Cenderahati Perkahwinan
Majlisnya masih jauh, lepas raya tapi aku dah mula pening kepala memikirkan cenderahati terbaik yang hendak aku siapkan. Telah di pertanggungjawabkan untuk menyediakan gift untuk 1000 jemputan juga perlu diselitkan buah tangan untuk kanak-kanak. Perlu disesuaikan pulak dengan budget yang ada, kalau boleh biarlah berbaloi-baloi atau sekurang-kurangnya mempunyai kelainan tersendiri.
Masih mengintai-intai yang terbaik walaupun aku telah mendapat idea untuk weeding gift kali ini. Mencari jugak warna-warna yang sesuai dengan tema majlisnya, biarlah warna-warna yang digunakan senada sekurang-kurangnya tak keluar tema atau nampak terlalu janggal.
Sudah dua hari berturut-turut aku menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman sehinggalah ke Chow Kit. Ada yang menarik minat tetapi masih lagi meletakkan harapan yang tinggi pada pilihan pertama bak kata orang pilihan pertama adalah yang terbaik. Mungkin terpaksa kembali ke Nilai 3 untuk tinjauan seterusnya, di sana lebih banyak pilihan kedai barangan pengantin, nasib baik Kajang ke Nilai cuma 20 minit kalau tak mau menangis sekiranya terpaksa berulang alik ke sana berkali-kali.
Aku harap percubaan kali ini akan membuahkan hasil yang membanggakan. Kena le tunggu lepas majlisnya nanti. Kalau sebelum tu ada rezeki lain yang datang boleh le tepek kat sini buat jamu mata, so tunggu lepas rayalah ye...
0 Rider Beraksi: