Cuti Panjang A'Famosa Resort


1hb-4hb Mei 2015 cuti umum dan hujung minggu yang agak panjang. Berkira-kira nak jalan-jalan keluar rumah tenangkan fikiran tetapi bila intai-intai tempat yang nak pergi tu kebanyakan hotel dan chalet dah penuh lagipun harga hotel melambung tinggi sehingga 50%-70% dari harga asal. Kos percutian pun akan meningkat. Itu belum ambil kira kesesakkan yang bakal berlaku tetapi bagi yang bekerja inilah masanya nak balik kampung menjengah ibubapa dan keluarga.


Pak Tuan ajak ke Kelantan namun disebabkan dia pergi bersama orang lain anak-anak rasa tak selesa jadi ambik keputusan untuk tidak pergi. Adik pula ajak ke kampung suaminya juga di Kelantan tapi masih berfikir-fikir nak memandu ke Kelantan tu sangat mencabar sebab kalau cuti umum nasib tak baik berbelas jam memandu. Cuti Tahun Baru Cina dah balik kampung kalau dapat nak bawak anak jalan-jalan hilangkan stress akhirnya mak yang stress dok pilih tempat.




Googel sana google, minta idea kawan-kawan di muka buku akhirnya dapat idea untuk bawa mereka jalan-jalan balik hari sahaja. Mula-mula nak bawak pergi main boling dan jalan-jalan makan-makan tetapi mengenangkan mereka sangat seronok semasa pergi ke Lost World Of Tambun dapatlah idea untuk membawa mereka untuk bermain air lagi. Paling dekat A'Famosa Resort selain yang ada di Lembah Klang. Jadi google jumpa pula promosi ni dan anak-anak pun setuju. Lega.


A'Famosa Theme Park tunggu kami datang, perjalanan 2 jam kemudian mandi-mandi sehingga biru lepas tu memandu balik Kajang. Nak buat tempahan bilik pun kebanyakannya sudah penuh dan yang tinggal pun hanya bilik yang mahal harganya. Paling penting anak-anak gembira dan boleh hilangkan tekanan belajar mereka.


Ada ke pilihan lain untuk bermalam di Alor Gajah?



Jalan-Jalan Zoo Taiping

Kisah Disember 2014 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak bapa saudara di Redang Panjang, Perak. Kebiasaan keluarga besar kami bila ada majlis semua akan berusaha untuk ambil cuti sekurang-kurangnya sehari sebelum majlis dan balik sehari selepas majlis tapi kali ini saya hanya dapat pergi pada hari kenduri dan esoknya sambung jalan-jalan bersama mak dan adik beradik yang lain. Kami jalan-jalan di Taiping.



Sebelum masuk bergambar beramai-ramai di depan zoo. Enam orang anak mak semua ada cucu 3 orang tak ada.









Kawan adik Syafiq yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga kami.







Menginjak setahun usia perkahwinan mereka bamun belum di kurniakan rezeki yang ada itulah jadi tempat bermanja angah. Sayang sangat kat ayah dia.



























Penat jalan-jalan di Zoo Taiping kami singgah makan di kedai makan Selera Malam walaupun pergi siang tukang masak sedia untuk memasak buat kami semua. Walaupun bukan tempat mewah semua makan dengan berselera almaklumlah makan tengahari yang lewat.




Mood sedih-sedih sebab dari Taping saya dan adik akan balik ke Kajang manakala mak, yong, angah, adik-adik dan anak saudara akan balik ke Perlis tapi sebelum tu singgah di UiTM Permatang Pauh menghantar anak saudara ke sana. Rupanya depa masih terus jalan-jalan ke Pantai Bersih pulak. Kami menghala ke KL jalan jem teruk tengah malam baru sampai.


Masa-masa begini merenung wajah mak yang semakin banyak kedutnya terlihat satu kepuasan di wajah tuanya bila semua anak-anak dapat berkumpul beriadah bersama, makan bersama. Selagi termampu selagi terdaya kami anak-anak akan cuba membuatkan dia bahagia walaupun sememangnya kami tak akan mampu membalas jasa dia membesarkan kami tanpa ayah.