Memaparkan catatan dengan label sembang-sembang. Papar semua catatan

Malam Jumaat Petang Ni Balik Cepat


Pesanan penaja. Awai-awai lagi dah dok ingatkan. Haihhhhh...mengalahkan orang baru kahwin! Pesanan seorang kawan buat suaminya bukan pasai apa pasai bagi upah ada makna. Hujung minggu bolehlah buat permintaan berganda. Tak ke namanya bergeliga otak isteri tu.


Kat pejabat ni pun sama pantang angkat beg awal petang Khamis mesti jadi bahan. Kadang-kadang tu sebelum sempat orang kata lebih baik bagi statement dulu selamatkan diri. Bukan kita yang Melayu sahaja yang pandai buat gurauan 'malam Jumaat' kawan-kawan yang berbangsa Cina dan India pun pandai.


Tadi dah ada dok 'whatsapp' buat lawak malam Jumaat jugak. 
"Yang dah lama tak makan cekodok". Bini buat-buat tak faham. 
"Malam nilah Yang buatkan nak cekodok manis ke, cekodok bilis ke atau cekodok jagung?"
.Almaklumlah 2 hari bini sibuk dengan cerita 7th Grade Civil Servant kemudian sibuk dengan urusan sekolah anak-anak dan uruskan bahan nak masak esok paginya jadi tak sempat nak layan bapak budak.


Macam le malam Jumaat je boleh, malam lain tak boleh ke? Tapi bagi saya tiap-tiap malam pun malam Jumaat...ahakkksss...