Cinta Lama Bertaut Kembali
Kisah cinta mereka retak dan terbelah. Bercerai menjadi jalan penyelesaian terakhir. Bertahun-tahun masing-masing membina hidup sendiri. Anak-anak menerima kehendak jodoh kedua ibubapa dengan redha. Mereka membesar dengan kasih sayang keduanya walaupun ibubapa telah berpisah. Ibu tanpa dendam mendidik anak-anak agar sentiasa menghormati dan menyayangi ayah walaupun mereka tidak bersama.
Bertahun-tahun malahan puluhan tahun mereka terpisah tetapi hubungan baik mereka tetap utuh demi anak-anak. Masing-masing membina kehidupan sendiri, berkahwin dan berkeluarga. Namun mereka tetap menjadi kawan demi anak-anak. Sehinggalah jodoh bekas isterinya sekali lagi tidak panjang bersama suaminya maka jalan akhir juga adalah perceraian.
Di usia 60an usia emas mereka sekali lagi dengan kehendak Allah s.w.t cinta lama bertaut kembali, kasih mereka yang terputus dahulu mekar semula. Mereka dihalalkan kembali dengan sebuah pernikahan. Itulah kuasa Allah s.w.t. Memberi yang terbaik buat kita. Memberi keperluan bukan memberi kehendak.
Sesungguhnya janji Allah itu benar. Siapa kita untuk menentang kehendaknya. Siapa sangka selepas 20 tahun lebih mereka berpisah akhirnya mereka kembali menjadi suami isteri. Pasti banyak kenangan manis yang mereka kenang sehingga sanggup bersama sebagai suami isteri semula.
memang mereka ditakdirkan bersama..
BalasPadamTakdir Allah kan June ... diberi kemanisan di penghujungnya... :)
BalasPadamtakdir Allah...
BalasPadamkalau dah jodoh tak ke mana kan?
BalasPadamkalau dah jodoh...
BalasPadamnyanyi versi ust kazim
hihi
Jun,
BalasPadamkalau ada jodohkan... berpisah bertahun lama mana pun bertaut kembali...semoga kedua pengantin baru dipanjangkan jodoh hingga akhir nanti.
Indahnya...kisah hidup sapa ni kak?
BalasPadamsalam. siapakah pasangan yg dimaksudkan itu?
BalasPadamAlhamdulillah..akhirnya ada jodoh mereka bersama lagi..seronok pulak dgr..
BalasPadamtajuk ceramah dlm tv ustaz kazim elias "kalau dah jodoh"
BalasPadambetul kata pepatah.. "jodoh x mengenal usia" ini semua ketentuan Allah..
So sweet..
BalasPadamjodoh kembali bertaut.
BalasPadamX dapat nak gambarkan dgn kata kata
BalasPadamKalau dah Jodoh..bak kata Ustaz Kazim...
BalasPadamAlhamdulillah.. tu la kan, jodoh adalah rahsia Allah SWT :)
BalasPadamItu la namanya jodoh kan akak..=D
BalasPadamJodoh itu rahsia Allah
BalasPadamOhh ni yg awak kata sedara awak tu yeh...alahai sweetnya jodoh yg Allah aturkan.....
BalasPadamKenangan lama mengusik jiwa le ni...