Never a dry moment with NIVEA’s In-Shower Skin Conditioner

9:55 PG JunAina 6 Comments


Seiring peningkatan usia kulit akan menjadi lebih kering, perubahan cuaca yang tidak menentu dan kurang meminum air memburukkan lagi keadaan. Selain itu penyakit 'malas' menggunakan losyen pelembab juga antara faktor. Terima kasih kepada NIVEA In-Shower Skin Conditioner yang banyak membantu melembabkan kulit menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Produk dengan inovasi terbaru dalam memberi perlindungan kepada kulit wanita. NIVEA In-Shower Skin Conditioner juga dapat menjimatkan masa kerana penggunaannya sangat efektif. Mandi seperti biasa, cuci badan menggunakan 'shower foam' pilihan, bilas dan sapukan NIVEA In-Shower Skin Conditioner di seluruh bandan anda dan bilas lagi sekali. Lap dengan tuala lembut dan rasai kelainan kulit anda! Produk ini sangat lembut, tidak berbuih, tidak melekit, wangi dan paling penting ia menghilangkan kekeringan kulit dengan segera serta bertahan lama. Selepas mandi kulit terasa lembab, lembut dan mulus. Semua kekeringan pada kulit akan hilang sekelip mata.



NIVEA In-Shower Skin Conditioner dalam tiub yang mudah digunakan. Harga pasaran Rm16.90 tetapi saya membeli dengan harga diskaun Rm15.90.



Kulit sebelum menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner. Jelas kelihatan liang-liang roma, kulit kelihatan kering dan tidak sekata.



Krim berwangian lembut, buka penutup dan tuang di tapak tangan. Sekali lagi saya ingin tekankan ia tidak berbuih.



Bilasan pertama selepas menggunakan 'shower foam' nampak bintik-bintik air di lengan.



Selepas disapu dengan NIVEA In-Shower Skin Conditioner kelihatan lebih licin dan sekata.



Lengan selepas dibersihkan dan dilap sehingga kering. Liang roma tidak kelihatan, kulit nampak sekata dan paling penting kulit sangat lembut tanpa perlu memakai losyenNIVEA In-Shower Skin Conditioner sangat membantu untuk menghilangkan kulit kering dan kusam, 2 in 1 service hanya lakukan semasa mandi tanpa perlu membelek diri untuk menyapu losyen selepas mandi. Sapuan semasa mandi NIVEA In-Shower Skin Conditioner juga meliputi keseluruhan badan jadi seluruh badan terasa lembab, lembut dan segar. Menambah keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai terutama bagi wanita berkerjaya. Bagi surirumah NIVEA In-Shower Skin Conditioner akan membantu melembut dan melembapkan kulit kesan dari sibuk dengan kerja rumah.




Dunia serba moden kita mengejar masa sehinggakan 24 jam yang ada seolah-olah tidak cukup, NIVEA In-Shower Skin Conditioner membantu menjimatkan masa yang ada supaya kita dapat menumpukan kepada perkara yang lebih penting. Tak salah menggunakan kemudahan yang ada bukan? Zaman berubah jadi penggunaan produk juga turut berubah mengikut masa. Dengan penggunaan NIVEA In-Shower Skin Conditioner kulit tidak lagi kering, bergembiralah dengan momen-momen indah kulit lembab, lembut dan berseri. Jadikanlah NIVEA In-Shower Skin Conditioner sahabat sejati anda.



You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Hihi.....boleh jadi duta produk nampaknya :)

    BalasPadam
  2. macam macam dah inovasi produk kulit zaman sekarang kan kak..

    BalasPadam
  3. Wah...saya kene join jgk ni k.Aina..brng dh beli..mlm ni insyaAllah sy buat "shooting"nya...kiki..Anyway..Good Luck..!

    BalasPadam
  4. ada baca review ni kat blog blogger lain.. rasa mcm confident je nak beli..
    thx for sharing kak. nanti saya pn nak try.. ;)

    BalasPadam
  5. nampak ketara yerk... iklan ker ni...

    BalasPadam
  6. Bila Aina membuat penerangan dah macam duta nivea pulak kakak baca.
    Good luck Aina. Satu penerangan yg baik. Kakak sebenarnya pun suka product nivea..

    BalasPadam