Perihal Pisang.
Sinonim dengan masyarakat Melayu bila kenduri di surau ataupun masjid pisang akan menjadi pilihan utama, kala terawikh di bulan puasa atau soalat jumaat mahupun kenduri tahlil pasti ada pisang. Kata seorang ustaz kenapa pisang? Lain kali bawak le pizza ke, KFC ke jamu jemaah dan anak-anak kariah baru best...lucu tapi bila difikirkan balik ada logiknya jugak.Faktor adat dan budaya juga cara hidup mungkin mempengaruhi kebiasaan membawa pisang ke surau. Bayangkanlah zaman dolu-dolu...depan rumah tanam pisang, belakang rumah pun tanam pisang, kat kiri kanan pun ada lagi pokok pisang, sambil lalu nak ke surau/masjid ternampak le pisang dah masak terus cantas jenjeng bawa pegi surau. Lagipun pisang senang hidup tak perlu banyak jaganya.
Kekangan ekonomi jugak menyekat masyarakat memberi lebih, mungkin lebih baik sedikit dari tak ada langsung. Sedekah tidak mengenal kecil atau besar yang penting ikhlas dan sekecil-kecilnya ikhlas kita Allah akan kira semuanya. Jadi jangan bataskan diri untuk bersedekah, apa yang mampu sedekah sahajalah walaupun sekuntum senyuman. Sesapa yang mempunyai rezeki lebih tu boleh le bawak pizza, kfc untuk sama-sama jamu jemaah. Siapa tahu pemurahnya kita bakal membuatkan jemaah bertambah...pahala kita jugak bertambah...insyaallah...
0 Rider Beraksi: