Bandung - Part 3

11:05 PG JunAina 3 Comments

Isnin, 6 Dec 2010
Day 3

Perjalanan hari ini ke Takuban Perahu, melihat kawah gunung berapi yang berada pada ketinggian 1830m dari aras laut. Menggunakan dua Suzuki APV dan group kami di bahagi dua. Bersama Pak Agam yang di Malaysiakan menjadi Pak Adam sebagai `supirnya' kumpulan kami memulakan perjalanan tentunya geng-geng sekepala aku, Kak Paudiah, Mieza, Azlina, Ika, Siti Umi dan Soma tapi kesian Zai datang berdua tak dpt le menghimpit group kami. Sementara satu kumpulan lagi di temani Pak Iwan bersama K.Lin, Zai & Hairul, Ina, Dell dan Erna & Rahmat.

Memulakan perjalan seawal 8 pagi, melalui jalan-jalan di Kota Bandung kemudian menyusuri perkampungan di tanah tinggi. Menikmati persekitaran penduduknya dan pertanian merupakan aktiviti penduduk setempat, dengan kebun sayur yang luas dan melalui rumah-rumah yang setiap halamannya di penuhi pepohon bunga yang cantik. Menurut Pak Adam bunga-bunga yang di tanam di persekitaran adalah untuk import sahaja. Tak jemu dan tak puas. Satu kawasan pula kelihatan begitu banyak `kelinci' atau arnab di pelihara, rupa-rupanya bukan untuk di pelihara tetapi di jadikan sate. Mak ai...tak rela nak makan bila di pelawa Pak Adam. Melalui kawasan gerai buah-buahan, nenas yang segar, alpukat atau avokado yang saiznya dua kali lebih besar di Malaysia dan sayur-sayuran yang segar membuatkan kami betul-betul teruja.

Semasa dalam perjalanan sempat jugak Pak Adam berpesan jangan bermulut cabul bila berada di atas nanti dan masing-masing terdiam, sekejap lepas tu kembali meriah tetapi masing-masing tetap mengawal mulut agar tidak bercakap yang bukan-bukan. Kabus menyambut kedatangan kami di kawah gunung berapi, sejuk dan semakin lama semakin tebal kabusnya. Merimaskan bila terlalu ramai penjaja jalanan yang menawar barangan masing-masing, untuk selamat cakaplah yang kita tak mahu kalau tak alamatnya memang dia mengikut ajelah bontot kita. Jangan memandai-mandai menawar kalau kita tak ada niat hendak membeli, dimana jugak pun kita pergi ketika di Bandung.


Perjalanan turun dari Takuban Perahu sempat jugak singgah ke Ladang Strawberi tapi pendapat peribadi aku kat Cameron Highland lagi cantik kot. Kemudian singgah makan di Kampung Daun yang merupakan tempat makan exclusive, menurut Pak Adam antara tempat makan termahal di bandung selain Sapu Lidi dan kebanyakannya yang datang adalah pelancong.


Mengejar masa untuk bershopping di Pasar Baru, kami makan dalam keadaan agak tergesa-gesa tetapi masih sempat berposing jugak. Makannya boleh tahan tetapi lagi sedap masa makan tengahari sebelum tu rasanya, harganya boleh tahan 1.2 juta rupiah  untuk 16 orang makan. Sampai di pasar baru masing-masing sudah kalangkabut coz pasar baru tutup pukul 5 petang. Dua jam kami terkejar-kejar membeli, walaupun esoknya masih ada masa sebelum terbang balik tetapi risau tak sempat nak membelek-belek barang. Semua main tangkap muat sahaja.

Habis di Pasar Baru kami ke Toko Tiga tempat menjual jeans, tak berminat sangat di sini. Lepas tu skali lagi kami ke SPA coz dah booking, kali ini Ika, Siti Umi dan Soma buat totok, lebih kurang macam facial. Kami tunggu saja coz staff SPA ramai yang dah balik. Lepas tu kami makan di MC Donald, tiada pilihan coz kebanyakan kedai kat sana pukul 9 dah tutup. 


Ladang sayur sepanjang perjalanan ke Takuban Perahu. Jalannya tak seperti nak ke Cameron walaupun berlubang sana sini jalannya `nyaman' tak seperti ular di palu.



Tiga gambar di atasadalah tempat perhentian sebelum sampai ke puncak. Ada kedai cenderahati dan tempat makan.




 Sekitar Takuban Perahu...sejukkk...

 Gerai buah-buahan dari mobil aja malas nak turun...
 Ladang Starwberi...

 Kampun Daun...

 Me and my best friend...

Special di sini...Nasi Goreng Kampung Daun tapi bagi aku nasi goreng kat malaysia lagi marbeles...

You Might Also Like

3 ulasan:

  1. waduh bukkk sedih bangat akuk sbb tk dapat naik satu mobil sama ibuk....sedih bangat nih.....

    BalasPadam
  2. sup buntut sedap bangat buk....pakkal jer ina sebilik i tau.....hehhehehe...potong stim btul...

    BalasPadam
  3. hahahha...malang nasib lain kali jgn ajak adik ipar duduk sebilikkk...rugi bukkk...rugi...

    BalasPadam