Al-Fatihah - Perginya Seorang Sahabat

4:32 PTG JunAina 10 Comments

Hari ini Pak Tuan datang pejabat ambik motor. Kebiasaannya ke sana-sini tak selesa memandu. Setelah selesai urusan di Kuala Lumpur bergegas ke Bundar Sunway. Bertemu seorang rakan atas urusan pekerjaan. Sudah jemu duduk di rumah. Mencari pekerjaan yang sesuai dengan kudrat yang ada kini. Moga Allah permudahkan. Moga juga ada rezeki Pak Tuan buat kami sekeluarga juga.

Satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit.

'Sahabat abang DSP Zainal, Bukit Aman. Hari Jumaat kena stroke. Koma.
Hari ini Allah dah ambil dia semula.
Jenazahnya ada kat Masjid Bukit Aman.
Ingat nak ziarah lepas ni kalau sempat'.

Penghujung ayat aku tahu hatinya dipasak kesedihan. Seorang demi seorang rakan seperjuangan dan sahabat baiknya pergi menemui pencipta.

Hatiku turut bergetar. Resah. Mampukah aku menghadapinya suatu ketika nanti. Kuatkanlah semangatku. Bahagiakanlah kami sentiasa dunia dan akhirat. Permudahkanlah segalanya. Sesungguhnya aku tak ingin kehilangan bahagia ini.


You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Al-fatihah...moga rohnya tenang di sana..

    sbb tu bila ex tunang minta maaf dgn dee di kala usia sudah meningkat, dee maafkan saja..takut nanti tak sempat..kita pulak menyesal..huhu..

    BalasPadam
  2. Nasihatkn org mmg mudah..tak semudah merasakannya..tak hadapi sendiri takkan tahu pengalaman itu...tapi ketentuan Allah tak dpt dinafikan cumanya hanya mampu berserah. Redha dgn ketentuamNya jika sesuatu berlaku tanpa diduga dalam waktu terdekat ini..Na'uzubillah.

    BalasPadam
  3. ajal maut hanya Allah saja yang tahu. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Dan kita semua sama2 menjadi mukmin yang sebenar ...bersedia untuk ke sana...

    BalasPadam
  4. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    BalasPadam
  5. alfatihah utk DSP zainal..

    akak pun selalu fikir camtu aina...kalau suami kawan meninggal dunia ataupaun keluarga terdekat mereka, camtu jugaklah yg akak pikirkan...kira kes terbawa2...

    BalasPadam
  6. Al-Fatihah.. Moga rohnyaa ditempatkan bersama2 org2 yang beriman..

    BalasPadam
  7. salam takziah...
    alfatihah tuk allahyarham..
    tu bahagian dia..kita nanti tak tahu la mcm mn..

    BalasPadam