Tempahan Nasi Ayam

9:30 PG JunAina 6 Comments


Memang sangat ohsem rasanya! Sedap sehingga menjilat sudu. Nasi yang terasa bila makan tanpa lauk pun sedap tambahan lagi bila dah makan dengan ayam yang di goreng rangup di luar lembut di dalam memang makan sambil terpejam mata. Sos yang cukup rasa dengan kicap yang sedang-sedang rasa melengkapkan rasa nasi ayam. Sup ayam yang bila di hirup slruppppp...arghhhhh...nikmat...


Nak tempah untuk sebarang majlis boleh cuba dijamin berpuas hati. Rose Caterer juga sedia mengambil tempahan untuk apa sahaja majlis dan apa juga hidangan yang diminta mengikut bajet anda. Berminat? Sila telefon tuan punya Rose Caterer di nombor 0122248407 atau 0122547097.



Tayang-tayang nasi ayam yang ohsem tu! Sila abaikan angle gambar yang tah hapa-hapa almaklumlah saya pengguna compact kamera tanpa asas seorang photographer tangkap muat jelah. Saya cuma tukang hidang bukan tukang masak, hidang pun tak ada seni.



Sudut berbeza tapi rasa nasi tetap sama, sedap...sedap...sedap... Walaupun hari tu saya demam tapi sepinggan jugak saya habiskan nasi!



Inilah tukang masaknya. Ketung-ketang kejap ja siap nasi ayam dan hiasan dalamnya. Perggghhh...saya memang tabiklah.


Saya ulangi lagi kalau anda berminat boleh hubungi nombor tertera kat atas. Perkhidmatan bagus, layanan pun bagus insyaallah. Makanan dijamin sedap seperti masakan yang masak di rumah. Rose Caterer beroperasi di Puncak Alam sedia membuat penghantaran sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Keterangan lanjut silalah hubungi pihak Rose Caterer saya ulangi nombornya 0122248407 atau 0122547097



You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Niza tu namanya org tak de kerja tapi cari kerja...ahahaa...

      Padam
  2. pergh kak..platting mmg cun gile....rase sure sedap tu....terliur lieya tgk ayam warna gelap2 gitu....aish kak, dah lame tak buat nasi ayam tuk budak2 nieh....anak2 lieya pun senang jek nak tambat selera dieorg...masak nasi ayam mmg ber tambah2 makannye.....

    lg satu lieya berkenan nasi ayam akak nie sbb pakai timun jepun....kalo pakai timun kampung tu takut nak makan sebb lieya ni selalu terbeli yg pahit...selalu bikin potong stim tegigit timun pahit.....

    BalasPadam
  3. ayam tu iskkkkkk menggoda tekak & perut ~

    BalasPadam
  4. buat lapau jer pagi-pagi nie....

    BalasPadam