GD Express Nasib Saya Tak Baik

2:38 PTG JunAina 17 Comments


Saya membeli secara online dengan sebuah pembekal yang memang terkenal dengan service baiknya. Ramai yang menulis di blog masing-masing tentang pembelian mereka yang bagi saya memang memberikan yang terbaik buat pengguna. Barangan yang ditawarkan juga sangat pelbagai dengan harga yang menarik.


27hb November 2013 saya memesan sebuah tablet yang diberi 50% diskaun untuk si adik. Sudah lama dia dok meratib jadi sebelum beli yang lebih mahal saya belilah yang biasa dulu supaya dia belajar untuk menjaga barang dengan baik. Kalau rosak pun tidaklah saya berputih mata kerana harga tablet tersebut tak sampai Rm300 dan boleh masuk sim sebab syarat nak beli tablet yang dia bagi dia nak yang boleh buat call (demand betul anak).

Tunggulah saya GD Express hantar barang sebab syarikat tersebut menggunakan khidmat syarikat ini. Mengikut track record 28hb barang sudah diambil dan dihantar ke Kajang Branch. Saya menganggarkan 29hb akan sampailah barang ke rumah. Tunggu punya tunggu sampai hari ini bayang pun tak nampak, budak kecik tu pulak asyik lah dok tanya.


Hari ini saya call GD Express dan budak yang angkat call bagitau benda yang sama saya tengok dekat internet, sabar jelah. Dia bagi nombor Kajang Branch dan minta saya telefon sana. Bila telefon ke Kajang Branch katanya pada 29hb hari Jumaat ada masalah diesel (rasanya saya tak salah dengar). Saya tanya lagi Sabtu pula kenapa tak hantar? Hari Sabtu katanya pula kekurangan pekerja, ramai yang bercuti. Jadinya barang saya cuma akan di hantar malam nanti iaitu 2hb Disember. 


Saya bukan apa risau. Barang yang saya beli tu tablet kot. Depa buat apa-apa pun saya tak tahu, manalah tahu bukan semua orang betul-betul ikhlas buat kerja. Masa shipping dari pembekal cantik tapi bila berada di tangan syarikat penghantaran lain pulak jadinya. Risau saya!



Budak yang mula-mula saya call bagitau benda inilah, rasa nak lempang jew!


Ini adalah antara perkara yang merisaukan saya bila membeli barang-barang online. Selepas ini mungkin saya akan pertimbangkan banyak kali untuk membeli tablet, telefon atau alat elektronik lain melalui pembelian online. Barang-barang lain mungkin boleh.


Nasib saya tak berapa baik mungkin sebab saya tengok orang lain guna penghantaran GD Express tak ada masalah pun. Tak apalah redha jelah, nak marah-marah pun tak guna buat bertambah kedut-kedut kat muka I sahaja. Tunggulah malam nanti tengok hasilnya.






You Might Also Like

17 ulasan:

  1. mesti rasa tak best bila barang yang kita order tak sampai2..alhamdulillah, saya belum lagi terkena seperti itu huhu

    BalasPadam
  2. salam .
    kty selalu beli baju, kasut je online ni
    tapi kalo gadget ni kty kurang percaya sikit .

    BalasPadam
  3. Salam juneaina...tk pernah guna perkhidmatan ni..biasa pos pemanggang guna poslaju,pernah gak alami 1-2 masalah jer...tp blh settlle :)

    BalasPadam
  4. moge selamat sampai barang akak.. saye pulak selalu problem dengan skynet kajang.. kalau pos barang ikut skynet.. selalu delay seminggu ke 2 minggu.. kadang2 naik marah.. risau barang kite tu..

    BalasPadam
  5. Betullah Aina risiko barang elektrik kalau online masa delivery tu kita tak tahu.
    Harap malam ini dapatlah dgn selamat.

    BalasPadam
  6. 1st time dengar Gd nie ada masalah time penghantaran. kalau ye pn diorg yg brmasalah knp tak inform customer awal2 nie kita pulak kena kejar2 tnya. harap2 brg yg d beli selamat smpi mlm nie

    BalasPadam
  7. AAssalamualaikum,
    semoga diterima dengan selamat.

    PsssssT: daku tak berani beli online

    BalasPadam
  8. kalau ikutkan..memang GD sangat ok...siap call lagi tanya kita ada tak kat rumah sebelum diorg hantar...mungkin lah dalam 100 ada masalah nya...sabar ye kak jun...esok ada la tu sampai barang nya dengan selamat

    BalasPadam
  9. saya mmg tak berani kalo beli online brg2 gadget ni kak. banyak sgt posmen yg jenih tak amanah ..

    BalasPadam
  10. bengang je makk kanns.,UHuuuu

    BalasPadam
  11. Mana-mana express service pun ada masalah macam ni. sebab kita deal dengan manusia. kalau barang tu kita kata 'fragile', orang yang pickup sendiri cakap, kak kat sini kalau fragile masih lagi boleh selamat, confirm kami akan handle dengan elok, tapi kalau dah smp ke KL ke tempat lain, kami tak boleh janji.


    p.s. akak tak request untuk insurankan barang akak tu?

    BalasPadam
  12. tu yang sangat tak suka kalau beli online....courier servicenya macam hampeh...sabar jer ler....

    BalasPadam
  13. kak...
    dah dpt lom tabnya???nnt update kay...harap dpt laa ye...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Aina

    moga dipermudahkan

    BalasPadam
  15. saya belum pernah lagi beli brg elektronik secara online.

    BalasPadam
  16. kak.. jijah baru beli online.. blogshop tu guna gd ekpress masih xsampai lagi dah 2hari.. takutlah tak sampai2.. dah la ke sabah kot..

    BalasPadam
  17. oo lazada hantar kat umah akak guna gdex ek... saya plak kat area sini dorang bkn guna gdex.. guna apa ntah.. dah lupa plak nama...

    BalasPadam