Baju Raya


Puasa lebih kurang 3 minggu lagi dah dekat sangat tapi bagi kaum ibu telah mula memikirkan persiapan raya untuk sekeluarga almaklumlah tak mahu kalang kabut nanti. Lagi pun bila tiba Ramadhan boleh fokus kepada amal ibadat dengan aman. Bagi yang belum habis ganti puasa masih ada waktu lagi.


Tahun ini insyaallah anak-anak mak semua akan beraya di Perlis dan akan berlangsung juga majlis penting dalam keluarga, moga Allah s.w.t permudahkan urusan. Jadi sebagaimana biasa mood raya akan menjadi lebih tahun ini sebab mak taklah lemau sahaja di pagi raya bila anak perempuan bungsu dia beraya di rumah mertua seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini mesti penuh sesi jalan-jalan dan makan-makan.


Baju raya pun mestilah lebih dari satu mungkin tiga atau empat tetapi itulah setahun sekali buat baju masa lain memang jarang sangat buat baju baru. Tahun ini awal-awal lagi minta tukang jahit siapkan baju raya kakaknya dahulu supaya nanti taklah malam raya baru sibuk nak jahit leher baju.


Hujung minggu nanti pula akan membeli-belah keperluan anak-anak untuk hari raya nanti. Mama sudah kekurangan kudrat untuk berjalan-jalan membeli belah di bulan puasa. Bila letih anak-anak pun akan mula buat perangai. Baju Melayu beli dekat nak raya ambik mood raya, tahun ini beli siap sahaja.



Sepasang dah siap lega, Pak Tuan puji baju cantik. Kenangan jalan-jalan Kelantan cuti Hari Pekerja. Satu pasang lagi telah siap digunting, lagi dua masih dalam rekaan fesyen...ahahaa... Raya sakan weiiii...




Menjejak Kenangan 20 Tahun IKM Besut, Terengganu


Saya menerima pendidikan atas tajaan MARA di sini setelah menolak untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 atas alasan hendak membantu emak. Sekiranya saya menyambung ke Tingkatan 6 akan mengambil masa 2 tahun kemudian sambung lagi 4 tahun untuk peringkat ijazah, sangat panjang waktunya dan beban itu terpaksa emak yang tanggung. Kasihankan emak saya menolak untuk sambung belajar pada masa itu setelah memikirkan ada 3 adik lagi di bawah. Keputusan SPM  Pangkat 1 dengan 18 agregate memang agak bagus di zaman saya.


Bila bapa saudara ambilkan borang IKM saya hanya menurut, mengisi borang dan berjalan kaki dari Taman Bukit Angkasa ke Pejabat Pos Pantai Bharu, Kuala Lumpur bersama sepupu yang berumur 7 tahun untuk pos borang. Masa itu saya bercuti di rumah emak saudara. Rezeki saya mungkin di panggil temuduga di Bangunan Mara Jalan Raja Laut. Pengalaman temuduga yang tak mungkin saya lupakan bila penemuduga menjerit 'tikus' serta mengangkat kaki ke atas kerus. Mana mungkin di dalam bilik mesyuarat ada tikus. Alhamdulillah saya terpilih. Kemudiannya saya di hantar ke Institut Kemahiran Mara, Besut, Terengganu yang merupakan salah satu kampus baru. Kumpulan kami merupakan pengambilan ke-empat, menghabiskan 3 semester di IKM dan satu semester latihan praktikal. Itulah kenangan 22 tahun yang lalu.


Cuti panjang bersempena Hari Pekerja dan Hari Wesak saya berpeluang untuk berjalan ke Kelantan bersama anak-anak, setelah 20 tahun tanah ini tidak ku jejaki terlalu banyak kenangan yang hendak di kutip. Hari ke dua berada di Pantai Melawi saya mengambil keputusan untuk terus ke Tok Bali yang hanya 10km jaraknya, setiba di Tok Bali hati terpanggil untuk meneruskan perjalan sehinga ke Alor Lintang. Menjejak cerita kisah suka duka 20 tahun yang lalu.







Saya minta izin dengan pengawal keselamatn untuk masuk ke kawasan IKM kebetulan ketika itu cuti panjang jadi di situ tiada berpenghuni. Kawan sekelas yang kembali mengajar di situ juga sedang berada di Kuala Terengganu, bukan rezeki kami untuk berjumpa. Sempatlah saya masuk pusing-pusing sambil berposing sekejap. Terubat rasa rindu. Terbayang seorang demi seorang teman-teman sekelas semasa di sini. Rindu hampa oiiii...



Gambar kenangan konvo.