Bandung - Part 1

2:56 PTG JunAina 1 Comments

Sabtu, 4 Dec 2010.
Day 1.

Penerbangan 3.30 petang dari LCCT, bertemankan 13 orang dan disambut seorang lagi geng yang dah fly dengan MAS pada pukul 12 tengahari menjadikan rombongan kami 14 orang kesemuanya. Aku,Kak Lin, Kak Paudi, Mieza, Azlina, Ika, Siti Umi, Soma (panggilan manja2nya...entah betul ke aku eja nih...hehheee), Zai dan Hairul, Shafina, Dell (nih lagi sorang dengar kengkawan panggil gitu macam brand komputerlah pulak...hehehee jangan marah ye...tapi nama penuhnya Fadzli...), Erna dan Rahmat. Agenda utama tentunya menyopping sakan kat Kota Fesyen Bandung tapi aku menjadikan jalan-jalan makan angin sebagai yang lebih utama dan shopping sebagai kelebihan di Bandung.

Penerbangan mengambil masa 2 jam dalam keadaan cuaca yang agak kurang bagus kerana hujan, tiba di Bandung jam 5.30 petang waktu Malaysia  atau 4.30 petang waktu Indonesia, cuaca sedikit dingin dalam gerimis. Dua supir sedia menunggu dan tak lupa sorang lagi dari group kita orang yang dah 4 jam menunggu di airport (sampaikan sempat le dia beramah mesra dengan security kat situ...ciannya tunggu lama...).

Agenda pertama: Shopping di Factory Outlet , Jalan Dago.
Branded item, harga boleh tahan tapi aku tak beli apa-apa pun just tengok-tengok jamu mata tetapi ada juga yang sudah tak muat tangan pegang barang. Lepas tu mengisi perut kat Restoran Nasi Padang dan `check in' di penginapan Rumah Tawa Guest House. Sederhana tapi selesa, nyaman...http://rumahtawa.wordpress.com.

  Bersama Kak Lin (tour guide) dan Ina kat LCCT...masih sempat berposing sebelum penerbangan.
 
Tiba di Airport Husein Sastranegara...semuanya nampak ceria dan gembira.

Lepak-lepak lepas shopping di depan Factory Outlet (Grande), sementara menunggu yang lain-lainnya habis bershopping.

Menjamu selera di Restoran Nasi Padang tetapi lupa pulak apa namanya, paling best menikmati jusnya yang pekat. Jangan lupa mencuba jus alpukatnya jika ke Bandung.

Selepas letih seharian dalam perjalanan dan shopping di Factory Outlet Jalan Dago, `check in' di Rumah Tawa Guest House. Tenang dan nyaman aja...

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. Aduhai..best nya menyopping....tak pernah ke bandung lagi ni..hehheh

    BalasPadam