Politik Yang Memualkan!

10:04 PG JunAina 0 Comments

~Nampak nya negara kita Malaysia yang Kerajaan Persekutuan nya dibawah pemerintahan Barisan Nasional terbukti semakin hari semakin tidak berani menegakkan hukum hakam Agama Islam didalam negara ini.

Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan sepupu beliau Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri seolah buta dan lemah terhadap keperluan memantau penularan budaya kemaksiatan yang semakin menjadi jadi didalam negara Malaysia ini.


Perbuatan anasir anasir pembawa budaya maksiat zina dan liwat semakin hari semakin tersebar dikalangan masyarakat Melayu terutamanya dikalangan mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Melayu Urban'.

Budaya homoseksual dan lesbianisma sedang berkembang dikalangan mereka yang tidak lagi segan dengan masyarakat kita dan gejala maksiat golongan yang dilaknat Allah ini sudah sampai ketahap dimana mereka kini sudah berani mengisytiharkan kecenderungan mereka untuk mengamalkan budaya kaum Nabi Lut Alaihis Salam secara terbuka seperti dipaparkan didalam video keluaran http://www.youtube.com/user/seksualitimerdeka


Rencana di atas aku copy dari email yang masuk ke inbox aku dan tak ingin jugak aku ketahui dari mana datangnya walaupun aku boleh sahaja klik link yang ada. Tak berminat!

Kelakar pun ada tetapi menyampah lagi banyak kot bila isu gay pun di seret sekali Barisan Nasional seolah-olah tak ada isu lain lagi. Kalau boleh semua isu nak dikaitkan dengan politik, kamalangan bas pun boleh di politikkan, kalau itik kena langgar tepi jalan pun nak salahkan Barisan Nasional agaknya. Agaknya kalau dapat semua nak dipolitikkan! Carilah fakta jangan hanya menulis menggunakan auta, menulis tanpa berfikir dan menggunakan otak yang diletakkan di kepala lutut!

Kalau begitulah cara kita menjatuhkan hukuman mengapa tidak dicanangkan berapa ramai pelacur kat Kelantan yang diwar-warkan sebagai Serambi Mekah! Berapa banyak kes sumbang mahram yang di laporkan dan bagaimana pulak yang tidak di laporkan demi menjaga nama baik kelurga? Berapa ramai pulak anak yang terpaksa dibinkan dengan Abdullah! Padahal diperintah oleh parti yang berteraskan Islam, gagalkah pemimpin memimpin rakyatnya? Itu baru memerintah negeri belum memegang tampuk pemerintahan negara dan jangan haraplah akan jadi pemerintah kerana kerusi yang ada tidak akan melayakkan PAS menjadi pemerintah melainkan menjadi pak turut kepada bangsa `KAFIR' sahaja.

Pendapat peribadi orang macam aku yang belajar SPM pun cukup-cukup makan sahaja, semua tu adalah tanggungjawab masyarakat...tak kira siapa dan tak kira dari parti mana kita adalah sebahagian daripada masyarakat dan apa yang terjadi di dalam masyarakat akan dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai ahlinya terutama bagi pemimpin dan alim ulama. Aku juga tidak pandai agama, tidak ingin mengajar itik berenang tetapi harus kita ingat semakin tinggi agamanya semakin besar jugak syaitan yang mengikut dan menggoda ke aarah kejahatan. Tiada salahnya kita bersatu tak kira dari parti mana dengan tujuan yang satu memperbetulkan masyrakat demi kepentingan bersama.

Senang menunding jari pada orang lain tetapi adalah lebih baik kita pandang diri sendiri dan nilai. Apa sumbangan kita pada masyarakat? Bagaimana pulak cara yang harus digunakan untuk memperbetulkan keadaan bukannya terus menunding jari pada kelemahan orang lain. Carik(koyak) kain orang walaupun sedikit kita nampak, carik(koyak) kain sendiri walaupun dah menampakkan peha kita buat-buat tak tahu.

Renung-renungkanlah. Hidup kita ada kesinambungan di akhirat kelak. Tanggungjawab kita bukan setakat di dunia kerana kita masih akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita buat di atas dunia ini di akhirat kelak. Akan dituntut dari sekecilnya hingga yang sebesar-besarnya. Tika itu mampukah kita?

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: