Orang-orang Yang Mendapat Doa Malaikat

Fast up-date without BW again. Miss all my family and friends. Thank you so much for those who keep to visit me here.

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Ariani Sale Lagi

Fast up-date.

Curi masa dalam kalut buat kerja. Asal cuti sekolah aje sale, asal sale je time cuti sekolah so kalau nak membeli tudung ARIANI tu reramai le pergi tapi masih kira mahal jugak le coz yang Rm139 tu cuma dapat Rm103 tapi semalam pergi Pak Tuan ngendeng-ngendeng dengan sales girl kat situ last dapat jugak Rm90 tapi tak beli pun coz bulan 12 hari tu dah borong 4 helai. Asal sale je beli...asal sale je beli mau botak kepala.

Membazir jugak le kiranya beli tudung mahal-mahal ini, nanti keluar fesyen baru yang kita beli mahal-mahal dah turun harga. Apapun tepuk dada tanyalah poket. Bagi Aina asal cantik kira ok je.