7th Grade Civil Servant

6:12 PTG JunAina 8 Comments


Malam ini dengan malam esok anak-anak dah tahu tv mama yang punya. Abah pun dah masak sangat jangan nak mengada-ngada lebih-lebih Selasa malam dan Rabu malam. Saya siap bentang tilam, bawak bantal nak bersenang-senang dengan cerita Korea ini tetapi saya bukanlah 'penggila cerita Korea'.


Saya bukanlah pencinta Korea tapi bila dah mula tengok tu memang melekat susah nak lupa. Asyik tertunggu-tunggu sahaja episod seterusnya. Nak-nak pula sekarang ni dah nak klimaks. Kalau ada gangguan nak sahaja saya jadi naga kejap.



Lain betul muka depa dalam cerita ni berbanding dok tengok dalam internet. Nampak lebih muda dalam cerita.



Heronya Joo Won  memegang watia Han Gil-ro yang kadang-kadang banyak kelakar dari seriusnya. Bila bergaduh denga heroin saya suka sangat tengok.



Heroinnya Kang-hee Choi memegang watak Kim-seo Won. Perangai ala budak-budak tu buat saya suka sangat mengadap tv.


Sepetang ini ada hero Korea dok sebelah saya. Bila dengar dia cakap English saya rasa nak cepat-cepat balik dan cepat-cepatlah pukul 9.30pm. Hujung cakapnya mesti ada nada Koreanya sebiji macam depa cakap Korea yang saya dok tengok dalam drama tu. Nampak gayanya engineer nan seorang ni tak lama lagi boleh cakap Korea le....ahahhaaa...


You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Hehehehee
    Memang aina kena pi korea
    Lagi semangat nak pandai cakap
    Korea

    BalasPadam
  2. Tv berapa ni aina.acik layan korea tiap hari.tapi x tau lak cerita ni

    BalasPadam
  3. oh, kita serupa... bukan k-pop tapi dramanya yang berhantu..mlm ni patutnya tengok Prime Minister & 1..channel 391..tapi che abang nak tengok bola..aduiii...

    BalasPadam
  4. ni tv channel mana ya?? nak tengok jugak! hihi..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Mama

    tak pernah tengok pun

    BalasPadam
  6. phwit kak jun review cerita korea... tak sangka . hikhik... ceta ni saya dah tengok online. memang best. tgk pon sbb memang minat kat si joo won tu.. pastu pepuan tu pon saya suka gak :)

    BalasPadam
  7. X minat tgk tv. Hu hu hu....

    BalasPadam