GD Express Nasib Saya Tak Baik
Saya membeli secara online dengan sebuah pembekal yang memang terkenal dengan service baiknya. Ramai yang menulis di blog masing-masing tentang pembelian mereka yang bagi saya memang memberikan yang terbaik buat pengguna. Barangan yang ditawarkan juga sangat pelbagai dengan harga yang menarik.
27hb November 2013 saya memesan sebuah tablet yang diberi 50% diskaun untuk si adik. Sudah lama dia dok meratib jadi sebelum beli yang lebih mahal saya belilah yang biasa dulu supaya dia belajar untuk menjaga barang dengan baik. Kalau rosak pun tidaklah saya berputih mata kerana harga tablet tersebut tak sampai Rm300 dan boleh masuk sim sebab syarat nak beli tablet yang dia bagi dia nak yang boleh buat call (demand betul anak).
Tunggulah saya GD Express hantar barang sebab syarikat tersebut menggunakan khidmat syarikat ini. Mengikut track record 28hb barang sudah diambil dan dihantar ke Kajang Branch. Saya menganggarkan 29hb akan sampailah barang ke rumah. Tunggu punya tunggu sampai hari ini bayang pun tak nampak, budak kecik tu pulak asyik lah dok tanya.
Hari ini saya call GD Express dan budak yang angkat call bagitau benda yang sama saya tengok dekat internet, sabar jelah. Dia bagi nombor Kajang Branch dan minta saya telefon sana. Bila telefon ke Kajang Branch katanya pada 29hb hari Jumaat ada masalah diesel (rasanya saya tak salah dengar). Saya tanya lagi Sabtu pula kenapa tak hantar? Hari Sabtu katanya pula kekurangan pekerja, ramai yang bercuti. Jadinya barang saya cuma akan di hantar malam nanti iaitu 2hb Disember.
Saya bukan apa risau. Barang yang saya beli tu tablet kot. Depa buat apa-apa pun saya tak tahu, manalah tahu bukan semua orang betul-betul ikhlas buat kerja. Masa shipping dari pembekal cantik tapi bila berada di tangan syarikat penghantaran lain pulak jadinya. Risau saya!
Budak yang mula-mula saya call bagitau benda inilah, rasa nak lempang jew!
Ini adalah antara perkara yang merisaukan saya bila membeli barang-barang online. Selepas ini mungkin saya akan pertimbangkan banyak kali untuk membeli tablet, telefon atau alat elektronik lain melalui pembelian online. Barang-barang lain mungkin boleh.
Nasib saya tak berapa baik mungkin sebab saya tengok orang lain guna penghantaran GD Express tak ada masalah pun. Tak apalah redha jelah, nak marah-marah pun tak guna buat bertambah kedut-kedut kat muka I sahaja. Tunggulah malam nanti tengok hasilnya.



