Kat Kaunter Tabung Haji Pun Kebas Barang Orang!!!

9:21 PG JunAina 0 Comments

Apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang ni. Kat Tabung Haji pun kebas barang orang, walahal pegi untuk berurusan untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5 macam mana le hidup nak berkat. Alkisahlah adik cheq pi kaunter Tabung Haji, Bandar Baru Bangi yang kat belakang Warta tu. Dalam sibuk-sibuk melayan si anak kecilnya dan sibuk juga dengan anak cheq yang bertiga tu terlupa le handphone kat kaunter dok isi borang. Di belakangnya seorang wanita membawa seorang anak dalam lingkungan 4 tahun, bila si adik ni berpusing dan duduk di kerusi dia terperasan wanita ni macam tergesa-gesa dan sibuk memanggil anaknya yang sedang bermain.

Bila siap urusan, dalam perjalanan menuju ke bank adik ipar minta nombor akaun dan masa tulah baru terperasan yang handphone tertinggal, try call malangnya hp dah dimatikan atau jugak sim kad dah kena bukak. Kembali ke Tabung Haji bertanya dengan pengawal keselamatan, memang tak ada rezeki coz biasanya kalau ada barang tercicir orang yang jumpa akan bagi kat pengawal keselamatan kali ini tak ada pulak katanya. Masa adik duduk si adik ipar perasan yang perempuan beratur di belakang adik tu pegang handphone yang sama macam isterinya tetapi tak pulak terfikir yang tu adalah milik isterinya. Yelah seorang perempuan, bertudung dan kat Tabung Haji pulak tu takkan le nak ambik barang orang. Kalau pun tak perasan tuannya kenapa nak off handphone tu, lagipun kat handphone tu terpampang gambar baby Alya!

Memang terkilan sangat, yelah walaupun handphone tak secanggih mana tetapi banyak benda penting tersimpan dalam tu. Paling terkilan bila berlaku di tempat-tempat yang kita rasa paling selamat, yelah orang yang pegi ke situ semuanya orang Islam atas urusan menyempurnakan Rukun Islam yang kelima untuk menlengkapkan tuntun ibadah. Entahlah apa nak jadi pada manusia zaman sekarang, mengaku baik dan beriman tetapi hati hitam pekat!

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: