Bukan Sejambak Tapi Sekotak - Perli Nampak...

8:38 PG JunAina 0 Comments


Menghampiri 9 tahun perkahwinan akhir Disember nanti aku selalu merungut, tak pernah pun Pak Tuan hadiahkan walaupun sekuntum bunga kecuali bagi sepasu bunga plastik bertahun-tahun dulu dan `Money Plant' yang comel pada Valentine Day 5 tahun lepas (bukan sambut Valentine tapi pujuk bini coz baru balik outstation selama 2 minggu). Alasannya kasih sayang dia akan kekal macam bunga plastik yang tak layu-layu, akan hidup dan sentiasa bercambah macam pokok duit yang di hadiahkan. Masuk akal jugak...ermmm...

Balik out station secara mengejut (yang katanya 2 minggu tapi balik di hujung minggu, tak leh tinggal bini lelama ler tu...) di bawaknya sekotak fresh orkid sebagai hadiah. Perli nampak...!!! Bukan sekuntum, bukan sejambak tapi sekotak dengan 25 tangkai orkid pelbagai warna di dalamnya. Sukanya aku tapi kat rumah mana ada pasu besar so `jug' aku le yang jadi mangsa. Dek kerna tak pandai menggubah aku masuk je air dalam `jug' dan letak jer bunga sesuka hati, siap dengan daun lagi...


Lepas ni dah tak boleh bersungut lagi pasal bunga, kalau tak nescaya akan dapat lagi berkotak-kotak bunga... Aku suka fresh flower tapi bila memikirkan bunga cepat layu aku jadi bosan...Kenapa mesti layu? Itulah fitrah kehidupan....

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: