Stress

Pagi-pagi lagi telah terdengar suara sumbang di meja. Terdengar 'lead engineer' berborak dengan seseorang yang boleh mencairkan tahi telingaku. Arggghhhh...kenapa le pagi-pagi mesti ada suara dia? Kawan yang telah menjadi musuh, berbulan lamanya sudah tiada lagi bicara antara kami. Mungkin bagi dia orang yang lembut hati dan naif seperti aku boleh di injak-injak sesuka hati. Dia silap, sekali hati ini terluka tak mungkin ada maaf di penghujungnya.

Syukur alhamdulillah, selepas peristiwa melukakan itu Aina dipindahkan ke The Intermark untuk satu projek task force. Sekurang-kurangnya tidak perlulah memandang dan mendengar suaranya yang manja mengada-ngada serta mengadap perangainya yang suka melentok-liuk dan meleser (adoyaiii...luahan perasaan betul!).

Bertambah strees hari ini bila berita gembira yang ditunggu-tunggu saban tahun iaitu surat kenaikan gaji dan bayaran bonus telah keluar (management close account pada bulan June), bos pulak telah ke Turki sehingga 20hb Julai. Lagilah hangin satu badan... Stress berganda bila mulai 19hb-22hb Aina pulak akan bercuti dan hanya kembali berkerja pada 25hb Julai yang kebiasaannya tarikh tersebut gaji pun dah keluar. Argghhhh...kesian..kesian...sangat-sangat kesian kat diri sendiri...

Sebagai penghilang stress hari ini terus angkat handbag ajak Pak Tuan keluar berpoya-poya. Makan-makan kat KFC dan jalan-jalan window shopping. Keluar 11.45 pagi masuk kerja balik pukul 2 petang...:)

**Aku tak mungkin menangis kerana dia kerana hati ini telah keras menjadi sekeras kerikil. Masa telah menjadi guru terbaik dalam mengharungi kehidupan...



Saya Telah Kembali

YEEEHHHAAAA...saya telah kembali kini. Setelah berminggu-minggu tidak dapat menerjah ke halaman sendiri mahupun halaman rakan-rakan atas sebab INTERNET yang meragam. Harap lepas ni tak ada lagi halnya!





PEACE NO WAR!