Petang-petang ini saja je nak syer. Kawan saya Mai dari blog
Small Step To A Big Journey sedang mencari pengunjung blognya yang ke 30,000. Siap nak bagi hadiah lagi tu iaitu
Trial Pack Shaklee (Set Kesihatan Optimum yang bernilai RM80).
Apa kata jom ramai-ramai meriahkan pencarian dia mana tahu kot-kot rezeki dapatlah Trial Pack Shaklee tu. Syarat-syaratnya bolehlah tengok kat
sini.
Saya kenal Mai sudah agak lama dari 3 anak dara sekarang sudah 4 anak dara dan 1 anak teruna sebenarnya suami dia satu negeri dengan saya. Kadang-kadang selalu jugak jumpa bila ada aktiviti AP.com. Anak dara dia pun dan besar-besar sekarang.
Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berpanjangan.
Syawal 2 pada hari Jumaat jadinya masa agak suntuk untuk kaum kerabat yang lelaki nak pergi solat Jumaat, masing-masing lepak di rumah sahaja. Petang baru tengok schedule raya masing-masing balik, ada yang nak balik sebelah mertua pulak hari ini. Saya? Kat rumah mak lagilah. Kemudian mak siap-siap ajak pergi rumah kawan dia, katanya sekejap sahaja lagi pun tak jauh dari rumah dalam 5-6km sahaja pun.
Kenalan mak semasa satu majlis keraian untuk ibu tunggal yang disertai semasa Ramadhan, selayaknya umur seorang anak. Mak ajak pi menegok (orang tempat saya kata menengok ni macam pergi risik-risik keluarga perempuanlah tapi lebih kepada nak kenal-kenal). Kami dijamu laksa ikan segar yang baru naik dari laut, kemanisan ikan luar biasa. Mak dah berkenan sangat nak buat menantu. Berkenan dengan sikap hormat orang tua Cik Lily dan ramah pulak tu. Insyaallah berkat doa mak di bulan Ramadhan mana tahu kali ini Allah makbulkan. Abang saya pun dah 41 tahun umurnya.
Cik Lily dulu junior kat sekolah saya beza 4 tahun jugaklah bermakna bila saya dah Tingkatan 5 dia baru masuk Tingkatan 1 tapi saya memang tak kenal dialah. Sembang punya sembang rupanya mak menakan dia kawan sekolah saya. Keciknya dunia.
Selepas habis sekolah menengah inilah kali pertama kami berjumpa kembali, bayangkan selama 21 tahun tak berjumpa of coz la happy dan banyak cerita nak di kongsi. Dia kata saya tak berubah cuma sedikit kurus dan Dina pula anak perempuan saya kata cantik dan sangat lembut dan saya bersetuju dengan pendapat anak saya. Dina jugak tidak berubah masih lembut dan sentiasa senyum macam dulu.
Pagi tu dapat jemputan melalui FB adik untuk majlis rumah terbuka seorang kawan lama, junior setahun dari saya merangkap saudara sebelah mak jugak. Kali akhir jumpa dia masa dia Darjah 6 lepas tu dia berpindah ikut mak kandung dia duduk di Ipoh. Norazawati Daud walapun lama terpisah tetap ramah melayan kami. Beropen house di rumah baru tapi ini hanyalah rumah hinggap sebab mereka menetap di Kelana Jaya. Terima kasih Makcik Wati kerena jemput kami. Awak semakin cantik!
Masa sampai dia hanya mengenali adik, lama kemudian baru dapat recall saya. 'Jun! Laaaa...dulukan badan besaq dan tembam-tembam ja, awat jadi lagu ni'? Hahhaaa...ambik ko. Masa merubah segalanya.
Malam pulak aktiviti geng Sekolah Menengah Syed Ahmad, Tambun Tulang (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad). Reunion. Adik ajak saya pi, sebenarnya tiada seorang pun dari batch saya yang pi saja temankan tukang jahit saya tapi dua-tiga orang tu saya kenallah jugak.
Makan-makan steamboat buffet di Reenas Restoran, di Jalan Raja Syed Alwi. Murah gila kot buffet dia Rm9.90 sahaja tapi awas makan sampai habis kalau tak depa akan charge harga makanan tak habis ikut timbangan. Sungguh saya lupa nak snap gambar restro dan makanannya, kalau tak boleh buat entri khas untuk review makanan kat sini.
First time pi sini saya memang tercangak-cangak sikitlah. Gambar tu oren ja pengaruh cahapa lampu warna-warni restro dan pengaruh kamera tak canggih. Konsep restro open. Dak pompuan tu berbisik tanya saya ni sapa? Hahhaaa...kesian kat dia.
Cerita Syawal 2 bersama rakan-rakan lama. Teringat zaman sekolah dulu-dulu tapi saya budak baik jadinya tak banyak kenangan pahit-manis sangat setakat kena berdiri kat tepi selepas perhimpunan kerana kasut tak berkapur tu biasalah!