ade tomyam lg besss..hehe

    BalasPadam
  5. nampak sedap dan simple je daging masak asam tu..boleh la saya cuba nanti

    BalasPadam
  6. Nampak sedap..xpernah cuba resepi nie. Nnt nak buat jugak. Tq :)

    BalasPadam
  7. Memang sedap kan daging baru ni..tapi taun ni makchaq tak makan sangat....
    pasainya pakchaq mai sua daging panggang.. bila gigt rasa macam tak berapa masak... langsung tak berapa lalu nak makan...

    BalasPadam
  8. simple tapi nampak sedap ye kak daging masak asam ni :)

    BalasPadam
  9. sedap sgt tgk daging masak asam tu
    mmg tgh lapaq gilos ni
    nti nak try masak asam ni
    kat umah pun dok ada 2kg dgg ngan tulang
    esok nk msk hitam..en. somi dah geletaq lutut nak mkn haha

    BalasPadam
  10. nampak sedap tu..kalau dah kebuntuan resepi..boleh dee cuba ni masak daging..hehehe..

    BalasPadam
  11. Sedap nye tengok. Dah terliur dah ni. Bleh byangkan rasa daging tu meletup2 dlm mulut. hihi. Mesti lagi sedap kalau dpt nasi putih panas kan?

    BalasPadam
  12. Adoi JA... Kecur mak tau! nampak sedap tu walaupun simple!!!!
    OKje tak dapat daging korban pun......

    BalasPadam
  13. orang utara memang suka menu daging goreng cam ni. saya pun suka simple2..tak banyak bumbu.
    bawang goreng buat sendiri...memang terasa kesedapannya

    BalasPadam
  14. nampak mudah masak cam tu. mesti sedap kan makan dgn nasi putih panas....mau menambah agaknya tu..

    BalasPadam
  15. sedap sgt nampak daging asam ni. tak pernah makan lagi. kat rumah ada banyak daging tu, boleh try nanti

    BalasPadam
  16. yes Aina, simple tapi sedap kan?

    BalasPadam
  17. Memang tambah banyak kali. Terliur tengok.

    BalasPadam
  18. Memang nampak sedap dan membuka selera.. =D

    BalasPadam